Search This Blog

23 June, 2012

Masanya Pasti Tiba

Assalamualaikum wbt........................

Mungkin ini entri terakhir sebelum saya versalin. Dah seminggu saya tak boleh nak tido. Berkedip-kedip mata ni walaupun dah pukul 3-4 pagi.....Dengan cuaca yang panas melampau pulak tu perot ni asek mengeras + baby menunjal-nunjal berakrobatik dengan ganaz membuatkan saya rasa sungguh tak selesa...bila dah ada tanda-tanda macam ni, bermaksud tak lama lagi la Dania + Airis akan dapat adik baru....lagi pun berat badan saya dah statik....takde kenaikan lagi....kalo ikut pengalaman lepas, kalo berat dah statik tu, memang dah dekat sgt la tu.......

Bila rakan/sedara/jiran/org2 yang mengenali saya tanya, "bila nak bersalin?" Siryus saya tak tau/susah nak jawab apa. Sebab memang saya tak tahu bila saya akan bersalin.....wallahua'lam......dan yang pasti saya kurang gemar menggunakan term "tengah tunggu hari"....
Buat apa tunggu hari? Masanya pasti akan tiba jua kan........

Tapi kalo orang tanya saya, "bila due?" Haaaaaa...yang ni saya boleh jawab laju2.....hehhehehehe...

Pastu ada jugak yang tanya, "masih kerja lagi? Kenapa tak amik cuti rehatla kat rumah.".........owh...
Bagi saya cukupla pengalaman pertama saya dulu amik cuti awal-awal. Last-last lambat jugak bersalinnya....Rugi ML saya. Kenapa saya ambik cuti awal?
Sebabnya ialah............ kunun-kununya saya nak bersalin kat negeri tanah tumpah darahku...Takan dah kuar tanda baru nak zassss dari Kulai ke Trg.....9 jam wooooooooo...

Jadi selagi terdaya, saya akan bekerja. Setelkan mana-mana yang patut kat opis tu sebelum bercuti panjang. Itu lebih baik rasanya daripada duk melangut kat rumah sambil "menunggu hari"....hohohoooooooooooo

Perlu kah Selusuh & Akar Fatimah?


1. Air Selusuh (sebaik-baiknya air zamzam & dibuat oleh Sang Suami)
2. Buah Kurma
3. Akar Fatimah


Haaaaaaaaaaaa......ni 3 benda yang saya nak minum/makan sebelum bersalin....
Harap-harap dipermudahkan segalanya....saya & bayi selamat nanti...

Perlu kah sebenarnya kita minum air selusuh + air rendaman akar fatimah ni?
Yang buah Kurma tu nak kasi tenaga,buah kurma kan kaya dengan segala macam khasiat.........

Saya rasa benda ni terpulang pada masing-masing punya pendapat la..
Saya anggap ini salah satu ikhtiar + tawakkal kepada Allah...sebab bacaan dalam air selusuh pun bukan merupakan jampi serapah.....bacaan daripada ayat-ayat Al-Quran jugak kan...

Antara bacaannya ialah :

1. Surah Al-Fatihah
2. Selawat syifa'
3. Ya Latif (zikir)
4. Surah Al-Hasyr (Ayat 21-24)
5. Doa Selusuh yang lebih kurang bermaksud : "Ya Allah, dengan hak Mryam juga hak hamba yang
    diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama isteri yang di bintikan
    ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya"
6. Doa Permudah
    "Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah kau sukarkan kerana engkaulah yang maha 
    memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMu"

Nak buat ke tanak? Nak minum ke taknak? Suka ati korangla.... ........Anda Buat Anda Dapat (kata Ustzh Bahiyah...hehehehehehe)

14 June, 2012

32 Bulan Yang Lalu

Salam Khamis uolllllllsssssssss..

Sedikit update saya hari ni......dah nak masuk 38 minggu usia kandungan saya...

Kelmarin g checkup kat KK Kulai...saya sungguh x sangka urine saya masih positif sugar...

Ingatkan dah okeh sebab tgk warna kencing yang jernih sungguh..kalo ada batu karang dalam bekas kenceng tu pon leh nampak..heheheheh...

Kangmain saya minum air suam banyak2 pada hari kejadian... Tapi bila wat sugar blood test.......okeh je...5.8mmol/L.

Berat saya dah tak naik banyak sangat which is 0.5 kg dalam tempoh lebih kurang 3 minggu...So berat saya sekarang ialah 56kg. Naik lebih kurang 13 kg sejak awal peknen.

Rasenya dah x naik byk lagi kot sbb peyot saya dah mengembang semaksimum yang boleh sampai pusat pun dah rata......siap kuar urat2 hijau kat perot....omaigodddddd....

Dan lagik.........saya masih lom kemas barang2 masuk beg nak bawak g spital.........plan balik keja karang baru nak sumbat semua tuh...checklist dah ada nih...

Sebelum benti menaip, saya tinggalkan video yang diambil oleh suami saya masa bersalinkan Airis dulu...Video yang diambil pakai henpon jek kira-kira 32 bulan yang lalu....Selamat menonton....Tata.....



09 June, 2012

Kolok Sotong

Hari kamis kelmarin saya tertengok (ter sebab bukan sengaja) rancangan TEGANU KITA yang disiarkan di TV3. Ni baru kali pertama saya menonton rancangan tu...padahal dah beberapa episod berlalu...

Saya rase nak menangis tengok rancangan tu. Sebab apa? Vangan ke apa?

Sebenarnya saya emosional sebab saya dah lama teringin nak makan lauk sotong + buah gajus (saya panggil jambu golok) masak lemak. Saya tak tau nama sebenar masakan tu sehinggalah saya menonton rancangan tu. Rupa-rupanya nama sebenar masakan tu ialah "Kolok Sotong".

Lalu saya pun mengugel dan terjumpa resepi ni kat belog chef hanielieza. Klik SINI untuk lihat mcmana rupa masakan ni & cara membuatnya. Seingat saya last saya makan lauk tu masa tingkatan berapa yek..lebih 15thn yang lalu...dah lama sangat laaaaaaaaaaa.......

Memang susah nak jumpa jambu golok sebab ia merupakan kategori buah eksotik. Kebetulan kalo musim mencandat sotong kat teganu buah eksotik ni senang diperolehi. Agaknya sebab tu la lahernya masakan kegemaran saya nih. Kombinasi sotong + jambu golok yang sememangnya mantaps. Makan dengan nasik putih, ikan goreng, sambal belacan.............uwaaaaaaaaaaa.....cukuplaaaa, saya rasa nak nangis lagik.......



07 June, 2012

Ultah Ke-6 Perkahwinanku

Ahad, 03 June, Lepas waktu Isyak.... 

Hari Ahad lepas merupakan hari yang penat buat saya...pagi masuk keja, petang sebelum kul 3 baru balik. Saya malas nak masak. Beli je untuk lunch. Lepas Isyak malamnya, kami pun buat keputusan eat out je la. Lagipun esoknya hari ulangtahun perkahwinan saya. 

Saya memang teringin nak makan stimbut & barbeku sebelum bersalin ni. Kang masa pantang dah takleh nak makan macam-macam. Jadi kami pun zasss ke Malay Stimbut ni...

Tak jauh pun, lebih kurang 2 km je dari rumah saya..


Masuk ni baru kali ke 2 saya berkunjung ke sini....


Dah nak abes makan baru sibuk nak bergambo...


Muka saya bila dalam gambo jek nampak kembang semangkuk..padahal kat luar tade la sangat (ayat perasan nak mam***)


Apalah aksi 2 beranak nih....macam-macam...layan je la.....


Kami berempatttt....Selepas ni akan berlima......takleh nak bayangkan macamane nak handle 3 kids nanti...yang bdk 2 orang ni pun saya dah rasa semputtttttt......saya memang respek dgn ibu-ibu muda kat luar sana yang leh handle anak yang ramai, kecik2 plak tu...

Saya harap saya pun boleh jadi macam mereka............Akher kata Happy Anniversary utk saya dan suami...

06 June, 2012

Persediaan Bersalin Anak ke-3

Macam skema je tajuk tu.....tapi takpe la...takde idea nak buat tajuk entri.. Dah seminggu takde sebarang post.

Sesungguhnya saya sangat bizi seminggu lepas buat persediaan untuk audit ISO yang kebetulan jatuh pada hari anniversary saya yang ke-6..

Bila dah abes audit 2 hari lepas, barula saya lega dan boleh fikir benda lain. Sampaikan nak sambut anniversary pun x feel sangat. Pasal anniversary, saya buat entri lain...

Sedar tak sedar lebih kurang tambah tolak lagi 3 minggu sebelum tarikh saya dijangka bersalin. Persediaan kali ni biasa-biasa je.

Baju baby yang baru adala dalam 4 pasang saya beli. Lain-lain baju pakai mana yang ada je. Barut bedung blanket semua pun pakai yang lama je. Semuanya dah siap dibasuh dan dimasukkan dalam kotak berzip seperti gambar dibawah ni..


Tinggal nak masukkan dalam beg je bawak g bersalin nanti...

Ni plak sebahagian kecil lagi barang-barang keperluan bayi baru saya nanti....lalalalala...


Minyak bayi Amway seperti yang kat gambo atas tu memang terbaik. Bukan setakat bayi leh pakai, mama pun boleh. Kalo pening kepala, sakit belakang ke, sapu je. Pastu pasti rasa lega yang amat....BESTTTTT

Saya berazam nak bf bayi baru nanti sampai umur 2 tahun sebagaimana saya dah berjaya buat kat si Airis. Bukan takat 2 tahun, sampai sekarang masih menenen. Aiyyaaaaaa...malam-malam mesti carik mama lagi...

Breastpump pun pakai yang lama jela. Kalo ikutkan hati macam nak terai Medela pulak. Tapi cukupla Spectra 3 saya yang masih elok dan banyak memberi jasa kat saya tu.

Storage bottle pun dah banyak, takyah beli lagi. Saya cuma tambah 2 kotak BM storage bag je.

Okey, kita citer pasal barang keperluan mama pulak....Konsepnya...caca merba....beli apa yang saya rase saya akan pakai.

 

Sebenarnya, saya harap sangat dapat bersalin secara normal jugak kali ni. Hari-hari saya berdoa supaya dipermudahkan semuanya. Saya nak sangat rasa bersalin tanpa sebarang jahitan. Mesti bestkan, cepat sihat.

Kali ni saya takde beli set bersalin pun. Kalo yang pertama dulu saya menggunakan set bersalin Amway. Banyak benda yang tak habis guna, sampai saya boleh sambung pakai masa berpantangkan Airis.

Apa yang pasti bengkung Amway dan minyak bayi die sangat bagus. Kali ni saya tambah satu lagi bengkung dari Sendayu Tinggi. Labuh lebih kurang sama macam Amway, sampai peha, so kurangla risiko bontot kembang semangkuk kunun-kununnya selepas bersalin nanti.

Minyak herbanika dari NR semestinya saya beli selepas merasai keberkesananya masa berpantangkan si Airis dulu.

Kali ni saya tambah Krim Barut NR pulak. Uncang cuci & pil phytonatal NR plak saya dapat ihsan daripada adik perempuan saya yang baru habis berpantang.

Herba mandian drp TYT & Minuman Wanita Dalam Pantang drp Atika Beauty pun saya baru nak cuba-cuba guna. Tak ketinggalan pati ikan haruan Polleney semestinya menjadi pilihan saya. Kalo dapat makan ikan haruan yang fresh, lagi best...

Memandangkan saya akan berpantang sendiri nanti (sebab mak saya tak dapat datang & jaga), minum pati ikan haruan je la...

Tu je la kot citer saya hari ni, dah tade idea nak mencoret lagi....tata..........

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT