Search This Blog

20 January, 2017

Minyak Herba Asmak : Rawatan Semulajadi Tanpa Ubat

Assalamualaikum pembuka bicara...

Setelah tiga tahun sunyi sepi tanpa sebarang posting, hari ini saya ingin berkongsi manfaat minyak herba asmak yang pada saya sangat serasi dengan anak-anak saya.

Menjaga anak yang menghidap asma bukanlah satu perkara yang perlu dipandang remeh. Anak asma perlukan sokongan yang kuat. Sebagai ibu bapa, kita perlu peka dengan pemakanan dan persekitaran yang boleh mencetuskan asma kepada anak kita selain faktor keturunan.

Anak ketiga saya berumur 5 tahun menghidap asma sejak 2 tahun yang lalu. Sebagai ibu bekerja banyak cuti yang saya dah habiskan untuk menjaganya di hospital.

Pelbagai cara tradisional mahupun moden telah saya cuba demi satu kesembuhan untuk Sarah.
Pada bulan April 2016, saya mula diperkenalkan dengan minyak ajaib ini. Walaubagaimanapun, saya hanya mula mencubanya pada bulan Jun tahun lalu.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak minyak herba ini membantu melegakan asma Sarah. Tidur malam pun lebih lena. Syukur saya tidak terhingga apabila nampak kesan positif seawal sapuan yang pertama.


Kandungan bahan semulajadi dalam minyak herba ini meyakinkan saya untuk mencubanya.
Formulasi daripada gamat, habbastus sauda', minyak zaitun dan minyak kelapa dara memang tidak asing lagi dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia umumnya.


Gambar di atas adalah Sarah sedang tersenyum sambil pegang botol minyak herba asmak. Melihat Sarah tersenyum cukup membuatkan hati saya gembira.

Kini saya telah pun menjadi pengedar sah minyak herba asmak (ID No : MH04151).
Sesiapa yang ingin mencuba, jangan segan-segan boleh terus whatsapp saya di talian 012-633 2053.
InshaaALLAH mujarab sebagai penawar asma, batuk, selsema, resdung, sakit gigi, lenguh, senggugut, migrain, kembung perut, luka, gatal-gatal ringan dan sembelit.

Terdapat dalam dua saiz iaitu :

30ml (RM39)
10ml (RM18)

Saiz yang kecil ini sesuai sebagai percubaan dan mudah dibawa kemana sahaja. Setakat ini dahulu perkongsian saya untuk kali ini...

Semoga bermanfaat ☺
Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi facebook :
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/
                                                                   
atau laman web rasmi
https://mham.com.my/

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT