Search This Blog

28 August, 2010

Nasi Tomato Tempoh Hari


Dah seminggu x hapdet blog ni. Rasenya belum bersawang lagi. Minggu lepas, aku try masak nasi tomato. Xde idea nak buka mkn ape.

Jom lihat bahan-bahan nasi tomato ni (utk 2org makan, berbuka & sahur)

1) 2 cawan beras basmathi (beras biasa pun boleh)
2) 1 biji tomato (dipotong dadu)
3) 2.5 cawan air
4) 1/4 cawan susu cair
5) 3 sudu besar sos tomato
6) 1 helai daun pandan
7) sedikit garam
8) bawang goreng (untuk hiasan)

Bahan menumis
1) 2 sudu minyak sapi
2) 1 batang kulit kayu manis
3) 1 kuntum bunga lawang
4) 1 biji buah pelaga
5) 1 kuntum bunga cengkih
6) 2 ulas bawang putih (dihiris)
7) 3 biji bawang merah (dimayang)

Cara masak senang ajer;

1) Basuh beras, rendam sekejap, toskan.
2) Campakkan semua bhn tumis dalam kuali, tumis agak2 kekuningan & naik bau. Ketepikan bila dah masak.
3) Masukkan beras & air dalam periuk
3) Masukkan susu cair, tomato, sos tomato, daun pandan & bahan tumisan tadi dalam periuk berisi beras. Kacau sikit.
4) Masak nasi macam biasa

Nasi tomato ni berlaukkan ayam masak merah & acar. Sesetengah org suka ayam masak kurma.


Alamak, pic acar lupa nak snap. Ni pun snap versi berasap je. Versi tgh hidang xdang.
Alhamdulillah, rase nasik & ayam next to perfect la, aku takot gak sbb tgh pose, xleh rase. Hehehe..

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT