Search This Blog

12 August, 2010

Mudah.my ke Murah.my? Hanya Sekadar Pengalaman

Arini genap seminggu aku mengetest mengiklankan brgn terpakai kat Mudah.my.

Pestime experience mengiklankan, aku sangat teruja. Jakun pun ada, almaklumla niat asal saje suka2, bukan nak jual sangat pun brg2 tu.

Alang2 aku takde keja, baik buat2 bz. hehe..
Lantas, Rabu minggu lps aku pun snapla beberapa keping gambo tuk dimasukkan dlm Mudah.my. Memang sungguh mudah, senang dan pantas.

Pagi Khamis, aku pun masukkanla gambo2 tu dan iklankan. Kategori = Home & Garden.

Apa benda yg aku iklankan?

1. Japanese Table
2. Divider @ Penghadang Ruang

Sebenarnya, 2benda ni amat menyemak kat umh aku yg sememangnya agk bersepah. Yg divider tu mmg xde fungsi langsung since dah pindah & duduk umah sendiri. Divider tu beli masa menyewa kat Ara dulu. So, tempat yang selayaknya tuk divider tu sekarang hanyala kat bawah katil...(sbnrnya x tau nak letak mana dah)

Yg meja jepun pulak sekadar tempat letak suratkabarlama. Yg pasti, kedua2 benda ni mmg masih kelihatan baru.

Lepas submit, kurang 2 jam iklan meja Jepunku & divider pun dipublishkan kat Mudah.my. Makin teruja la aku. Kikiki..

Ginila seadanya rupa divider tu..



Xsampai 1/2 jam dipublish, aku menerima sms drp Puan F (bukan nama sebenar) dari Pekan Nanas bertanyakan divider ruang tu. Rase cam x percaya ada jgk yg berkenan. Mungkin sbb aku letak harga murah kot. RM85 (NEGO).

Pastu, sejam lepas tu Encik A (mmg nama dia pun bermula huruf A) dari Muar call bertanyakan benda yg sama. Aduh, aku sudah serba salah sbb Encik A ni sangat berminat, siap nak bank-in kan duit terus.

Tapi 1st come 1st serve basis la kan.

Xlame pastu, aku dapat emel pulak drp Miss S bertanyakan Japanese Table. Yg C S ni macam x berapa minat sangat, siap mintak kurang byk wess. Kurang sikit xperla pasal aku dah letak harga murah. RM80 (NEGO).

Cenggini la pulak rupa Japanese Table tu...



Mlmnya pulak, aku dihujani panggilan talipun lagi. Mr Y, Encik U, Sir Z, bla..bla..Mmg xde tokoh jd bizness wumen la aku ni. Org call sikit, dah pening & penat nak layan. Apa daa...

Ada jgk sorg tu Encik M dari Tampoi call pd keesokan harinya (Jumaat), lain mcm je cara dia cakap, ada berbaur gatal sket. Mcm terkeluar dari tajuk la pulak. Konon nak beli, tapi...xperlu la rasenya tulis kat sini...

Alhamdulillah, Jumaat mlm Japanese Table dah berjaya dijual kat Sir Z. Kesian jugak kat Encik R, yg turut beriya2 nakkan meja tu.
Rase cam sayu la pulak tgk meja tu diangkut dlm keta dia. Yela, meja tu banyak kenangan jgk. Dah 3kali pindah & 3kali angkut sejak aku kawin. Huhu..

Keesokan harinya (Sabtu) petang, divider tu berjaya dibida oleh Puan F. Sori jugak kat Miss K, Cik S yg turut berminat nak beli ye. Dah macam kedai perabot terpakai la pulak aku ni. Hehe..

Walaupun dah terjual kedua2 benda tu, sampai semalam aku masih menerima panggilan, emel & sms. Iklan kat mudah tu available sehingga 60hari, padahal boleh je delete iklan tu mau ada lg pasni yg keep calling me.

Oke, hasil jualan gajet terpakai, kami beli 2 bijik wall shelf & sebijik console table. Of course la kne tambah duit sikitkan, pasal brp sen sgt la hasil jualan tu. Hihi..

Itula serba sedikit pengalaman aku jual brg kat Mudah.my. Sebelum ni, aku mmg selalu jgk jenguk Mudah.my. Sesaje, bkn nak carik apa pun. Sekadar cuci2 mata.

Puan F yg beli divider aku ni, niat asalnya nak carik blender, last2 terjumpa divider. Blender beli kat kedai akhernya. Ada benda yg dijual kat situ mmg berbaloi2 utk dibeli, ada jgk yg xpadan dgn harga.

So, Mudah.my @ Murah.my? Pandai2 la kita pk & buat kira2.

1 comment:

nadine said...

aku pun slalu survey kat mudah ni kalau ada brang2 yang aku berminat nak beli..bukan ape, kdg2 tu, mmg ada jual brg seken tapi mcm baru (sebab baru guna tempoh singkat je)..so far,kiteorg dah byk gak la beli brg2 audio system kat sini..setakat ni, mmg puas ati...:))

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT