Search This Blog

20 March, 2017

Rumput Sambau : Rawatan Penyakit Kulit dan Ekzema

Rumput sambau

Pernah lihat rumput sambau? Rumput ini biasanya tumbuh dengan baik di kawasan lapang seperti tanah yang terbiar, kawasan pertanian, dan kawasan di tepi jalan. Rumput ini juga dikenali sebagai rumput kaki angsa atau gelang sambau.

Ok apa sebenarnya keistimewaan rumput sambau ni?

Saya mula mengenali rumput ini pada tahun 2008 iaitu semasa merawat anak sulung saya yang terkena ekzema pada waktu itu.

Ustaz Hussin meminta saya membawa rumput sambau beserta akarnya sekali, mangkuk putih tanpa sebarang corak dan bedak sejuk.
Bedak sejuk

Kaedah rawatan ini juga dikatakan sesuai untuk penyakit kulit yang lain.

Bedak sejuk ini dibancuh dengan air sambil dikacau dengan akar rumput sambau yang dipegang pada batangnya yang lembut. Kemudian bedak sejuk ini disapu pada bahagian kulit bermasalah/ekzema dengan menggunakan bahagian akar rumput sambau.

Alhamdulillah, kaedah ini sedikit sebanyak membantu menggurangkan ekzema anak saya pada ketika itu.

Kini, terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kulit dan ekzema terdapat di negara kita.
Salah satu produk yang menjadi viral ketika ini ialah bedak asmak yang dihasilkan daripada tanah liat putih.

Untuk mencuba bedak asmak ini
Whatsapp
012-6332053



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT