Search This Blog

02 August, 2010

Beg KesayanganKu


Bukanlah berjenama LV, Gucci mahupun COACH, setiap hari ke tempat keja, ku usung beg kesayangan ku ini..Alhamdulillah, sungguh berjasa beg ini kpd tuannya.



Apa Ada Dalam Beg Tu???

1. 3 ketui ice pack
2. 2 bijik storage bottle
3. Spectra 3 double pumping

Yg tersangkut kat ats tu, nursing cover yg dihadiahkan oleh makcik mr hubby ku..Mmg sungguh berjasa, kalo g mane2, aku x segan silu, sarung je nursing cover tu, pastu leh menyusukan c Airis dgn senang hati..lalalala..



Tak lama lg dah nak masuk bulan puasa, aku agak risau kot2 produksi susu merudum, yela, kalo skrg ni x pose, aku leh mkn sesuka hati. Perut ni asik rasa lapo memanjang. Steady state, steady flow. IN = OUT.
Secara umumnya, jumlah kalori yg diperlukan bagi ibu yg menyusukan bayi adalah sbyk 2700 kcal/day utk 6bln pertama. Ianya meningkat kepada 2950 kcal selepas bayi berumur 6bln & ke atas.

Ape2 pun, aku cuba mempositifkan minda & berdoa segalanya dipermudahkan oleh-NYA. Aku percaya, ramai ibu2 di luar sana yang ragu2 samada mampu @ tidak utk meneruskan puasa dan menyusukan anak pada masa yg sama. Lalu aku pun men google tips yg pada aku amat berguna.

15 Tips bagi ibu menyusukan dibulan Ramadhan :

1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukannya susu untuk ibu menyusu berjenama XYZ.
2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6. Makan banyak KURMA.
7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
10. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
11. Pam susu sebelum sahur.
12. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
13. Ambil milk booster jika perlu.
14. Elakkan terlalu penat.
15. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT