Search This Blog

21 August, 2010

Baked Donut @ Bantat Donut

Sepanjang bulan puasa ni, aku agk pening memikirkan menu utk "breaks fast".

Tambah2 pulak, pada hari bekerja aku hanya ada lebih kurang sejam setengah je utk sediakan itu ini & masak-memasak.

Mmg terkocoh-kacah jgkla sbb byk gangguan. Baru nak mula menumis, si anak meragam, mintak itu ini, penat gak nak melayan tu.

Walau camane dugaan pun, aku tetap berusaha nak suami & anak2 merasa air tangan ku. Kerana aku percaya salah satu cara nak menawan hati suami ialah dgn menjaga perutnya, maksud aku jg mkn minum dia.

Anak2 pulak, insyaallah, apabila mereka makan mkanan yg ibu mereka masak, ianya boleh memberi impak yg besar utk tumbesaran mental & sahsiah mereka kelak.

Biasanya kami berbuka puasa simple2 je, tapi lengkapla, ada karbohidrat (nasi), protin & mineral (ikan/ayam/daging/sotong/udang@ telur) & of course la vit c (sayur-sayuran).

Nasibaikla si suami x ceweret sgt. Padahal 1st day puasa dah kne komplen pasal tomyam kurang kaw. Huhu..sob..sob..



Nasi ayam dah, nasi tomato pun dah, arini insyaallah nasi berperisa jgk, tp x decide lg.

Alkisahnya semalam, aku kunun2 nak try buat donut bakar. Beriya2 aku google cr resepi, dah dapat, apa lg, cuba la.

Bila dah masak, hasilnya x seperti diharapkan. Rasenya aku dah ikut suma step yg ditulis. Aku ni bkn pakar pun..

Mmg agak hampa, nsibaik buat 9 bijik jer. Yerla 1st trial. Last2 5 bijik je yg laku. 4 bijik lagi bawak bekal anak2 ke umah pengasuh pagi tadi. Dan aku pasti, disaat aku menulis ni, donut tu masih bersisa lg dlm tupperware.

Si suami siap nasihatkan aku spy jgn buat lg baked donut tu pas ni. Apa alasannya? Dia xpasti nak kategorikan donut tu sbg apa.

Kenapa? Rasanya nak cakap mcm biskut x jugak, nak cakap roti pun tak, nak kate cam roti boom ada la sikit2, nak kate cam pizza mmg jauh panggang dari api..Huhu..

Apa yg pasti baked donutku x jadi cam gambo kat bawah ni la..

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT