Search This Blog

10 July, 2010

Cerita 8bulan +++ Airis


Sedar, sememangnyaku bukan separuh sedar, usia Airis dah 8++++ bulan.. Diusia 8 bulan ni, gigi pertama Airis baru nak muncul sebatang kat bawah tu. Kesian aku tgk dia macam x berapa nak selesa, orang tua2 cakap nak tukar bulan, yeke? Okesla, walaupun lambat tumbuh gigi, gusi si Airis ni kuat, masa umur 6bulan, aku cuba la bagi makan bubur & nestum, tapi dia x suka..dia nak apa yg mama, ayah & kakak dia makan. Pendekkan citer, dia suka makan nasi, keropok, roti, biskut, so aku pun sumbatkan je la..Alhamdulillah, perut dia boleh terima & takde apa2 masalah, sehinggalah lastweek dia mengalami cirit-birit, lame woooo...seminggu..mungkin aku tersalah makan kot..diakan masih menyusu badan..sian.. Alhamdulillah jgk, aku masih lg berjaya menyusukan si Airis walaupun x secara ekslusif. Kalo kat umah akak pengasuh tu dapatla aku anto 8-10oz/day. Selama 8bulan ni jugak, aku masih belum period...macam peknen la pulak..hehe.

Rentetan Perkembangan Si Airis

1) 3 bulan = meniarap
2) 4 bulan = 1st time jatuh katil, aku x perasan dia dah leh mengesot..huhu..(sehingga saat ini, dah 3kali dia jatuh katil sbnrnya)
3) 5 bulan = masih lagi mengesot, mengundur ke belakang, maju x berapa laju, angkat2 bontot
4) 6 bulan = Merangkak & Duduk, Dah bagi solid food
5) 6.5 bulan = 1st time berdiri kat tepi katil, pastu bila dah berdiri takut nak turun smula
6) 7 bulan = Dah agak kuat utk berdiri, kene pegang2 kerusi, kalo x kebabom jatuh
7) 8 bulan = Baru nak tumbuh gigi..huhu..

Ape2 pon, mama seronot melihat Airis membesar depan mata, keletahnya cukup menghiburkan hati...
Takat ni dulu..tata titi tutu...

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT