Search This Blog

30 July, 2011

Miss JER

OMG!!!OMG!!!OMG!!!

Sesungguhnya aku tak sanggup tengok gambar ni...ni la muka sebenar aku semasa dilanda tsunami jerawat tahap rabak tuh beberapa minggu yang lepas...Gambar ambik sendiri menggunakan enpon Strawberry ku...


Sengaja aku amik gambar gedik ni sebagai kenang-kenangan. Nak tengok sebelum dan selepas ala-ala iklan majalah...hikhik...Yerla, asik tayang ubat jerawat jek, mukanya mane???? Kalo diperhatikan tapak aktif cik jer ni adalah disekitar hidung, mulut dan dagu...

Aku sudah mengenalpasti punca-punca keadaan pertumbuhan secara eksponen tersebut....dan MEMANG SAH ianya disebabkan hormonal imbalance, Aku stop makan birth control pil 3 bulan lepas. Huhu.......nak buat macamana kan, terpaksa terima dengan redha disamping mencari penyelesaian terbaik untuk menyah kesan-kesan radiasi yang tinggal kat muka ku ini...

Macam mana nak dapat kulit semulus KIM NA NA & bila pulak nak beli BB CREAM nih????
Apakah itew BB Cream? Nanti aku nak wat entry pasal BB Cream plak....

Berjumpa di lain entry.....sebelum berundur aku nak letak MV citer CITY HUNTER ni untuk tatapan semua...enjoyyyyy...Tak sabar menunggu episod seterusnya Isnin minggu depan...jangan lupa tengok channel 393 ONE HD kul 9 malam k...

Oppssss, bukan kah Isnin kita semua akan berterawikh??? Insyaallah sempat kotttt....
Okeyla, selamat menjalankan ibadah puasa buat semua....semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan baik nanti..



Nota Kaki : Suka sangat langsir bilik air die, so sweet cotton...sampai si Dania pun cakap macam baju kurung kakak Anya yang nenek jahitla...hikhikhik

Cerita Hari Tua

Sukar untuk menerima kenyataan, tapi terpaksa jua terima............Eceh!!!

Semalam genapla usiaku 30 tahun bukan mengikut tahun hijrah. Kalo tak, lebih lagi...hehehe..

Ucapan pertama hari lahir mestilah datang daripada suami tercinta...

Bangun daripada tido, kepala aku pusing, pening jap. Ehh, tak syoknya, macamana nak g keja ni. Walau macamana pun, terpaksa ku gagahkan diri memandangkan banyak kerja yang terbengkalai. Taknak simpan-simpan keja, nanti lagi serabut..

Walaupun jam di komputer ku sudah menunjukkan pukul 11 pagi, jam kat tangan ku masih menunjukkan pukul 7.30 pagi..apakah maknanya itew?????

Alamak!!!!Jam tanganku dah mampos rupa-rupanya..Kang best kalo dapat hadiah jam tangan baru dihari lahirku...huhu...(mode : sedih)

Tengahari pulak, baru mood cherio sikit bila tengok wall FB ku dihujani ucapan selamat daripada kawan-kawan, sahabat, sedara-mara dan kenalan. Lega sikit pening kepala ku...Trimas korang semua yer...

Time lunch berbalik pada mood sedih semula sebab makan sorang-sorang...memberku dah start maternity leave lebih 2 minggu lepas....


Ni la menu pilihan aku....UDON BLACK PEPPER & BANDUNG LAICI....memang marbeles...

Sesungguhnya aku amat merindui saat-saat makan bersama famili tersayank di meja ini..Sengaja aku memilih tempat duduk yang sama kat CAWAN KOPITIAM nih..

Wajah-wajah kesayangan hamba...



Dan juga wajah ini...


Bila malam barulah kami dapat makan bersama-sama. Tu pun aku masak sendiri jer. Hari Jumaat adalah hari sibuk suamiku...Dari petang sampai malam ada tusyen.....asik tusyen je manjang...dah itu keja yang die leh buat, takan nak suh die berniaga kat PASAR MALAM atau join MLM kot utk carik extra income...ye tak???

Apa-apa pun, harini baru kita enjoy ok......

19 July, 2011

Bawah RM 20 PATUT ADA


1. Minyak Daun Ubat TYT, RM10.90, Untuk kegunaan seisi keluarga seperti sakit perut, pening kepala, lenguh-lenguh badan, luka, dan sebagainya. Bagus untuk bayi yang kembung perut.
2. Masker Arang Bioglo, Beli 2 Percuma 1, RM 21.90 kalo beli satu. Mudah menanggalkan white/black head. Kadang-kadang bulu roma halus kat muka pun habis tertanggal.
3. Losyen Bioglo Cherry Blossom, RM 10.90, Cukup mengharumi dirimu sesudah mandi.
4. Minyak Rambut Buah Keras Hanim, RM5 (Kedai Jual Jamu Indon)
5. Minyak Angin Cap Kapak, 20ml kot, RM4.90, cepat melegakan pening kepala & jerawat yang baru nak naik
6. Lip Balm Raspberry, The Body Shop, Mudah di bawa kemana-mana saja
7. Black Eye Liner Etude House, RM 18.90 (after 20% diskaun), Senang dipakai dan tidak comot
8. Two way cake foundation MIYAMI, RM 16.90, Sapuan sempurna dan tidak bercapuk

Sekadar perkongsian untuk semua. Kelapan-lapan barangan di atas tersangat murah dan berbaloi-baloi. Sapa kata barangan yang murah tak berkualiti. Cuba dahulu baru tau. Sapa yang berminat bolehla terai sebab aku sendiri pun kalo nak beli barang suka tengok review orang dulu. Selamat mencuba.....

11 July, 2011

Kisah Kain Batik Dan Senduk

Salam di pagi Isnin........harap semuanya ceria. Minggu baru sudah bermula. Sama-samala kita jadikan hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.........

Hari ni aku nak share cerita pasal

KAIN BATIK



dan SENDUK


Senduk dan sudip sama ke? hehehe...aku pun tak berapa pasti....main sebut je........


Aku pun tak pernah tahu menahu pasal teori ni. Ntah betul ke tidak. Tapi disebabkan dua orang rakan aku dah ajak aku bertukar kain batik suka sama suka aku pun nak share la kat sini. Mungkin ramai yang dah pernah mendengar teori litar ini.

Okey, salah sorang kawan aku ni nama die Puan Sue. Puan Sue ni mempunyai dua orang anak lelaki. Die cakap kat aku, kalo nak anak perempuan kene tukar kain batik. Peliks kan? Bagi yang pertama kali dengar cam aku nih, memang teramatla pelik...

Syaratnya ialah kene carik orang yang hanya mempunyai anak perempuan. Tak kisahla 2, 3, 4 atau lebih. Yang penting hanya ada anak perempuan sahaja. Pastu tukar kain batik suka sama suka.  Bila nanti dah dapat anak perempuan, baru leh pulangkan semula kain batik tu. Ada betulkah?

Baru-baru ni pulak, x-roomate ku masa sekolah menengah iaitu Puan Lynn yang baru selamat melahirkan anak lelaki ke3 pun menyuarakan hasrat yang sama. Rasa macam lucu la pulak....

Lagi satu, kunun-kununnya, bila bertandang ke rumah ibu yang hanya mempunyai anak perempuan tadi tu, ibu yang menginginkan anak perempuan bolehla mencurik mengambil senduk tanpa pengetahuan si tuan rumah. Kalo dah tanpa pengetahuan, dah boleh dikategorikan sebagai mencuri, betul tak? Macam-macam hal la...

Bila dah dikurniakan anak perempuan, barulah senduk tu dipulang semula kepada tuan empunya diri..

Walau macamana pun, kisah ni hanyalah sekadar perkongsian semata-mata. Bukanlah bermakna kita kena percaya 100%. Hanya Allah yang maha menentu dan mencipta sebaik-baik kejadian.

Sekian.........

P/S : Ada sesapa lagi berminat nak tukar kain batik? Sila-sila lah pilih kain yang beberapa helai kat atas tu....hehehehehe...

09 July, 2011

Bukan Salah Ibu Mengandung

"Bukan salah ibu yang ngandung ni...haiyaa"....bak kata Johan dalam rajalawak..

Aku saja nak berkongsi cerita pasal ni berikutan ramai lelaki yang kurang faham pasal penentuan jantina anak yang bakal lahir. Bukan setakat lelaki, aku rasa ramai jugak kaum-kaum ibu yang tak tahu menahu pasal ni.

Setakat ni alhamdulillah aku mempunyai 2 orang puteri penghibur hati. Tapi tak dapat dinafikan bagi para suami, khususnya "my laki" dalam kes ini mesti mahukan anak lelaki. Ye tak? Opkos la diorang nak ada geng kan..

Cam aku plak, memang tersangat suka la dah dapat gegirl 2 orang....ada geng........ hehe...i like...Kadang-kadang terfikir jugak camne kalo ada rezeki yang 3rd nanti pun gegirl jugak...terima la dengan redha..yang penting sihat....betul tak?

Okey berbalik pada tajuk..
Kisah ni berlaku pada x-kakak ipar aku Dina (bukan nama sebenar). Kak Dina ini ada 2 orang adik beradik sahaja. Kedua-duanya adalah perempuan. Jodoh mak & ayah kak Dina ni dikatakan x panjang. Dipendekkan citer, antara punca penceraian parents die adalah disebabkan Si Ayah mahukan anak lelaki. Adoiiiiiiii.........kesian si ibu kan? tak pasal-pasal menjadi punca lelaki carik lain walaupun itu cuma alasan sahaja, kan?

Secara semulajadinya, manusia yang normal mempunyai 46 kromosom yang terdiri daripada 44 autosom dan 2 kromosom seks (X dan Y).
Kromosom seks inilah yang akan menentukan jantina setiap anak yang lahir. Kromosom seks ini 1 datangnya daripada perempuan (ovum) dan 1 lagi dari lelaki yakni stomata sperma.

Secara fitrahnya, perempuan hanya boleh membawa kromosom X sahaja. Manakala pihak lelaki pula boleh membawa kromosom X atau Y semasa berlakunya hubungan intim. Senang citer, perempuan ni sebagai medium je. Lelaki lah pembawa sebenarnya. Hanya 1 sperma sahaja yang akan berjaya menembusi ovum.

Jika sperma yang gagah perkasa bertuah itu membawa kromosom X, maka X + X = XX. Maka terciptala anak perempuan. Sekiranya sperma yang hebat itu membawa kromosom Y, makanya X + Y = XY. Terciptalah anak lelaki. Senang je teorinya kan...

Kesimpulannya, jantina anak ditentukan oleh lelaki dan bukannya perempuan.


Nasibaikla "my laki" cikgu BIO. So die memang dah faham sangat bab-bab ni. Takde gaduh-gaduh pasal isu jantina anak...hehehe...pasni kita kene banyak doa la untuk Syed junior....insyaallah..

Akher kalam, aku nak tepek gambar bersama sang suami masa 1st pregnancy dulu..


Hehehe...takde rupa cikgu BIO kan "my laki". Bukan nak kata apa, siryes cakapla, kalola masa SPM dulu aku belajar tusyen dengan die, sure dapat A1...huhuhu.....(terlebih perasan..dah xterel tu diam-diam la).

P/S : Pasni aku nak tulis entri pasal BUKAN SALAH NIK AZIZ, CUMA SALAH PENGIKUTNYA YANG TERLEBIH FANATIK. Boleh tak?





06 July, 2011

Wordless Wednesday


Apakah itu Wordless Wednesday? Sila KLIK untuk tahu selanjutnya...........

04 July, 2011

Ektiviti Hujung Minggu

Rasanya jarang aku update aktiviti hujung minggu aku...

Hari minggu aku sama gak cam orang lain. Masa untuk bersama family berehat santai, mengemas, mendobi, memasak, kuar jalan-jalan, soping moping, dan kadang-kadang melayan tetamu...

Pagi semalam aku dilanda kemalasan. Jadi aku buat jemput-jemput bilis & goreng kentang je..
Senang, cepat, & mudah untuk menyiapkan sarapan kami...yang penting sedap n ranggup sekali jemput-jemput ni..minum plak dengan Nes O panassssss........


Aku dah berazam taknak masak tengahari sebab nak makan kat Restoran Pak Ali, Tmn U. Femes sungguh restoran ni d kalangan studeng-studeng UTM sejak zaman berzaman lagi. Kalo dulu zaman aku study, Pak Ali ni beroperasi kat kedai makan ala-ala warung saja. Kini Pak Ali dah upgrade. Siap 2 shoplot 2 tingkat..Feveret aku kat Pak Ali ni semestinya ayam goreng die yang ranggup lagi menyelerakan..tak lupa asam pedasnya yang agak cair itew...

Sebelum g Pak Ali, aku kuar jap g IOI Mall.....Motif nak g IOI Mall? Nak cari selipar utk Dania & Airis d samping nak beli eye liner utk aku....baru nak berjinak2 sebenarnya.....sebelum ni memang xreti conteng-monteng mata nih....kuikuikui...

My laki x ikut kali ni tapi aku ditemani adik lelaki bujangnya aka inspektor sahab itew.....silap2 orang ingat my laki pulak........hehehehe...xkesahla, aku dah anggap cam adik sendiri......yela tiap 2 minggu skali msti die datang check in umah aku....semata-mata nak main dengan both princesssss Dania & Airis...

Alasan my laki x ikut? Nak qada' tido katanya.....adoooiii.....xpela, kalo die ada pun, bukan die suka tunggu lama2 nak pilih2 barang kannnnnn...

Baiklah, pas semayang zohor kami pun berangkat ke Tmn U.....

Sebelum berangkat, kita pose dulu......kalo nak tau, aku siap tgk tutorial kat YOU TUBE cara2 nak belit shawl camtu....kira jadikla tuh........hikhikhik......berangan nak tiru datuk siti kunun...


Gambar makan-makan kat Pak Ali lupa nak snap. Sempat gak la aku tengok Nona kat sana......ada sazzy falak & anak kembarnya yg comel itu......yang best dapat jugak tengok majlis perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya...majlis die cukup meriah....ala-ala kampung gitew...bessssssssttttttt...istri die pulak nampak cam solehah sangatt..... i like............



Destinasi seterusnya ialah AEON Bukit Indah....dah lama jugak x punch card ke sana. Asik2 Tebrau CITY jek...Dalam kete bukan main happy lagi budak 2 orang ni........bulat nya la mata Si Airis ni....dah gaya mata sugar glider lak........hehehehe..........


Bila tiba kat Jusco, maka bermula lah episod duka lara........



Dania dah nangis pasal xleh naik trolley comey tuh.........hanya budak bawah 3 tahun saja layak naik menatang tu Dania...Kesian pulak.....sebelum ni datang boleh jek die naik...see, nampak sgt dah lama aku x berkunjung ke sini...umur kamu sekarang dah nak masuk 3 tahun 7 bulan...anda tidak layakkkkkk...huhu.........jenuh gak nak pujuk "semek" ni........


Besonya mulut die nganga...



Si Airis lak muka berlagak je leh naik trolley tuh...

Lama jugak pusing2, kuar masuk kedai....dalam kul 5 petang baru kami check out setelah merembat beberapa barang yang unplanned utk ku rembat......

Memandangkan aku dah berazam taknak masak arini, so sampai malam jugakla kami eat out. Dah lama nak terai steam boat kat depan spital Kulai tu...akhernya setelah 5 bulan beroperasi, baru aku dapat jejak kaki ke sana..

Gambar tengah bako2 BBQ & masak stimbut lupa nak snap...yang pasti bestla. Berbaloila dengan harga RM17 sekepala. Cuma kami je yang xmakan manyak...xde space nak sumbat. Udang pun sekor je aku makan. Telur puyuh langsung x sentuh. Takut kolestrol punya pasallllll...


Sekian saja ektiviti berhujung minggu aku....tata.....

02 July, 2011

Kemuncak Imam Muda

Malam tadi berakhirlah sudah pencarian Imam Muda untuk musim yang ke-2 ni....

Tahniah kepada Imam Muda Hasan yang memegang gelaran juara imam muda unggul kali ini..



Aku sebenarnya nak Nazrul yang menang...maybe sebab die dah kahwin  & dah ada anak kot...sebabtu die jadik naib juara...
eh eh..apa kaitan pulak?

Kesemua imam muda kali ni memang berbakat, bijak berhujah & berperkerti mulia...
Terutamanya imam muda Nazrul ni..
Suka sangat sampai like page kat fb die..hehehe......sori la, i x minat "Seth Tan"...

Kalo korang perasan ada Nora Elena yang ucap tahniah kat si nazrul  kat atas tu..kuikuikui....

Apa-apa pun anda memang terbaik la Nazrul...bertuah mak ayah die dapat anak camtu...isteri die lagi bertuah...huhuhu...

Selamat Menyambut Orang Baru

Hai kawan-kawan...Anda sihat? Diharapkan semuanya sihat dan ceria sentiasa...

Baiklah, berbalik pada tajuk entri...

Dalam tahun ni ramai benar rakan-rakan aku yang dapat "baby"...
Kebanyakannya dapat baby boboiboy. Dua orang je kawan aku yang dapat gegirl. Wahhh, best eh korang. Ada yang 1st baby, ada jugak yang anak keempat. Wow, bagus produksinya.

Tapi memang kagum ah kat x-coursemate aku yang sorang ni. Kalo x silap, die la lelaki pertama dalam kos aku yang kawin. Pas abis study, die terus kawin kot. Lastweek baca kat status fb die cakap wifenya dah bersalin anak ke-4. Seme gegirl. Amboi-amboi, aritu bukan main cakap nak saing dgn aku tahun depan...

Bila g ziarah rakan-rakan yang baru bersalin, teringin rasanya nak menambah lagi sorang..
Best wooo cium bau baby..

Apa-apa pun aku nak ucapkan selamat bersalin kat opismate ku ini yang hanya menunggu hari untuk menimang cahayamata pertamanya...

Semoga segala-galanya berjalan lancar. Kedua-dua ibu dan anak selamat...amin...


Goodluck eh, semoga tabah menjalani hari-hari sebagai seorang ibu......selamat berjaga malam...hehehehe...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT