Search This Blog

14 August, 2010

Pesona Si Gapi


Balik keja petang semalam, cam biasa aku g amik anak2 dulu. Sampai je umah, C Dania terus menerpa ikan2 dalam akuarium kecik tu.

Dania : "Mama, ikan dah mati"
Mama : "Yeke Dania?"


Kesian pulak, daripada 8 ekor dah tinggal 4 ekor je ikan-ikan tu.
Sebenarnya kami baru je kembali membela ikan setelah kematian ikan kelisa 3tahun lalu.

Masa tu Dania pun xwujud lagi, masih dalam perut aku yg dingin. Nak beli arowana xmampu kan, mau puluh2 ribu seekor...Walopun dah mati ikan tu, birth certificate nya masih dalam simpanan kami.


Biarpun hanya dalam akuarium yg kiut miut ni, gerak & lenggok ikan gapi ni berenang kesana sini amat mendamaikan jiwa. Konon terapi minda la tu...

Dania dgn Airis pun hepi bermain dgn ikan2 tu. Main tekan2 lampu kat tepi tu. Rosak jgk asik bukak tutup je button tu oooiii. Harap2 yg 4 ekor tinggal tu panjang la umurnya.

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT