Search This Blog

13 March, 2017

Nak Kulit Sihat dan CantiK?

Semua wanita mengidamkan kulit yang halus, licin dan lembut bak artis K-Pop.
Sebenarnya orang Korea asal tidaklah secantik mana, biasa-biasa sahaja rupa mereka. Namun, tidak dinafikan mereka mempunyai kulit yang sangat cantik.

Walaupun dah berusia, warga emas masih berkulit tegang dan lambat berkedut.

Apa rahsia mereka?

1. Mereka amat menitik beratkan soal kesihatan
Ini kerana sistem perubatan mereka sangat mahal dan tak ditanggung kerajaan. Mereka tak mampu untuk jatuh sakit. Jadi mereka banyak bersenam dan menjaga pemakanan. Tidak seperti orang kita, sudahlah perubatan disubsidi kerajaan sehingga 95%, ubatan percuma pun seringkali kita bazirkan. Lagi berumur, lagi makan sesuka hati, seolah-olah tiada esok bagimu.

Warga tua mereka sering memenuhi pusat rekreasi untuk melakukan aktiviti seperti memanjat gunung, merentas hutan supaya kekal sihat. Warga tua kita pula sinonim dengan berpenyakit 3 dan 4 serangkai, sedangkan warga tua mereka cergas dan sihat.

2. Pemakanan
Lauk pauk harian mereka jarang yang bergoreng atau bertumis seperti kita. Kebanyakan lauk mereka direbus atau distim. Mereka juga makan nasi seperti kita; malah nasi dimakan 3 kali sehari termasuk sarapan pagi. Tetapi berbeza dari segi lauk pauk. Lauk kita mengandungi protein sehingga 3 jenis (ayam, daging, ikan) dan hanya satu jenis sayur. Tetapi lauk mereka mereka mengandungi hanya satu jenis protein dan 5 atau 6 jenis sayur bagi setiap hidangan.

Dari segi kesihatan dan makanan saja kita dah kalah teruk.

3. Penjagaan kulit 
Lazimnya penjagaan kulit kita bermula agak lambat iaitu apabila usia masuk 20an (memasuki alam pekerjaan). Penjagaan kulit mereka pula bermula dari zaman persekolahan.

Umumnya, mereka sangat obses dengan penggunaan sunscreen. Tak boleh keluar rumah jika tak sapu sunscreen. Betullah tu, kerana sinaran UV boleh mempercepatkan proses penuaan dan menggalakkan pembentukan pigmentasi pada wajah.
Penjagaan kulit kita umumnya mengandungi 2 atau 3 langkah sahaja iaitu mencuci muka, memakai toner (kadang ya, kadang tidak) dan seterusnya pelembab muka.

Tetapi penjagaan kulit mereka, paling cincai pun ada 7 langkah seperti di bawah ini :

1. Membersihkan muka dari alat solek dengan pencuci berasaskan minyak (cleansing oil)
2. Mencuci muka dengan pencuci muka. Mereka amat memberatkan double cleansing
3. Menggunakan toner bagi membuang sisa-sisa alat solek dan pencuci muka. Kulit yang bersih adalah kulit yang sihat
4. Menggunakan esen muka bagi membantu penyerapan pada kulit
5. Menggunakan serum muka. Serum akan memperbaiki kulit dari dalam
6. Meletakkan pelembab muka bagi mengekalkan serum didalam kulit
7. Memakai topeng perawat muka (mask) ataupun topeng tidur (sleeping mask).

Oleh itu orang Korea tak perlu berlebihan dalam menata rias wajah mereka seperti orang barat yang suka menempek berlapis-lapis alat mekap sehingga rupa sebelum dan selepas berbeza 200%. Orang Korea menata rias muka dengan tipis dan gemar memaparkan kecantikan asli.

Nak kulit cantik dan sihat? 
Tiada jalan pintas. Jagalah kesihatan dan pemakanan. Seterusnya rajin-rajinlah menjaga kulit.

Tak guna kulit putih licin sehingga nampak urat hijau dengan menggunakan krim bermerkuri dan berhidroquinon jika akhirnya anda terlantar di hospital rosak hati dan buah pinggang akibat kesan sampingan krim muka.

Tips kesihatan kulit ini diedit dan diubahsuai dari page Dermags for Life.
Saya amat mengesyorkan penggunaan bedak asmak sebagai topeng perawat muka atau masker. Hanya sapukan nipis dan merata pada kulit muka dan lihatlah hasilnya yang menakjubkan. Ianya suci selamat dan 100% dari alam semulajadi.
Nak cuba bedak asmak?
Whatsapp
012-6332053
Pengeposan ke seluruh Malaysia




.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT