Search This Blog

17 December, 2010

Kenapa Harga Triumph Naik Lagi?

Kegeraman melanda...mungkin harga benang @ kain dah naik kot...
Tapi aku xpasti kenapakah harga barangan Triumph sudah naik..

Kenaikan yg pada aku agak melampau mulai 1 hb 12 haritu........20%-25%.....byk tu wess...

Bayangkan sehelai "baju kecik" pd bln lepas berharga RM 47.90, skrg dah naik ke RM 59.90. Melampau, kan?

3 helai "seluar kecik" yg 4thn lepas berharga RM15.90, sekarang dah naik ke RM29.90........
Adakah harga barangan Triumph berkadar terus dgn kenaikan harga emas? Adakah disebabkan harga minyak yg baru 10 sen naik, die pun sibuk2 nak menaikkan harga jgk?

Adakah kerana kadar inflasi meningkat, harga Triumph pun meningkat?

Adakah kerana dolar US dah menyusut nilai, harga Triumph naik?

Malas nak pikirla.........yg pasti aku menyesal xrembat byk2, pastu buat stok banyak2 sblm harganya naik 17 hari lepas..........huhuhu.........

14 December, 2010

Ini Bukan Ani Sup Utara


Dah lame x msk sup...sesekali pekena sup tulang mmg best...lagipun saki baki daging korban aritu masih ada kat ice box. Lantas sabtu mlm ahad aritu ku pun meringankan tulang temulang tuk msk sup tulang...
Spesel betulla daging korban ni ye, manis sangat isi die sampai ke titisan kuah yg terakhir berjaya ku hirup...mmg mantap...bkn sbb air tgn ku, tp sbb "roh" daging korban itu sendiri yg membuatkan rasa sup tulang ni mmg lazat.........

Pearl Haya Senawang


Pas blk dr Sogo aritu, singgah ke butik Pearl Haya jap. Tiada aktiviti mem "purchase" berlaku. Sekadar, membelek, men "try" pastu blah....hehehe...mcm benak la pulak..

Bila dah byk sgt tudung depan mata, jadi rambang mata. Semua cantik2, ada item yg less 30%, ada jgk yg reject. Kalo harga asal RM99, bila dah ada defect sikit tu, harga turun sampai RM55 selai..kira okeyla kalo nak beli tu...xpe la, nextime tunggu offer kat website die walopun kat website tu stok2 lame....huhu.......




11 December, 2010

Kenduri Tempoh Hari


Sebelum masuk cerita, kita layan dulu gambar yg disnap tempoh hari..


Memula sekali, harusla gambar pengantin ditepek ye....


Penulis bergambar disisi 2 princess tersayang...


Penulis bergambar manja disamping Suami tercinta.....


Penulis berbaju kurung moden pink konon2 ayu gitew......


Penulis bergambar bersama adik2 ipar, sepupu, mak mertua & makcik2 sang suami...

Golongan mak2 di saf hadapan ye kecuali penulis...hehehe......

Geli je, dari td asyik penulis2 je, mcm bagus........


Suami penulis bertambah cendol nampak......sedap sangat la tu..


Lagi gambar penulis...apasal muka Dania camtu tu?


Princess ku Dania & Airis...

Okeyla, berbalik kepada tajuk di ats, sebenarnya aku n famili menghadiri majlis kenduri kahwin pakcik sepupu husband ku aka sepupu mak mertua ku Ahad lepas...

Yela, bila dah masuk cuti sekolah ni, bayakla kenduri kahwin di sana sini..

Kami bertolak dr Senawang ke Hulu Langat..pestaim aku ke sana, sblm ni xpnh sampai Langat pon...

Makanan yg disediakan oleh
UBE CATERING sgtla best, macam2 ada....nasik putih, nasi beriani, kari kambing, ayam msk merah, ayam goreng rempah, kari daging, dalca, acar2, salad, buah2an, kuih muih yg lembek (talam, kulih bakar, koci), tapai pulut, cendol dll...

Time kenduri ni la leh kumpul ramai2 sedara mara.......syok jgk sekali sekala berlonggok ramai2..mcm2 issue kuar, bkn kategori umpatan la...hehehehe....

Last skali kutepek gambar goody bag & bunga telur yg sangat canteks itew..

07 December, 2010

Tayar Pancits

Kisah ni berlaku Jumaat mlm Sabtu tempoh hari..
Cadang nak gerak awl sket, tapi aku kne tunggu Lin Dan blk men badminton dlu..huhu..

Kami bertolak dari Kulai menuju ke Senawang lebih kurang kul 8.40mlm..

Kejadian tayar pancit berlaku di lebuhraya utara selatan selepas exit Machap beberapa km sebelum exit Yong Peng selatan.

Maklumla kete tengah laju, mmg xperasan pun tayar kete dah pancit sbb x kacau stereng langsung..
Sehinggala aku terdengar bunyi yg sangat kuat dr kenderaan yg kami naiki..

Masa tu, tayar dah berasap & bau hangit kuar dr tayar tu..

Alhamdulillah kami masih selamat, nasib x terbabas...cuak sangat hanya tuhan yg tau..
Nak berenti serta merta pun xleh gak pasal bahu jalan kecik je..Lagi pun malam, kete banyak laju2 pulak tu..bahaya betul...

Dah banyak jgk kejadian rempuhan ketika menukar tayar berlaku kat highway tu..takot wei...
Nak tanak, terpaksa jgk gerak terhenjut2 cam naik unta sampai kuar ke exit yong peng..br leh berenti & tukar tayar..Tawakal jer la masa tu...


Muka Dania agak cuak....


Airis muka blurr baru bangun tido..


Gini la rupa tayar yg pecah tu..memang dah rabak pun..
Scary, kan?


Sang suami sedang bersusah payah menukar tayar dibantu oleh abang peronda..


Tayar pecah yang dah dibukak..nasibaik rim x bengkok langsung...


Alhamdulillah, akhernya kami selamat sampai ke umah mertuaku di Taman Pinggiran Senawang kul 1.15 pagi...bawak slow2 je pasal masih fobia...sblm ni x pnh ada pengalaman tayar pecah...huhu...

Salam Maal Hijrah

Selamat Tahun Baru 1432 H. Sepatotnya public holiday, kan?

Tapi bg sesapa yg bekerja dgn kampeni komunis cam aku, arini tetap kene keja. Takde public holiday ye..

Dikala aku menulis entry ini, bos aku sedang bersuka ria cuti2 taiwan bersama familinya. Sedangkan aku disini membanting tulang mencari rezeki. Standard bos la, kan? Hehehe..

Okeyla, sambutan awal Muharam kali ni merupakan permulaan bagi kita semua utk menuju jalan2 kebaikan disamping meninggalkan segala kemungkaran. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya.

02 December, 2010

Kalau Cinta - Aliff Aziz & Joanna



Best Layan Video Shrek ni...

Menu Tengahari @ Opis


Ni la menu kegemaran ku akher2 ni. Nasik ayam penyet & Ais Jagung...Tapau je sbb xde geng nak kuar mkn. Huhu...opismateku cuti...

Walopun mkn sorg, tetap best, aym siap 2 ketul tu, aku order satu je, dapat free seketul..rezki...alhamdulillah..

Pekena pulak dgn ais jagung, mmg masuk sangat...sedap hingga menjilat jari...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT