Search This Blog

28 January, 2011

Cerita Emas Kini

Sana sini duk cerita pasal bonus...bonus ASB, bonus syarikat dll....yerla, sapa2 yg bekerja di sektor swasta, awal2 thn mcm ni la saat yg dinanti-nantikan...

Ada yg happy dgn bonus & kenaikan gaji masing2, tak kurang jgk yg kurang gembira...

Apa2 pun, alhamdulillah, bonus aku dah masuk & slightly better than last year..

Berbalik pada cerita bonus ASB thn ni, 7.5% tu kira ok la....tapi rasanya pelaburan emas lebih bernilai utk masa depan berbanding pelaburan wang ringgit..

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanla Dinar dan Dirham."

Drp sini jelas menunjukkan dinar dan dirham adalah matawang Islam yg sebenar. Emas mempunyai nilai intrinsik yg tersendiri & diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.

"Emas tidak akan membuatkan anda kaya serta merta, tetapi boleh menggelak daripada semakin miskin",

aku suka quote ni yg dipetik drp Encik Sabri rakan FB ku yg dah master dlm urusniaga emas ni...klik2 la bagi yg berminat nk membeli emas sebagai simpanan masa depan.

Aku masih ingat harga emas pada 5 thn lepas masa nak kawin baru je RM75/g. Kelmarin harga emas dah RM 151/g. Bayangkan kenaikan sbyk 100% dalam tempoh 5 thn.

Spesifikasi Dinar Emas & Dirham :

1 Dinar = 4.25g emas 916.6
1 Dirham = 3g perak 999

Boleh didapati dlm bentuk jongkong emas, 20g, 50g, 100g, syiling 1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar dll.

Bagi sapa2 di sekitar johor yg berminat untuk membeli dinar emas bolehla berhubung terus dgn agen Public Gold Encik Nazrin bin Rosli. Beliau adalah member hubbyku yg juga seorang guru.


Yg berderet kat atas tu adalah koleksi dinar emas beliau..aku punya br brp dinar..huhu...

Antara kelebihan membeli dinar emas daripada Public Gold ni ialah :

1. Perbezaan harga belian dan jualan yg rendah
2. Harga jualan adalah termurah di seluruh Malaysia
3. Boleh jual balik Dinar emas dgn harga tertinggi kpd syarikat bila2 masa shj (nilai susut 5-6% je, kalo kat luar dlm 20%)
4. Stok yg sentiasa ada
5. Mempunyai sijil ketulenan emas yg sah
6. Mempunyai cawangan di seluruh malaysia

So, apa tunggu lagi, jom pakat labur dinar emas , matawang Islam masa depan. Kalo dah banyak simpan emas tu, jangan lupa pulak nak bayar zakat hokey.....

27 January, 2011

Aqiqah @ Al-Ameen Serve Holdings


Haa.....dah dapat pun sijil akikah ni...


Mula2 plan nak wat aqiqah kat umah sendiri. Tapi memikirkan famili aku payah nak dtg tolong2 utk kenduri, hasrat tu terpaksa dibatalkan. So wat aqiqah kat kemboja je la.



Sungguh mudah, register, pastu transfer duit pakai maybank2u.. Just klik kat senarai payee tu, pilih Zakat & Charity, kuarlah Al-Ameen Serve Holdings.



Agak lamabat buat aqiqah untuk si Airis ni, umur setahun baru nak buat. Dania dulu semangat sungguh, arini lahir, esoknya dah aqiqahkannya.



Alhamdulillah lega rasa bila dah dapat sijil ni sebab setiap anak yg lahir tergadai dengan aqiqahnya. Oleh itu selagi aqiqahnya belum dilakukan, anak itu masih tergadai. Bagi membebaskannya, ibu bapa perlu melaksanakan aqiqah untuknya.



Menurut Ibnu al-Qayyim, "Selagi org tua tidak melakukan aqiqah untuk anak mereka, bererti orang tua tidak memperoleh syafaat anaknya."



Nabi kita pula menganggap aqiqah sebagai ibadah korban yg Allah perintahkan sebagai suatu adat sekaligus tebusan serta sebagai saranan mendekatkan diri pada-Nya.



Dari segi hikmah Allah yang terdapat dalam syariat dan kekuasaannya, ibadat aqiqah ini membawa kesan baik pada pembesaran anak dan menjauhkannya daripada gangguan syaitan....



26 January, 2011

3 Tahun Sudah....


Alhamdulillah, anak sulung aku dah berumur 3thn 1bln++++...

Masih lom anto skul, tgkla maybe next year baru antar..

Alhamdulillah lagi, walaupun agak lambat training, Dania dah pandai buang air kecil n besar sendiri. Org cakap kalo anak laki senang nak train, yeke?

Kalo kat umah akak pengasuh, die dah x pakai pampers. Tp kalo kat umah sendiri, aku masih x berani, kot2 die terkucil. Kadang2, kalau tidur malam pun die xnak kencing dalam pampers dah, mungkin xselesa. Sanggup die kejutkan ayah dia nak kencing. Heehehehe...

Target aku nak train die ms cuti sekolah ujung thn lepas berjaya. Hasilnya, sebelum masuk usia Dania 3 tahun 19 Disember lalu, dia dah pandai kencing berak sendiri. Basuh, pastu sabunkan sendiri..

Hasilnya jugak, bil air umah aku yg sblm ni baru RM 12 hengget dah naik RM 18. Yela, asik kuar masuk bilik air je. Belom masuk main2 air lagi tu...Macam x mandi la pulak kitorang eh, bil air sebulan ciput jer...xpernah sampai RM 20 hengget pun.heheheheh...suka...

Semenjak umur 3thn ni, hasil lipatan kain Dania pun dah improve...walopun xsekemas aku lipat, masih acceptable la....

Mama kalo tgk kain baju manyak, makin malas la...baju2 kecik kasi di lipatkan je....

Ni hasil lipatan Dania...


Akher sekali aku tepek kan gambo Dania masa birthday nya yg ke-3 pada Ahad (19 December 2010) lalu..


Dania mmg x pandai tiup lilin, adake patot die sembur sampai kuar air liur...yakkkkkssssss...


Majlis secara tertutop dihadiri anak sedara & jiran2 terdekat...


Takde apa yg spesel sangat just masakkan nasi minyak, spagetti & donut coklat...nasib 19hb12 tu kene hari Ahad, kalo tak, takde nya acara masak-memasak...

Not forgetting, kegemaran aku (bukan kegemaran Dania) kek chocolate indulgence secret recipe..

Sangat lazat tapi dekorasi kek ni sangat x camteks....


Apa-apa pun, rase kek yg enak mengatasi rupanya yg x camteks itu...i loike







21 January, 2011

UlangTahun Pertunangan ke-5


Arini 21-01-2011, genaplah 5 tahun aku bertunang dengan Encik Syed Idrus, boleh diguna pakai kah?

Rasanya x pnh dibuat org sambutan ulangtahun pertunangan nih sbb bila dah kahwin, status bertunang itu dah bertukar kepada status berkahwin.

Okeyla, mls dah nk merapu, bila sebut pasal bertunang ni, aku sedih betul la pasal cincin tunang aku dah tercabut batunya......pergi x kembali lagi...sedih wei, takde kenangan la..

Kalo camni. mmg nak kne beli baru sbg ganti...

Nak pakai tanpa batu mmg npk nazak sgt...sian kat aku....

20 January, 2011

Terjatuh Suka Pada Uztaz Zulramli

Aku pasti ramai yg dah lama mengenali ustaz Zulramli ni...

Aku mula mengenali ustaz ni melalui slot motivasi pagi radio IKIM..

Ni la salah satu faktor kena datang ke tempat kerja awal, pagi2 nak dgr motivasi ustaz zulramli...

Terasa sungguh bersemangat dan bertenaga bila mendengar motivasi ni...

Cara penyampaian motivasi ustaz ni yg sgt ikhlas, menusuk ke ruang rongga nafasku justeru membuatkan hatiku tersentuh...

Aku sangat tertarik dgn tajuk motivasi pagi tadi yakni
"Setiap perbuatan yg kita lakukan pasti ada akibatnya".

Setiap perbuatan yg kita lakukan pasti ada sebab, yg mana sebab itu kita boleh mengawalnya.

Setiap perbuatan yg kita lakukan juga pasti ada akibat yg kita sudah tak boleh mengawalnya.

Oleh yang demikian, sebelum bertindak, fikirla dahulu segala implikasi yg bakal terjadi akibat setiap perbuatan kita.

Insyaallah, segala perkongsian ilmu drp ustaz Zulramli ni akan aku manfaatkan.....

Yes..Aku Berjaya Datang Awal

Hehehe...suka...

Ni antara azam aku tahun ni...tanak kasi punch card merah lagi...tapi masih xberjaya sepenuhnya..

Dah 17 hari berkerja di tahun baru ni, dah 8 kali datang keja punch card merah, 9 kali punch card hitam.....

Sebab apa merah? yerla, start waktu keja memangla kul 8.00 am, tapi kalo masuk kul 7.55 am, dah merah punch card nya...

Apa yg best, minggu ni 4 hari berturut-turut aku datang awal, around 7.40pg...yes..yes...

Semoga usaha murni aku datang keja awal ni dapat dikekalkan...insyaallah....

15 January, 2011

2011 ~ A good Start...

Dah lamer aku x apdet blog ni...

Bila dah lame xnulis, mmg payah nak start smula...

Ni la 1st entry ku untuk tahun baru ni...

Azam tahun baru sama gak cam tahun2 yg lepas, mana2 yg belum tercapai lg tuh, mmg kne teruskan la..

Ni dia sebahagian resolusi aku thn ni...

1. Minum banyak air kosong, kurangkan ais sbb nk hapuskan ais mmg payah
2. Bykkan makan buah2 han n sayur2an
3. Luangkan masa utk bersenam sekurang2nya 3kali seminggu
4. Baca buku lebih byk drp thn lepas
5. Nak tdo cukup 7jam (Dah 1thn 2bln aku xdapat uninterrupted sleep)
6. Nak kurangkan aktiviti menyoping on9

Cukup takat ni dlu........byk lg nak tulis sebenarnya tp tiba2 kepala aku weng ni....
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT