Search This Blog

13 October, 2010

Tak..Tak....Aku Belum Mati...


Tak..Tak...Aku masih hidup....Belum pulang ke rahmatullah lg...

Cuma semenjak 2 menjak ni takde mase terluang tuk apdet blog..Cettt...alasan? Bz, mls,bla bla bla....

Tapi nak 1000 daya kan? tanak 100 dalih..hehehe...

Okey la...3 minggu lps nenek kesayangan telah dijemput ILAHI...sakit tua...semoga roh arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..

Kpd kita yg masih hidup ni, life must go on..
guna masa & usia yg tersisa sebaik mungkin utk mencari redha yg Esa...insyaallah..

Nnati akan ku apdet entry2 yg dah basi termasukla citer2 raya situ sana sini...chaiyokkkk...

03 September, 2010

Lagi Seminggu Nak Raya

Raya is like one week away....Arini dah 24 Ramadhan...

Semacam tak percaya lagi seminggu Syawal menjelang.

Betul la, tanda-tanda akhir zaman, masa berlalu begitu pantas..Mudah-mudahan aku dapat bertemu dgn Ramadhan akan datang...

Segala persiapan raya sudah setel awai2 lagi. Aku xnak kelam kabut di saat-saat akher...

Baju raya, kuih muih dah siap sume. Langsir sudah digantung seminggu sblm puasa lagi..

Minggu dpn (Rabu) dah nak lik kg, dah 7bln aku x blk kampung wei, tapi x bererti aku anak derhaka, x jenguk ibu bapa. Calling tetap calling.

X sabarnya nak balik kg...harap2 jalan x berapa jammed ms aku blk nanti..

Okeyla, sblm tutup entry ni aku nak tepek gambo sisa2 donut yg ku buat lastweek...Rupa agak comot pas dah tinggal belen2, br ingat nak snap.


Ni sbg motivasi utk aku buat yg lebih gebu & mantap pasni...

30 August, 2010

Semangat MERDEKA Kejirananku


"1Malaysia Menjana Transformasi", itulah tema sambutan kemerdekaan ke-53 negara kita tahun ini, 2010.

4 hari sebelum sambutan merdeka ke-53, acara memasang jalur gemilang di setiap umah dijalankan. Best2, bendera free....


Memang betul2 happening sambutan merdeka di Rajawali 12, lorong muhibbah. Siap ada Group di facebook lagi.

Terima kasihla Encik creator yg dah mewujudkan group ni. Baguh2.


Suasana agak suram pada siang hari kerana masing2 sibuk dgn urusan harian & kebanyakannya pergi bekerja.


Tapi lain pula suasana di malam hari. Memang havoc.


Last sekali ku tepek kibaran jalur gemilang didepan umah ku.

Alhamdulillah, aku bersyukur mempunyai jiran-jiran yg baik. Majoriti 95% adalah Melayu & beragama Islam. Kalo tahun lepas aku x mempunyai jiran sebelah kiri & kanan (depan belakang adala), tahun ni aku mempunyai jiran kiri kanan yg best.

Mempunyai jiran yg baik juga adalah rezeki dari Allah SWT.

Memang x ralat kami beli umah ni 3 tahun lepas. Walopun xberapa nak beso umah ni, ni la tempat kami besarkan anak2. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Heheh..

Insyaallah, ada rejeki lebih, kita beli lagi sebijik. Xsabo nak abis bayo umah, lagi 13 tahun. Masa tu umurku 42tahun kot. Insyaallah.

28 August, 2010

My GTO Bufday


Harini adalah hari jadi my GTO aka Encik Suami, Syed Idrus yg ke-29.

Hehe, aku tua sbln je dari dirimu. Tahun depan sama-sama kita tempoh alam 3 series.

Sedar x sedar, hampir 12 thn kita saling mengenali. Mulanya di penghujung sweet 17. Hehe...nostalgia pulak...

Macam tahun2 lepas jugak, xde sambutan yg grand2, biasa-biasa je.

Tapi daku ada hadiah utk kamu, tunggu balik keja nanti bg. Jeng jeng jeng...
Dah 3 bulan beli tau.

Ptg ni daku kne bukak pose dgn anak2 je pasal my GTO ada majlis buka pose @ skul. Kalo ada mknann lebih, jgn lupa bwk balik kat mama hokey.

Merepek aje daku ni...

Sempena bufday ke-29 ni, aku mengharapkan agar Encik Suami bertambah matang, panjang umur, murah rezeki, kacak, & bertanggungjawab menjaga kami anak-beranak.

Nasi Tomato Tempoh Hari


Dah seminggu x hapdet blog ni. Rasenya belum bersawang lagi. Minggu lepas, aku try masak nasi tomato. Xde idea nak buka mkn ape.

Jom lihat bahan-bahan nasi tomato ni (utk 2org makan, berbuka & sahur)

1) 2 cawan beras basmathi (beras biasa pun boleh)
2) 1 biji tomato (dipotong dadu)
3) 2.5 cawan air
4) 1/4 cawan susu cair
5) 3 sudu besar sos tomato
6) 1 helai daun pandan
7) sedikit garam
8) bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan menumis
1) 2 sudu minyak sapi
2) 1 batang kulit kayu manis
3) 1 kuntum bunga lawang
4) 1 biji buah pelaga
5) 1 kuntum bunga cengkih
6) 2 ulas bawang putih (dihiris)
7) 3 biji bawang merah (dimayang)

Cara masak senang ajer;

1) Basuh beras, rendam sekejap, toskan.
2) Campakkan semua bhn tumis dalam kuali, tumis agak2 kekuningan & naik bau. Ketepikan bila dah masak.
3) Masukkan beras & air dalam periuk
3) Masukkan susu cair, tomato, sos tomato, daun pandan & bahan tumisan tadi dalam periuk berisi beras. Kacau sikit.
4) Masak nasi macam biasa

Nasi tomato ni berlaukkan ayam masak merah & acar. Sesetengah org suka ayam masak kurma.


Alamak, pic acar lupa nak snap. Ni pun snap versi berasap je. Versi tgh hidang xdang.
Alhamdulillah, rase nasik & ayam next to perfect la, aku takot gak sbb tgh pose, xleh rase. Hehehe..

21 August, 2010

Baked Donut @ Bantat Donut

Sepanjang bulan puasa ni, aku agk pening memikirkan menu utk "breaks fast".

Tambah2 pulak, pada hari bekerja aku hanya ada lebih kurang sejam setengah je utk sediakan itu ini & masak-memasak.

Mmg terkocoh-kacah jgkla sbb byk gangguan. Baru nak mula menumis, si anak meragam, mintak itu ini, penat gak nak melayan tu.

Walau camane dugaan pun, aku tetap berusaha nak suami & anak2 merasa air tangan ku. Kerana aku percaya salah satu cara nak menawan hati suami ialah dgn menjaga perutnya, maksud aku jg mkn minum dia.

Anak2 pulak, insyaallah, apabila mereka makan mkanan yg ibu mereka masak, ianya boleh memberi impak yg besar utk tumbesaran mental & sahsiah mereka kelak.

Biasanya kami berbuka puasa simple2 je, tapi lengkapla, ada karbohidrat (nasi), protin & mineral (ikan/ayam/daging/sotong/udang@ telur) & of course la vit c (sayur-sayuran).

Nasibaikla si suami x ceweret sgt. Padahal 1st day puasa dah kne komplen pasal tomyam kurang kaw. Huhu..sob..sob..



Nasi ayam dah, nasi tomato pun dah, arini insyaallah nasi berperisa jgk, tp x decide lg.

Alkisahnya semalam, aku kunun2 nak try buat donut bakar. Beriya2 aku google cr resepi, dah dapat, apa lg, cuba la.

Bila dah masak, hasilnya x seperti diharapkan. Rasenya aku dah ikut suma step yg ditulis. Aku ni bkn pakar pun..

Mmg agak hampa, nsibaik buat 9 bijik jer. Yerla 1st trial. Last2 5 bijik je yg laku. 4 bijik lagi bawak bekal anak2 ke umah pengasuh pagi tadi. Dan aku pasti, disaat aku menulis ni, donut tu masih bersisa lg dlm tupperware.

Si suami siap nasihatkan aku spy jgn buat lg baked donut tu pas ni. Apa alasannya? Dia xpasti nak kategorikan donut tu sbg apa.

Kenapa? Rasanya nak cakap mcm biskut x jugak, nak cakap roti pun tak, nak kate cam roti boom ada la sikit2, nak kate cam pizza mmg jauh panggang dari api..Huhu..

Apa yg pasti baked donutku x jadi cam gambo kat bawah ni la..

19 August, 2010

Pak Arab cakap Kelantan

Kagum dgn Pak Arab ni sbnrnya...mcmanala dia bulih fasih berbahasa melayu, dialek "kelamtam" pulak tu..sdgkan org Malaysia sendiri pun ada sesetengah yg x faham apa org "kelantam" cakap. Tapi aku paham okey. Siap ley speakong lg kalu jumpe sep2 "kelantam" ni.



Pak Arab ni cakap dia suka makan budu sbbtu mudah "nakap". Aku makan piza setiap minggu masa peknen dulu pun xpandai gak cakap Itali. Huhu...

14 August, 2010

Pesona Si Gapi


Balik keja petang semalam, cam biasa aku g amik anak2 dulu. Sampai je umah, C Dania terus menerpa ikan2 dalam akuarium kecik tu.

Dania : "Mama, ikan dah mati"
Mama : "Yeke Dania?"


Kesian pulak, daripada 8 ekor dah tinggal 4 ekor je ikan-ikan tu.
Sebenarnya kami baru je kembali membela ikan setelah kematian ikan kelisa 3tahun lalu.

Masa tu Dania pun xwujud lagi, masih dalam perut aku yg dingin. Nak beli arowana xmampu kan, mau puluh2 ribu seekor...Walopun dah mati ikan tu, birth certificate nya masih dalam simpanan kami.


Biarpun hanya dalam akuarium yg kiut miut ni, gerak & lenggok ikan gapi ni berenang kesana sini amat mendamaikan jiwa. Konon terapi minda la tu...

Dania dgn Airis pun hepi bermain dgn ikan2 tu. Main tekan2 lampu kat tepi tu. Rosak jgk asik bukak tutup je button tu oooiii. Harap2 yg 4 ekor tinggal tu panjang la umurnya.

12 August, 2010

Mudah.my ke Murah.my? Hanya Sekadar Pengalaman

Arini genap seminggu aku mengetest mengiklankan brgn terpakai kat Mudah.my.

Pestime experience mengiklankan, aku sangat teruja. Jakun pun ada, almaklumla niat asal saje suka2, bukan nak jual sangat pun brg2 tu.

Alang2 aku takde keja, baik buat2 bz. hehe..
Lantas, Rabu minggu lps aku pun snapla beberapa keping gambo tuk dimasukkan dlm Mudah.my. Memang sungguh mudah, senang dan pantas.

Pagi Khamis, aku pun masukkanla gambo2 tu dan iklankan. Kategori = Home & Garden.

Apa benda yg aku iklankan?

1. Japanese Table
2. Divider @ Penghadang Ruang

Sebenarnya, 2benda ni amat menyemak kat umh aku yg sememangnya agk bersepah. Yg divider tu mmg xde fungsi langsung since dah pindah & duduk umah sendiri. Divider tu beli masa menyewa kat Ara dulu. So, tempat yang selayaknya tuk divider tu sekarang hanyala kat bawah katil...(sbnrnya x tau nak letak mana dah)

Yg meja jepun pulak sekadar tempat letak suratkabarlama. Yg pasti, kedua2 benda ni mmg masih kelihatan baru.

Lepas submit, kurang 2 jam iklan meja Jepunku & divider pun dipublishkan kat Mudah.my. Makin teruja la aku. Kikiki..

Ginila seadanya rupa divider tu..



Xsampai 1/2 jam dipublish, aku menerima sms drp Puan F (bukan nama sebenar) dari Pekan Nanas bertanyakan divider ruang tu. Rase cam x percaya ada jgk yg berkenan. Mungkin sbb aku letak harga murah kot. RM85 (NEGO).

Pastu, sejam lepas tu Encik A (mmg nama dia pun bermula huruf A) dari Muar call bertanyakan benda yg sama. Aduh, aku sudah serba salah sbb Encik A ni sangat berminat, siap nak bank-in kan duit terus.

Tapi 1st come 1st serve basis la kan.

Xlame pastu, aku dapat emel pulak drp Miss S bertanyakan Japanese Table. Yg C S ni macam x berapa minat sangat, siap mintak kurang byk wess. Kurang sikit xperla pasal aku dah letak harga murah. RM80 (NEGO).

Cenggini la pulak rupa Japanese Table tu...



Mlmnya pulak, aku dihujani panggilan talipun lagi. Mr Y, Encik U, Sir Z, bla..bla..Mmg xde tokoh jd bizness wumen la aku ni. Org call sikit, dah pening & penat nak layan. Apa daa...

Ada jgk sorg tu Encik M dari Tampoi call pd keesokan harinya (Jumaat), lain mcm je cara dia cakap, ada berbaur gatal sket. Mcm terkeluar dari tajuk la pulak. Konon nak beli, tapi...xperlu la rasenya tulis kat sini...

Alhamdulillah, Jumaat mlm Japanese Table dah berjaya dijual kat Sir Z. Kesian jugak kat Encik R, yg turut beriya2 nakkan meja tu.
Rase cam sayu la pulak tgk meja tu diangkut dlm keta dia. Yela, meja tu banyak kenangan jgk. Dah 3kali pindah & 3kali angkut sejak aku kawin. Huhu..

Keesokan harinya (Sabtu) petang, divider tu berjaya dibida oleh Puan F. Sori jugak kat Miss K, Cik S yg turut berminat nak beli ye. Dah macam kedai perabot terpakai la pulak aku ni. Hehe..

Walaupun dah terjual kedua2 benda tu, sampai semalam aku masih menerima panggilan, emel & sms. Iklan kat mudah tu available sehingga 60hari, padahal boleh je delete iklan tu mau ada lg pasni yg keep calling me.

Oke, hasil jualan gajet terpakai, kami beli 2 bijik wall shelf & sebijik console table. Of course la kne tambah duit sikitkan, pasal brp sen sgt la hasil jualan tu. Hihi..

Itula serba sedikit pengalaman aku jual brg kat Mudah.my. Sebelum ni, aku mmg selalu jgk jenguk Mudah.my. Sesaje, bkn nak carik apa pun. Sekadar cuci2 mata.

Puan F yg beli divider aku ni, niat asalnya nak carik blender, last2 terjumpa divider. Blender beli kat kedai akhernya. Ada benda yg dijual kat situ mmg berbaloi2 utk dibeli, ada jgk yg xpadan dgn harga.

So, Mudah.my @ Murah.my? Pandai2 la kita pk & buat kira2.

11 August, 2010

Happy Fasting Month

Salam semua..

Sekejapnya masa berlalu, harini dah masuk 1 Ramadhan. Selamat bersahur, berpuasa, berbuka puasa & seterusnya bertarawikh utk semua.

Aku mengharapkan kesihatan yg baik dari-Mu ya Allah agar boleh beribadat dgn tenang. Semoga Ramadan kali ni lebih baik dari sebelumnya & diisi dgn perkara2 yg berfaedah.

1st day puasa pun aku kena keja. Sepatotnya Johor cuti umum arini. Selamat bekerja jgk diucapkan kepada rakan2 yg turut berkerja harini. Semoga dapat melaksanakan tugas dgn baik.

Petang semalam otw balik keja, bila sampai kat simpang Hotel Sofitel aku kena tahan dgn budak2 pramusaji. Beriya2 dorang menahan spy aku menstopkan keta ku.

Sempat aku membrek, nasibaik aku x terlanggar dorang. Kalo x, ada jer yg sambut puasa kat spital arini. Nila benda yg dorang nak kasi.

Sekotak kurma & flyer bufet Ramadan.



Utk dewasa = RM55/head, bg kanak2 = RM30/head. Mahal jgk tu.

Kalo bukak pose kat umah, br bp jer modal. Masak sendiri walaupun xberapa sedap. Yeke? Sekali-sekala boleh la kot nak berbufet2 ni.

Tapi bagi aku, bulan pose ni la kita nak berjimat-cermat. Pasar Ramadan pun aku jarang g thn2 lepas. Tapi thn ni dah berempat, byk dugaan jgk kat dapur.

Punch card balik kul 4.45ptg, g amik anak2 dulu, sampai umah dlm kul5.10ptg. Harap2 sempatla aku masak 2-3 lauk. Nak masak ape yek ptg ni? Masih x de idea.

07 August, 2010

Sesi Gunting-Mengunting


Mama : "Jom Dania, mama guntingkan rambut kat depan tu sikit. Dah panjang sampai masuk dalam mata tu."
Dania : "Ayah, tolong ambik gambar kan.." (suka sangat cakap terbalik)

Lalu si ayah pun melayanla permintaan si anak.
(Sempat lagi nak gunting rambut pun suruh ayah tolong amikkan gambar. Berangan betulla C Dania ni)

Org2 tua kate, kalo rambut depan tu dah cecah mata, boleh jadi juling mata budak tu, yeker? fakta @ aorta?

05 August, 2010

2nd Attempt ~ Nasik Minyak Hujan Panas

Ahad = 01/08/2010, Tetiba rasa nak makan nasik myk, yerla org lain bila ujung minggu je, msti ada wedding invitation, tp aku x de. Xdapatla nak mkn nasik myk free. So, seawal pg Ahad, aku meringankan tulang tuk msk nasik ni buat kali ke2. Resepi asal dapat daripada Kak Yatie. Sila klik SINI utk review. Tapi aku dah modified sikit2. TQ to KAK YATIE atas resepi yg lazat ni.


Dah macam nak g berkelah...
Pas siap masak, aku cpt2 menapau nasik, kami pun bergerak ke PONTIAN, dah lame x g umah PakNgah c Dania & Airis aka Adik Iparku. Sian kat dia duk sorg2 sane takda sape nak tolong masak, bila la nak kawin, aku pun dah xsabo nak ada biras ni. Yela, aku menantu sulung, kalo dia kawin aku ada geng nyembang.


Gini la rupa nasik minyak warna warni air tangan ku..Kalo kak yatie punya nasik ni berlaukkan AYAM ALA KASIM, aku bantai ayam masak sambal ala2 aku & acar timun + carrot jer. Senang dan mudah.



Berkampungla kami seharian di Pontian.


Ni gambo aku n famili kat tepi tambak Pontian...angin sangat kuat, sampai mengerbang tudung aku..


Ni plak gambo C Airis yg sangat gembira..nampak scary jek..


C Dania & Airis yg sangat happy bermain dgn Pakngah nya.

02 August, 2010

ESP....Berakhirlah Sudah....


Minggu lepas, berakhirlah sudah drama ILUSI slot AKASIA di TV3. "Permainan Nyawa Dalam Bayangan Mata", itula tema penceritaan drama tersebut. Kalo sblm ni aku x terdorong pun utk mengikuti drama Manjalara, Bella, SPA Q mahupun ADAMAYA, adalah jgk tertengok kdg2, tp x jadik followers la.

Tapi aku pun xpaham nape aku leh terfollow drama ILUSI yg ditayangkan bermula 21/06/2010 dan berakhir pd 29/07/2010. Sebulan lbh jgk aku duk mengadap, cam tadak keja lain nak dibuetnya. Pada aku jln citer nya menarik, tambah2 pulak pelakon feveret Asyraf Muslim berlakon. Aku pun layanz jerla. Sblm ni aku mmg minat drama RENJIS @ ASTRO RIA. Watak Asyraf Muslim yg agak terja & sengal dlm citer tu bisa mengelikan ginjal aku. Kelako...

Daripada drama ini jgkla aku baru tau apa itu ESP (Extrasensory Perception). Pada aku, ESP is gifted.

Okesla, ni serba sedikit sinopsis citer ILUSI ni..
Illusi, sebuah hasil karya Faznita Md Nor menceritakan seorang gadis, Lyza (lakonan Diana Rafar) yang mampu membuat ramalan mengenai masa depan . Namun apakah ia sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza, saat beliau mendapat gambaran bahawa Shahril, bakal suaminya terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya?

Setelah kejadian itu, Lyza terus bermurung dan kerap mendapat gambaran dengan memegang baju Shahril. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan ancaman setelah mendapat gambaran yang membongkarkan rahsia sebenar kematian Sharil.

Apakah sebenarnya punca kematian Sharil?
Segala-galanya sudah terjawab pada episod akher Khamis minggu lepas. Kadang2 aku leh tersengih sorg2 bile time adegan2 romantik Asyraf Muslim & Diana Rafar..kikiki..Tapi last2, mamat tu PSIKO rupanya...Nyampah pulak aku...Tipah Tertipu..

Beg KesayanganKu


Bukanlah berjenama LV, Gucci mahupun COACH, setiap hari ke tempat keja, ku usung beg kesayangan ku ini..Alhamdulillah, sungguh berjasa beg ini kpd tuannya.



Apa Ada Dalam Beg Tu???

1. 3 ketui ice pack
2. 2 bijik storage bottle
3. Spectra 3 double pumping

Yg tersangkut kat ats tu, nursing cover yg dihadiahkan oleh makcik mr hubby ku..Mmg sungguh berjasa, kalo g mane2, aku x segan silu, sarung je nursing cover tu, pastu leh menyusukan c Airis dgn senang hati..lalalala..



Tak lama lg dah nak masuk bulan puasa, aku agak risau kot2 produksi susu merudum, yela, kalo skrg ni x pose, aku leh mkn sesuka hati. Perut ni asik rasa lapo memanjang. Steady state, steady flow. IN = OUT.
Secara umumnya, jumlah kalori yg diperlukan bagi ibu yg menyusukan bayi adalah sbyk 2700 kcal/day utk 6bln pertama. Ianya meningkat kepada 2950 kcal selepas bayi berumur 6bln & ke atas.

Ape2 pun, aku cuba mempositifkan minda & berdoa segalanya dipermudahkan oleh-NYA. Aku percaya, ramai ibu2 di luar sana yang ragu2 samada mampu @ tidak utk meneruskan puasa dan menyusukan anak pada masa yg sama. Lalu aku pun men google tips yg pada aku amat berguna.

15 Tips bagi ibu menyusukan dibulan Ramadhan :

1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukannya susu untuk ibu menyusu berjenama XYZ.
2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6. Makan banyak KURMA.
7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
10. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
11. Pam susu sebelum sahur.
12. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
13. Ambil milk booster jika perlu.
14. Elakkan terlalu penat.
15. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.

29 July, 2010

Cerita Bufday Mama

Bismillahirrahmanirrahimm....

Hari ini 29 July 2010, maka genapla umurku 29 thn. Heppi Bufday to me...kikiki..
Tahun depan aku dah masuk golongan 3 series..huhu..

Harini aku masuk keje cam biasa, lbh kurang kul 11pg aku menerima satu bungkusan poslaju..


Apa ada dalam kotak? From BUMI KENYALANG with LOVE






saspen ni..


suspen..


saspen..


suspen..


..........


..........


............


....................


XSUSPEN PUN...


...............


............bukan HADIAH MISTERI pun............




TARA..............




TU DIA....baru je order smlm, arini dah sampai...memang POSLAJU betulla POSLAJU ni..

Aku memang dah lame mengidam KEK LAPIS SARAWAK ni..tup2 tjumpa kat fb, so apa lagi, aku pun orderla, kebetulan on 28/07 dia ada wat HAPPY HOUR, minimum order 3 bijik = rm60, leh campur2 jenis kek yg berharga rm25 sebijik. Postage FOC. Aku pun apa lg, terusla meng oda..sesapa yg berminat bolehla order kat : http://keklapisedap.blogspot.com/
atau search fb Kek Lapis Sarawak Sedap.

SEDAP SANGGGGAAATTTT KE?

Bagi aku yg x pandai melapis kek ni (dkt 20 lapis wess), mmg enak la. Berbaloi la beli. Fresh from Oven, dari SARAWAK lg tuh..



Okes, yg paling atas tu Kek Lapis Coklat Walnut, pastu yg tengah tu Kek Lapis Masam Manis, ke Manis Masam? & yg paling bawah tu Kek Lapis Coklat Almond.



Pastu apa lagi, mentekedarah la aku sampai puas, berhenti sebelum kenyang...kikiki

23 July, 2010

I'm Sick of 10sion

Geram, Nak Marah, Penat, Tension, Semua Dalam Satu...
Jerawat pun dah mencanak tumbuh ni..huhu..
Dalam ms 3-4 hari ni mcm2 perkara bermain dlm kotak fikiranku..nak kene format semula ni baru ok kot. Nak kne remove semua virus2 cinta yg dah menyelinap msuk tanpa aku sedari dlm kepala otak ni br soothe sikit kot..

Kenapa harus GERAM? kenapa perlu TENSION? kenapa rasa NAK MARAH?

Nak diluahpun xtau camana nak mulakan..
Apa2 pun, aku hanya mampu memujuk diri ni spy sabar, rileks, tenang, jgn gopoh@terburu2 dlm meng handle semua dugaan ini..hanya ALLAH swt jua sebaik2 tmpt untuk kita sbg MUSLIM mengadu. Sesungguhnya ALLAH swt tidak membebani seseorg itu sesuai dgn kemampuannya.

Tgk muka baby ni br lega siket rasanya...

10 July, 2010

Cerita 8bulan +++ Airis


Sedar, sememangnyaku bukan separuh sedar, usia Airis dah 8++++ bulan.. Diusia 8 bulan ni, gigi pertama Airis baru nak muncul sebatang kat bawah tu. Kesian aku tgk dia macam x berapa nak selesa, orang tua2 cakap nak tukar bulan, yeke? Okesla, walaupun lambat tumbuh gigi, gusi si Airis ni kuat, masa umur 6bulan, aku cuba la bagi makan bubur & nestum, tapi dia x suka..dia nak apa yg mama, ayah & kakak dia makan. Pendekkan citer, dia suka makan nasi, keropok, roti, biskut, so aku pun sumbatkan je la..Alhamdulillah, perut dia boleh terima & takde apa2 masalah, sehinggalah lastweek dia mengalami cirit-birit, lame woooo...seminggu..mungkin aku tersalah makan kot..diakan masih menyusu badan..sian.. Alhamdulillah jgk, aku masih lg berjaya menyusukan si Airis walaupun x secara ekslusif. Kalo kat umah akak pengasuh tu dapatla aku anto 8-10oz/day. Selama 8bulan ni jugak, aku masih belum period...macam peknen la pulak..hehe.

Rentetan Perkembangan Si Airis

1) 3 bulan = meniarap
2) 4 bulan = 1st time jatuh katil, aku x perasan dia dah leh mengesot..huhu..(sehingga saat ini, dah 3kali dia jatuh katil sbnrnya)
3) 5 bulan = masih lagi mengesot, mengundur ke belakang, maju x berapa laju, angkat2 bontot
4) 6 bulan = Merangkak & Duduk, Dah bagi solid food
5) 6.5 bulan = 1st time berdiri kat tepi katil, pastu bila dah berdiri takut nak turun smula
6) 7 bulan = Dah agak kuat utk berdiri, kene pegang2 kerusi, kalo x kebabom jatuh
7) 8 bulan = Baru nak tumbuh gigi..huhu..

Ape2 pon, mama seronot melihat Airis membesar depan mata, keletahnya cukup menghiburkan hati...
Takat ni dulu..tata titi tutu...

Nazril Irham (Ariel) vs Luna

Takde yg hot pun entri kali ni...tajuk je ala2 gempak sket..
Suatu masa dulu, lagu "Mungkin Nanti" cukup aku minati, tambah2 rupa penyanyi ini boleh tahan,ditambah pulak aku yg koya, dilamun cinta meletup2 jugak la group dari seberang ni di awal kemunculannya. Kalo x silap pada akher tahun 2004. Sampaikan anak2 kecil berusia 5tahun pun boleh nyayikan lirik lagu Peterpan tu..
Kemunculan Ariel membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik pada April 2005 juga turut dinanti-nanti kan aku..Tapi kat TV je la, masa tu aku masih bujang, ASTRO xde lg kat umah sewa kitorang, terima kasih kat TV SURIA, walaupun x berapa nak clear, tp dapatla jgk siarannya..kuikuikui..rindunya kat geng2 umahsewa Sri Pulai..

Okes, disini ingin ku tepekkan gambo Ariel & Luna yg paling bezzzz...eNJOYYY...

Look At Me - I'm Old


Sesaje beraplikasi...Lihatla wajahku lagi 20 tahun...bermaksud umurku masa tu 49 tahun..Adakah benar ramalan Paul Paulina? Tidak sama sekali...hanya ALLAH yg maha mengetahui...Tua pasti akan datang, bersediala untuk ke arah itu, kerana segala yg ada didunia ini tidak ada yg kekal..gunakan kesempatan yang ada untuk kebaikan sblm tiba 5 perkara..
1. Masa Muda Sebelum Tua
2. Masa Sihat Sebelum Sakit
3. Masa Lapang Sebelum Sibuk
4. Masa Kaya(senang)Sebelum Miskin(Susah)
5. Masa Hidup Sebelum Mati

Wallahu a'lam. Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

01 July, 2010

Setengah Tahun Sudah Berlalu

Kejap jer masa berlalu...
Selamat bulan Julai utk semua..Pas audit, aku macam makan gaji buta je, walaupun keja x banyak, tp mls jgk nak apdet blog yg macam dah bersawang.
Arini dah masuk bulan baru, berlalu sudah setengah tahun di tahun 2010.
Adakah resolusi utk 2010 ni dah tercapai utk 1/2 thn ni????
Tepuk dada, tanya la diri sendiri..
Ape yang diharapkan semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam & hari esok lebih baik dari hari-hari sebelumnya...insyaallah...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT