Search This Blog

26 August, 2011

Tak Sempat Beraya Kuih Ni


Arini saje nak tayang kuih raya yang bez bangatttttt...

Tapi aku rase 2 jenis kuih ni memang tak sempat beraya sebab tiap-tiap ari aku akan ngaapppp seketul demi seketul...

Kuih 1 : Kalo tak silap namanya "Frambozen Kenari". Lupa nama sebenarnya tapi memang superb delicious. Rasanya baru 2 tahun ni kuih ni meletups. Nyummyyy..


Kuih 2 : Tart Nenas Super Enakss, memang lazat tak terkata...aku tak suka makan tart gulung, sebab tu tart yang selain bergulung adalah pilihanku..


Okeyla, dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua kawan-kawan di alam maya.......MAAF ZAHIR BATIN........

24 August, 2011

Saya Nak Lipstik Kaler "Korea"

Hai Semua.....

Entri ni bolehla dikatekan gediks, saja nak share dengan kawan-kawan diluar sana. Untuk pengetahuan semua diriku bukan la seorang yang pandai dan suka bermekap. Kali pertama beli lipstik masa nak kawin dulu. Dahlama pun, tahun 2006. Pun cap The Body Shop. Kaler ape, dah lupa lak. Yang pasti bukan kale Korea. Beli lipstik sebab nak mekap sendiri untuk majlis bertandang sebelah laki. So, takde mak-mak andam okey. Makanya, aku sendiri mengandamkan diriku.

Nak tengok hasilnya?


TAKDE la comey mana pun. Kang aku dah cakap aku bukan pandai mekap pun. Maaf gambar tak berkualiti, pakai kemre zaman batu.

Sampai sekarang lipstik tu masih ada. Xluak pun sebab aku memang tak oles pun pastu. Dah expired, tapi aku sayang nak buang. Nostalgia la katekang.

TAPI bukan ini citer yang aku nak post kan arini. Alkisahnya, sejak 2 menjak gedik tengok drama korea nih, aku pun teringinla nak memiliki bibir seperti pelakon korea yang cun-cun tuh. Suka tengok kaler lipstik yang diorang pakai. Nampak sungguh natural ala2 orange gitu.

Sebagai seorang yang mudah terpengaruh, aku pun sesajek la jengah The Body Shop masa birthday ku tempoh hari. Request dengan my laki nak beli lipstik untuk kali ke2. Dan yang penting aku nak kaler ala2 pelakon korea. Aku pun cakapla kat adik promoter tuh. Die pun suggestla kat aku satu lipstik ni...Aku pun terai, dan lantas tersuka terus. Wow, nampak natural gitew.

Haaaa.........ni die serial no kod nya..


Made In Thailand okey..........ada ku keshah???

Warna dalam gambar ni plak tak sama dengan warna sebenar lipstik nih. Puas aku adjust, tapi masih gagal.


MoistureGlide Lip Colour 63, RM 33.75 after 25% Less

Apa-apa pun, aku amat menyukai lipstik ini. Dah terpenyek sikit gara-gara anak dara 2 orang tuh...

23 August, 2011

Pernah Tak Korang Ting Tong

Assalamualaikum wbt.....hai hai anda semua...

Harini aku sangat mengantuk. Sebelum aku terlelap, baik aku post kisah ting tongku ni. Kurang-kurang dapat hilangkan rase mengantuk disaat suhu bilik mencecah 20 degree C ni.

Situasi Ting Tong 1 :

Pergi Jusco 4 beranak. 4 beranak = aku, my laki, both princess. Beli barang pun xbanyak pun dalam RM100 jek. Boleh dikatakan semuanya makanan rapu. Dala keta otway balik, dah terbayang-bayang rasa aiskrim LA CREMERIA yang lazat itu. Sampai jek umah, angkut barang tiba-tiba baru perasan aiskrim dan beberapa barang yang lain takde. Takan hilang kot? Tercicir? Lupa nak amik masa bayar? Terlupa nak angkat masa nak angkut anak-anak masuk dalam keta? Walau apa-apa pun alasan, nasi dah menjadi bubur. Moralnya, fokus angkut barang walaupun dalam masa yang sama nak handle anak-anak yang buat kecoh. Belum anak 3 lagi tuh.

Situasi Ting Tong 2 :

Pergi Senai Airpot. Masa nak bayar parking ticket tu, aku masukkan la card parking tuh. Aduh baru perasan duit dalam dompet hanyala RM50 sekeping. Kad dah masuk dalam mesin tuh, macamane nih? Lantas aku pun berlari-lari ke KFC berdekatan, mintak tukar duit kecik dengan adik kaunter tanpa memikirkan perasaan malu lagi. Bila sampai kat depan mesin tuh semula, aku nampak sekumpulan pak ARAB duk kecoh-kecoh. Daripada pengamatan aku, dorang musykil la napa parking ticket dorang takleh masuk Memangla takleh masuk, dah ticket aku ada dalam tuh. Sekali lagi ting tong. Aku berlalu setelah mengucapkan sori. Hehehe....Malu wehhh..

Situasi Ting Tong 3 : 

Aku nak pakai contact lens. Mula-mula, buka penutup bekas rendaman die dulu, tiba-tiba boleh aku campak ke dalam bilik air kontek lens tuh.. Dah kenapa??? Sepatotnya aku amik kanan dulu, pastu cuci dgn solution, baru pakai. Aku pun tak tau napa aku jadi camtu. Jenuh panggil my laki suh cari semula dalam bilik air. Dekat 10 minit jugak baru jumpa semula. Nasibaik jumpa weh. Kalo tak, nak beli lagi sepasang 3 rat. Mau pikir 100 kali. Susah betulla asyik hilang fokus jek. Macamane nak sambung PHD kalo camni peel nya...

Situasi Ting Tong 4 :

Kejadian deekat IOI Mall. Parking RM1 sekali masuk. Bila nak kuar baru perasan, tadak duit kecik. Kereta belakang dah hon-hon aku. Berderet plak tuh. Eiiii, macamane nih? Aduss, nasibaik ada sorang akak pengkid belakang aku dengan machonya datang kat aku n bertanya. Aku memang dah malu giler. Pastu die bagi duit syiling singgit kat aku. Time kasih kak...Ehhh..akak ke abang nih? Dahla naik kete penuh sticker vroom vroom....

Okeylah, banyak lagi kisah tingtong ku. Cukup 4 dulu aku tulis d sini. Akher sekali ku nak tempek wajah-wajah tingtong aku laki bini....


Hehehe....Cun tak? Muka suci murni kan???

22 August, 2011

Main Sembur-Sembur

Kembali bersiaran lagi........Tajuk tak senonohkan...

Sejak dua menjak ni takde isu lain nak citer kat blog. Sikit-sikit pasal skincare, sikit-sikit pasal kosmetik kan.

Kali ni aku nak share koleksi wangian yang ku suka. Tak mahal pun, harga murah dan mampu dimiliki.
Secara peribadi aku memang sukakan wangian daripada The Body Shop.

Aku memang takde identiti. Tak suka kepada satu-satu wangian sahaja. Sebab tu aku ada beberapa jenis perfume daripada The Body Shop nih. ada EDP dan ada EDT....Beli pun time offer ataupun time Birthday aku. Baru leh dapat lagi dan lagi murahhh, kan? Sebagai pengguna yang bijak, kita harus membeli ikut keperluan dan ikut masa. Maksudku masa tengah offer lah...

Keenam-enam wangian ni aku kongsi dengan my laki. Nak kate pondan, lantakla...yang penting, kami mempunyai citarasa yang sama. I like...hehehehehe...

Pernah aku nak rembat perfume "Intuition" daripada Estee Lauder, tapi ditegah oleh my laki. Mahal sangat katanya. Standardla cikgu, kedekuts kan...hehehheehee....ampun YANK, i'm sorry...Raya nanti i cium tangan laju2 mintak ampun maaf k...

Baiklah, kat sini aku nak tayangkan 6 koleksi haruman yang ku suka tidak mengikut urutan. Sebab ape ku kata camtu? Sebabnya ialah kejap-kejap aku terpaling suka Love ETC, kejap-kejap plak tersuka sangat dengan Dreams Unlimited. Huhuhuhu......apa-apa jer la oiiii......yang penting, aku suka kalo aku wangi, aku tak suka kalo my laki cakap aku busukkkk...



1. EDP Love ETC, 50mL
2. EDP Dreams Unlimited, 50mL
3. EDT White Musk Breeze, 30mL
4. EDT Moroccan Rose, 50mL
5. EDT Aqua LILY, 30mL
6. Perfume OIL Cinnamon Spice, 15mL

Minggu Terakhir Keja Sebelum Cuti

Yeaaaaaaaaayyyy...

Taksabar rasanya nak habiskan minggu ni. Sabtu ni last aku keja sebelum bercuti selama seminggu.
Suka sangat. Ramadan kali ni sungguh pantas berlalu. Layakkah aku berhari raya dengan amal ibadat yang tak seberapa ni????....Huhuhu...tahun ni aku sempat semayang terawikh 2 kali jer kat masjid. Asik on off on off jer. Jenuhla aku nak mengganti puasa tahun ni.

Dah lama aku x post citer kat blog ni. Memang.....aku tersangat bizi, tambah-tambah pulak baru berjinak-jinak dengan bisnes yang baru diceburi. Rasa 24 jam kejap jer berlalu.

Sampai minggu lepas berbuka, 5 hari berturut-turut aku tapau jer. Malam baru kung kang kung kang masak tuk sahur. MAKANYA, MEMANG TAKDE SEBARANG pic makanan layak aku postkan kat blog nih sepanjang minggu lepas.

Okeyla, loceng dah munyik, kang sambung lagik...

12 August, 2011

Happy Skin, Happy Face


Clinelle Oil Free Smoothing Compact SPF18

Dihari Jumaat yang mulia ini, daku nak share satu produk yang ku rasa sangat best. Macam biasalah, aku beli natural shade. Baru je guna seminggu, lepas ni bolehla bertukar kepada bedak kompak ni jer, takyah beli MIYAMI lagi. Miyami dah naik harga sekarang. Kalo nak beli pun, kena tunggu offer dulu

Kenapa aku rase bedak kompak ni best dan berbeza daripada yang lain?
Bedak ni tidak menampakkan muka ku berminyak, dapat menutup liang-liang roma dengan sempurna.
Walaupun lebih 5 jam pakai, muka masih tak berminyak....fungsi die seakan-akan two way cake foundation....suka sangat..

Lagi satu aku suka rekabentuk bekas bedak ni yang agak ergonomik. Nampak smart jek. Memang patut ada dalam handbag anda la....So, apa tunggu lagi, cuba la terai. Benda yang bagus harus dikongsi bersama, betul tak? Harganya pun memang cukup murah, cuma RM19.00. Haa...ni lagi satu produk bawah RM20 patut ada...

07 August, 2011

Bersiaran Dari Rumah : Lauk Sahur : Sup Ikan Merah

Pestaim daku bersiaran dari umah...syahdu sungguh waktu nih tatkala ramai lagi yang masih lena dibuai mimpi sambung tido pas sahur dan solat subuh.

Aku jugak bakal menyambung balik tidur jap lagi nih. Hari ahad je la peluang leh sambung tido. Hari-hari lain adalah hari bekerjaku...

Susahnya la keja jadi kuli ni, memang 8 to 5 banting tulang setiap hari. Sabtu je membanting dari 8 to 12....

Bila nak merasai nikmat financial freedom nih? Makin tertekan daku bila tengok baki PTPTN ku selepas permohonan ujrah tempoh hari...

Okeyla, malas nak membebel dan menambahkan lagi stress. Untuk hiasan, daku letak pic lauk sahur hari ke 7 berpuasa...

06 August, 2011

BB Cream : Sambungan Citer Semalam

Sepertimana yang dijanjikan semalam, aku nak letak gambar BB Cream yang aku dah terbeli minggu lepas.

Huhuhu...bukan SKIN79, ntah macamana aku leh terpengaruh dengan promoter kat Watson tu aku dah terbeli yang ini...


BIO-Essence Aqua BB Cream, bukan yang 10 in 1 @ 8 in 1. Harganya sama sahaja. After 20% off  = RM 55.92.


Boleh promoter tu cakap kat aku, SKIN79 memang bestseller tapi ramai yang komplen muka jadi minyak. So sangat tak sesuai untuk kulit yang berminyak dan senang naik jerawat cam aku nih.

Kang dah cakap aku ni memang mudah terpengaruh....huhuhu...

Setakat seminggu pemakaian BB Cream nih, aku rase muka aku tak shiny walaupun selepas 8 jam. Tak tau la kot-kot keja berkurung dalam bilik ber aircond kan. Cuba keluar tengok...Hehehehe...

Aku sangat suka teksturnya yang ringan dah halus. Seolah-olah takde benda yang ditepek kat muka nih...

Bukan takat Aqua BB Cream saja, aku ternampak ini juga...



Lalu aku membelinya memandangkan harganya cuma RM 15.92 after 20% less. Murah beb sebab adik aku baru jugak beli Maybelline BB Cream nih dengan harga RM 19.90. So, apa salahnya menerai kan...murah je pun. Tapi jangan tertipu dengan gambar ini. Nampak cam besar jek botol die.

Kalo diletakkan sebelah Aqua BB Cream tadi, inilah hasil kandungan dan ketinggiannya...


Jika hendak dibandingkan dengan Aqua BB Cream tadi, Maybelline punya tekstur lebih pekat dan kalo dipakai kat muka tak se ringan yang Bio-Essence Aqua punya. Tu yang aku rase la, korang pulak aku tak tau...

Apa-apa pun, aku tetap berazam untuk menerai yang SKIN79. Maybe next month akan cuba ku dapatkan...hikhikhik...

05 August, 2011

BB Cream : Best Sangatkah??

Secara jujurnya, aku mengakui diri ini senang terpengaruh. Jangan salah faham. Senang terpengaruh dengan produk-produk skincare dan kecantikan okey.

Beberapa bulan yang lalu, bila ku belek majalah EH, ada iklan BB Cream. Belek majalah RAPI & JELITA pun sama. Eh eh, apakah itew BB Cream? Malas nak citer panjang lebar. Sila KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut...

Eleh, baru tau ke? oranglain dah lama pakai BB Cream ni aku baru terhegeh-hegeh nak cari yang paling sesuai untuk my kulits. Sebelum berlakunya pembelian secara rambang, baik aku google review orang yang dah pakai dulu. Betul x? Terima kasih encik google yang menjadi sumber carianku.

Terdapat bermacam-macam jenama BB Cream dipasaran sekarang. Bagai cendawan tumbuh setelah masing-masing duk berangan nakkan kulit secantik Song Hye Kyo pelakon drama Autumn In My Heart itu..

Antaranya ialah Missha, Skin79, Clinique, Etude House, Elianto, Maybelline, Bio Essence dan banyak lagi la. Setelah membaca review kat SINI, aku terus teruja dan terasa ingin mencuba. Lantas, ada la beberapa kali dalam beberapa minggu yang lepas aku mencuba tester BB Cream nih. Antara yang aku test ialah, SKIN79, Etude House, Maybelline & Bio Essence. Tapi aku tak beli pun. Masih lagi tercari-cari. Rase tak cukup research ni...Eccehhhh!!!

Kalau ikutkan bestseller, SKIN79 adalah pilihanku. Lagi pun die ada tube yang kecil ala-ala trial la kan...xpasti brp ml, dalam 20mL kot, RM 29.90.  Ye lah, nak beli yang besar terus, takot tak sesuai dengan my kulits nanti. Dah membazir pulaks....

Setelah mencari-cari, akhirnya aku terbeli BB Cream secara tak sengaja kat watson. Baru je seminggu menggunakannya. Nak tau jenama apakah yang aku beli? Esok aku akan wat entri pasal takde gambarla hari ni. Malam ni baru tangkap itu gambar BB Cream ok................

04 August, 2011

Mari Membandung

Semalam, balik keja, aku singgah TJ Mart jap beli barang basah untuk stok sampai ujung minggu nih. Masa menuju balik ke kereta, aku rase cam nak pitam jek. Aku cuba gagahkan diri. Sampai jek umah, jam dah menunjukkan pukul 6.10 minit petang. Aduhh, gawat nih....harap-harap sempatla aku membandung arini.

Dengan gigihnya, aku mengeluarkan semua bahan-bahan untuk membuat bukan Mee Bandung MUAR yang femes tuh, tapi Mee Bandung Kulaijaya (nama aku bagi sendiri). Mee bandung versi aku nih diperkaya dengan belacan, udang kering dan kacang tanah. Satu pakej lengkap yang bisa membuatkan jururawat  jerawat menjinak di muka kalian semua okey...

Kemudian aku rencahkan dengan fish cake, udang, daging & telur. Perhatian : Telur sebijik jek aku letak.

Sayur pulak aku cuma letakkan sawi dan tomato.

Tadaaaaaaa...dah siap pun...


Alhamdulillah sebelum kul 7mlm dah siap masak. Semangkuk untuk saya dan semangkuk lagi untuk sang suami.

Bab-bab garnishing aku memang fail sikit...Letak lada merah dan daun sup jek kasi menarik sikit.

Dan yang ini pulak laksa penang jiran sebelah kanan bagi...


Alhamdulillah, ni la rezeki hari ke-3 kami anak beranak berbuka puasa.

03 August, 2011

Wordless Wednesday #3

Malam tadi aku mimpi benda ni...


dan juga benda ini....


Motiffff???

02 August, 2011

Mee Goreng Berbulu Lada Hitam

Taraaaaaaaaaaaaaa...


Semalam kami anak beranak berbuka pose hanya dengan makan kurma, mee goreng, ayam goreng & soya. Mi goreng ni nampak macam tak menyelerakan. Tapi rasanya cukup lazat. Tak percayaaaa????
Tak mengapaaaaa...

Semalam balik keja aku rase cam xlarat nak masak nasik terus tu yang goreng mee jek.
Tumbuk lada hitam sikit kasi pedas....memang cukup rase pedas die tuh...Malam pulak untuk sahur aku masak gulai ketam dengan ikan goreng. Pastu makan berulam tomato hiris nipis-nipis. Gambar tak snap pasal pagi-pagi malas la...

Mee goreng berbulu lada hitam atau mee goreng lada hitam berbulu?????
Argggghhh, tak keshah la mana-mana pun..janji spesis mee goreng jugak.
Nak tau sebab apa aku namakan mee goreng ni berbulu???

Sebenarnya masa baru kawin dulu, my laki request nak makan mee goreng berbulu. Aku pun musykil jugak pada mulanya. Rupa-rupanya, mee goreng tu kena letak telur banyak kasi berbulu. Tapi semalam aku letak sebijik je, takut kolestrol maaaa...Tapi tetap nampak agak berbulu. Berbulu dengan telur....hehehehehe....

01 August, 2011

Fesyen Blogger : Trend atau Gaya Sendiri?????

Tajuk entri ala2 gempak je....
Alkisahnya pagi semalam dalam sibuk-sibuk duk ngemas umah, lebih kurang kul 10 pagi terbuka channel TV-Al Hijrah. Tak pasti segmen apakah yang diacarakan oleh Irma Hasmi & sorang lagi mamat tu. Tak ingatla nama die.

Ok, tajuk perbincangan segmen tu ialah Fesyen Blogger : Trend atau Gaya Sendiri?????

Terlekat kejap depan TV memandangkan aku cam kenal je 3 blogger jemputan tu. Dah masuk kat majalah Jelita edisi August pun dorang nih. Dan konpem blogger tu tak kenal aku pun. Hahahaha (gelak kat diri sendiri)...

Blogger Fesyen 1 : Fira suka sangat dengar cara die cakap, suara die superb cute..I like
Blogger Fesyen 2 : Intan Suhana Johari nama die (kalo x silap)
Blogger Fesyen 3 : Aishah Amin 

Sebelum ni aku suka ikut  blog Shea Rasol & Adriani Adnan sejak mereka muncul kat WHI 1 May lalu...
Mereka ni sangat gojes dan sangat ikhlas dalam berblog............like 100X

Kewujudan blogger-blogger fesyen ni seolah-olah mencetuskan satu fenomena baru dalam fesyen bertudung muslimah kini.
Bagi aku tak kisahla kita nak berfesyen sakan pun, janji menutup aurat dan jangan sampai tabarruj sudahla...

Salam Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan semua....bulan yang menjanjikan kerahmatan dan keampunan. Moga Ramadhan kali ini menjadi medan tarbiah buat kita semua...

Puasa Hak Prerogatif ALLAH

"Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan aku memberi ganjarannya."

Dipetik daripada majalah Solusi, Isu 34

p/s : Siapa tak puasa arini sila angkat tangan...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT