Search This Blog

18 November, 2013

Susunatur : Ruang Dapur Ala Saya

Ok, ini adalah 1st entri saya berkenaan rumah saya yang baru 7 bulan kami pindah. Sejak berkahwin, dah 5 kali saya berpindah randah. 3 kali menyewa dan dua kali pindah rumah sendiri....Harap-harap takde lagi acara pindah randah dalam hidup saya dalam masa 20 tahun dari sekarang....penat weiiiiiii nak mengemas...

Sebelum melalut dan terkeluar daripada tajuk, saya sebenarnya ingin berkongsi susunatur ruang dapur yang merupakan jantung dalam rumah saya ni. Gigih menaip entri ni apabila Fizah dari susunatursioca.blogspot.com menganjurkan cabaran DAPUR untuk bulan November nih...sekadar ingin berkongsi, saya cuba untuk turut serta dalam cabaran ini.......Segan sebenarnya sebab tangan saya ni tak kretip, masih cuba membaiki diri untuk menjadi seorang yg "pengemas".

Bagi saya, ciri-ciri dapur yang baik bukanlah terletak pada saiz besar atau keciknya sesuatu ruang dapur itu atau mahal / murahnya material KC yang digunakan.

Apa yang penting adalah susunan yang teratur dan kemas, bersih, dan yang paling penting praktikal untuk kita melakukan kerja-kerja menyimpan, menyediakan makanan, memasak dan makan bersama seisi keluarga tersayang...

Saya masih lagi dalam usaha untuk merealisasikan dapur impian saya. Namun begitu, atas dasar bajet, hasrat itu terpaksa dipendamkan dahulu......Pakai aje la apa yang sedia ada....

 Secara umumnya, ruang dapur rumah saya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

A. Dapur basah (terbuka) yang terletak di bahagian paling belakang rumah
B. Ruang mini dobi + mini stor (terletak antara dapur kering dan dapur basah)
C. Dapur kering / pantry
D. Ruang makan (terletak bersebelahan dapur kering)


A. Dapur basah (terbuka) yang terletak dibahagian paling belakang rumah



Di sinilah tempat saya mempersembahkan hasil masakan saya dengan penuh kasih sayang untuk famili ....
Sebelahnya tempat saya sidai kain baju. Saya tak sidai baju bajan kat depan rumah sebab rase semak je mata nih....

Sebahagian daripada rempah ratus yang saya guna tiap-tiap hari disimpan di ruang ini sahaja...Selebihnya saya simpan dalam peti ais dan rak tarik dalam kitchen cabinet.... 

B. Ruang mini dobi + mini stor (terletak antara dapur kering dan dapur basah)



Inilah rupa susunatur ruang mini dobi saya...segala peralatan mencuci dan penyepit baju saya susun atas rak 3 tingkat beroda tu.......beli kat Cosway, RM 29.90 kalo tak silap saya...

C. Dapur kering / pantry



Gambar No 2 : Susunatur Rak pisau, bekas bawang & bekas beras

Gambar No 3 : Door safety lock yang saya beli kat daiso RM5/2 pcs. Kat Cosway pun ada jual gak. Benda ni penting untuk saya lekatkan kat pintu kitchen kabinet seperti dalam Gambar No 1 tu. Kalo tak, si kecit saya yang suka mengopes tu asek nak bukak je pintu dan selongkar barang yang saya simpan.

Gambar No 4 tu konon-kononnya kiddos station untuk anak-anak saya. Kalo dorang nak minum air, makan ke, dorang akan amik sendiri bekas yang saya dah susun kat dalam KC bahagian bawah...

OK, yang kat bawah ni pulak susun atur dalam esbok saya......tak banyak barang sangat pun dalam ruang esbok coet saya ni. Biasanya stok barang basah akan dihabiskan dalam tempoh seminggu.


Ini pula sebahagian daripada susun atur koleksi tupperware kesayangan saya......
Saya start mengumpul tupperware sejak tahun 2007 yakni selepas berumahtangga. Dah mulai rasa jiwa mak-mak time nih...


Ini pula susun atur dalam tall unit c/w pull basket bersebelahan peti ais. Saya simpan segala stok makanan kering disini. Ada yang berlabel dan ada yang tak berlabel. 


Rak tarik bersebelahan laci 3 tingkat ni pulak tempat saya simpan stok rempah, sos, madu, cuka dan lain-lain lagi.


D. Ruang makan (terletak bersebelahan dapur kering)


Ini pula ruang makan saya dan famili......Simple je kan? Biasanya meja ni kami sekeluarga gunakan untuk makan malam je...Makan tengahari dan breakfast pun time hujung minggu jer...

Kalo hari biasa, anak-anak dan suami saya breakfast kat ruang di bawah ni sebelum masing-masing pergi sekolah dan kerja....


Di sini jugak tempat saya menyediakan rencah-rencah, potong bawang semua tu sebelum acara masak-memasak berlangsung....

Pinggan mangkuk untuk kegunaan harian pula saya susun atas ruang di atas sinki tu je...senang dan mudah untuk dicapai... lepas basuh pinggan mangkuk, toskan, dan simpan...

Kalo saya rajin, saya sambung lagi entri pasal dapur dan susun atur ni......Banyak lagi cerita untuk dikongsi bersama. Ni belom masuk pasal sinki, susun atur barangan di bawah sinki, kuali, periuk, barangan kaca, dan segala-galanya tentang dapur :)

8 comments:

bondalesungpipit said...

Salam kenal...
Good job sis...
Kemas, susun n teratur...

#insyimanhafiz.blogspot.com

Supermomof4kids said...

hai, salam kenal jugak si lesung pipit :)

lipstikmerahyana said...

cantik.. suka kabinet awak..

PetakBunga said...

gud job sis

Azrina said...

luas ek dapur sis. boleh buat mcm2 pbahagian hihii..stok tupperware pun byk..nmpk teratur aje sume nye ..:)

LYAfrina said...

cantik & kemas..
x sabar nk tgu rmh siap..

Fizah said...

ada dapur basah, dapur kering, ruang dobi....gaaaaa seronok nyaa...dan plg best kemas tersusun dan efektif....! kagummmm!! :)

azran amy said...

sgt santek my friend...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT