Search This Blog

31 May, 2011

Selamat Bercuti

Musim cuti sekolah sudah tiba...

Standard la, kalo dah musim cuti sekolah, ramaila yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan. Maka banyakla kad undangan kenduri kahwin di sana sini.

Tak ketinggalan adik bongsuku akan bernikah lusa & majlis kenduri akan diadakan pada hari Jumaat ini (3 Jun). 4 Jun pulak ulangtahun perkahwinan ke-5 aku. Huhu...

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum balik bercuti. Yahuu..dah lama tak balik kampungs...petang ni gerak ke Seremban. Tido umah mertua semalaman. Esok pagi gerak ke Terengganu..

Selamat bercuti semua..

30 May, 2011

Hantu Bedaks 2


Siap ada kesan tapak kaki..






Biarla gambar menceritakan segala-galanya...

26 May, 2011

Membatiks

Dah lama takde entri ektiviti masak memasak..

Sejak akhir-akhir ni aku suka sangat makan benda yang manis. Contohnya waffle, coklat cadburry, eskrem dll. Pastu tiba-tiba teringat kat kek batik. Setahu aku, senang je nak buat benda nih. Anak sedara aku yang tingkatan 3 pun pernah buat, takan aku takleh cuba. Ye tak?

So, petang semalam, pas balik keja sebelum amik anak-anak kat umah pengasuh, aku singgah Maxwell jap semata-mata nak beli biskut marie. Bahan-bahan lain insyaallah ada stok lagi kat dapur tuh..

Ni antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membatiks ni..


Seperti biasa, memang aku tak suka ikut resepi sebenar apabila nak masak sesuatu benda. Pasti sukatan tu tak betul sangat. Ku campak sesuka hati je bahan-bahan tu

1. 2 bijik telur
2. 300 gram biskut Marie yang telah dipatah-patahkan (aku beli Munchy's, 3 keping aku dah ngap siap2, so dah terkurang berapa gram tuh)
3. 1 cawan air
4. 3/4 cawan serbuk koko (cap Meriah beli kat Econsave last year, kunun-kunun nak buat biskut raya, last-last tak buat pun, hehehe..)
5. 3/4 cawan milo
6. 1/2 buku butter (pun cap Econsave, last year beli, nasibaik expired bulan 8 nih)
7. 1/2 cawan gula
8. 2 sudu creamer pekat manis Marigold

Mula-mula masukkan air , serbuk koko, milo, creamer pekat manis dan gula dalam periuk.

Masa tengah duk kacau-kacau tu, boleh si Dania tanya aku "mama, ni muntah ke bukan muntah? Kakak Anya tengok macam muntah je"..Ade ke patot tanya aku soklan camtu...uweekkssssss..

Okey, kacau dengan api yang sederhana kuat. Pastu masukkan butter. Kacau sampai butter cair dan semua campuran sebati. Kemudian, masukkan telur. Kacau sampai sebati. Padamkan api. Masukkan biskut marie. Kacau biar semua biskut melekat dengan campuran coklat tadi..

Gini lah rupa campuran biskut marie yang melekat apabila dikacau-kacau..


Pastu tuangkan adunan tadi ke dalam loyang...Tekan-tekan adunan kasi padat dan mantap sikit..Aku guna aluminium foil utk tekan-tekan adunan. Pastu tutop dengan aluminium foil jugak. Baru masukkan kedalam peti sejuk..


Nila satu-satunya loyang 4 segi yang aku ada. Saiz lebih kurang 8"x8". Yang ni pun beli kat Econsave jugak..suka bebeno aku dengan Econsave ni..

Last sekali, taraaaaaaaaaaaa....sedia untuk dingappp..

24 May, 2011

Sapa Arora Salwa nih?

Gambar Ihsan Murai.Com


Ah...ah...Ahmad.......lalalalala...

Aku memang tak boleh tahan betul bila bukak radio Era, tiba-tiba keluar lagu bertajuk "Ahmad"...dah beberapa kali dengar masih rase nak gelak...kihkihkih...

Macam-macam perasan bercampur aduk & pertanyaan bermain di kotak mindaku...

Antaranya ku rasa...

1. Nak gelak guling-guling
2. Konpius jugak
3. Takde nama lain ke?
4. Kenapa ada pompuan sanggup nyanyi lagu nama lelaki nih?
dan yang paling penting
5. Sape penyanyi yang nyanyi lagu nih?

Dah terjawab pun...untuk kisah selanjutnya, sila klik sini

18 May, 2011

Konpius



Mesej ni bukan ditujukan untuk kaum monyet, sebab sah-sahla kaum monyet ni tak tau membaca..

Kalo ada manusia yang buang sampah merata-rata jugak tu, boleh dikategorikan sebagai monkey la eh?

16 May, 2011

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

16 May ~ Hari Guru. "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Itula tema sambutan hari guru pada tahun ini. Sesuai dengan tugas guru yang semakin mencabar.

Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru, pembaca blog yang bergelar guru, tidak lupa buat Encik Syed Idrus aka suamiku. Semoga terus ikhlas dalam mengajar dan mendidik pelajar.

Jalan-Jalan DiSergah Sang Monyet


Semalam hari Ahad. Dah lame rasanya x g "berderak". Alang-alang dah terlanjur sampai ke Pontian, apa salahnya berkunjung ke Taman Negara Tg. Piai.

Lepas lunch, kami pun bergerak ke sana. Ketibaan kami disambut dengan sergahan sang monyet. Kurang asam betul, terkujat kami. Taring die dahla scary. Budak-budak pun dah ketakutan. Spesis babun ni memang dibiarkan berkeliaran.

Takde ape yang best sangat pun kat sini. Standard Taman Negara la, selain monyet, burung2, ikan belacak turut menemani.


Meh layan gambar je la...


You'll Never Walk Alone....


Berpeluh jugak la walaupun tak abis tawaf ke semua tempat. Ye la bawak budak-budak. Mana la larat dorang nak berjalan. Aku pun tak larat nak dukung dorang.

14 May, 2011

Abang Jem

Pagi semalam, sebelum g keja, aku singgah Caltex dulu untuk isi minyak..

Masa nak bayar, aku terpandang muka depan Metro yang tersusun kat rak kaunter. Jarang beli satkabo Metro ni. Biase baca kat tenet je.

Tapi disebabkan aku terkujat tgk tajuk muka depan yang abg Jem aka Salleh Yaacob nak kawin lagi, aku pun beli la...

Berita selanjutnya klik disini..

Aku memang respek kat abag Jem ni dan tak menafikan sikap jenaka abang Jem membuatkan ramai yang senang untuk mendekatinya. Apa-apa pun tahniahla untuk bakal pengantin ni. Semoga rumahtangga yang bakal dibina akan dirahmati dan berkekalan...Amin

11 May, 2011

Pagi Yang Malang

Bangun pagi, macam biasa la siap-siap nak g kerja.

Time nak pakai konteklens, tiba-tiba baru aku perasan kanta yang belah kanan dah terpecah. Adusss, patutla 2-3 hari ni aku asik pedih mata belah kanan. Rupa-rupanya dah nak pecah lens tu..sedihnya sebab lagi 6 bulan sepatutnya baru kene tukar..Ni dah pecah sebelum waktunya...

Terus ku carik spek mata, ku pakai, memang kurang selesa pakai spek, sedikit pening, rasa takleh nak balance tinggi rendah semacam je rase.

Pas angkut anak-anak masuk dalam keta, aku memecut hantar dorang ke umah pengasuh dan seterusnya menuju ke tempat kerja. Sampai kat tempat nak parking macamanelah aku boleh salah anggaran, terlanggar dinding tepi parking. Kedegang jugak bunyinya.

Abis lampu signal depan belah kiri terburai...Nasib tak pecah, ku sumbat semula la, memang selekeh jugak nampak pasal dah tercalar balar kat tepi tuh..

Nampak gayanya, memang aku takleh pakai keta mewah kalo camni. Asik nak kene repair je nanti..........

Yang pasti petang ni nak kena g nice vision dulu beli lens baru...Keta tu selagi leh start, aku vroommmmmmmm kan je la...

09 May, 2011

Ektiviti Hari Ibu

Semalam Hari Ibu, takde sambutan besar-besaran pun berlangsung...bagi aku, setiap hari adalah hari Ibu...pernah juga terdengar yang sambutan Hari Ibu ni adalah budaya agama Kristian..

Okey, berbalik pada citer semalam...
Pagi masak nasik lemak. Pas sarap, g punch card kat Jusco Tebrau City jap...

Balik umah dalam waktu zohor, layan Nona kejap sebab ada Kate & William. 29 haribulan aritu tak sempat tengok kat TV dorang nyer wedding.

Dah petang sikit, aktiviti jahit menjahit reben dan butang baju anak dara yang dah tertanggal. Aku bukan terel bab menjahit ni. Setakat jahit butang dan jahit baju terkoyak tu boleh la...Pastu jahit seluar keja "tok laki" yang dah terbuka lipatan bawahnya...

Ni baju yang dah siap dipasang reben dan butang semula...beres satu kerja yang dah lama jugak tertunggak..lalalala...

07 May, 2011

Imam Muda



Seronok jugak layan IMAM MUDA malam tadi...

Last year saya tak follow sangat rancangan ni dari awal, last-last baru follow..musim kedua ni semangat sungguh, saya follow dari minggu 1...mengisi masa lapang di samping dapat menambah ilmu dunia dan ukhrawi..

Nak layan Maharaja Lawak dah tak dapat sebab tak purchase pakej MUSTIKA...hahaha..alasan...

06 May, 2011

Ringtone Apakah?

Salam pagi JUMAAT semua...

(Kata ganti nama "aku" bertukar menjadi "saya" ok..kunun-kunun nak kasi sopan sikit)

Di pagi yang mulia ini saya ingin berkongsi video clip yang baru saya tengok kat you tube ni...

Lawak sungguh tapi cukup menghiburkan hati saya...lalalalala....



Irama lagu ini cukup mendamaikan jiwa saya walaupun saya tak paham apa maksud yang ingin disampaikan oleh si mamat Thai yang boleh dikatakan agak jambu jamba ni..

Untuk pengetahuan kawan-kawan juga, saya telah menggunakan lagu SABAI-SABAI ni sebagai ringtone telefon bimbit saya sejak tahun 2008..masa tu usia Dania baru mencecah 6 bulan..

Teringat lagi saat-saat si Dania terjoget-joget bila ada panggilan masuk..

Pernah juga saya cuba menukar ringtone lagu lain, tapi rase tak besh...nak SABAI-SABAI jugak...korang pulak bagaimana? Ringing tone apakah yang korang suka?

05 May, 2011

Saya Suka Makan Nasik

Karangan budak pra sekolah....

Saya suka makan nasi. Hari-hari saya makan nasi. Saya orang kampung. Orang kampung memang suka makan nasi. Walaupun saya bukan orang bandar, itu tak bermakna saya tak suka dan tak pandai makan spagetti.

Anak-anak saya pun suka makan nasi kosong tanpa kuah. Cukup ada carrot dan isi ikan, dah pun memadai..

Memandangkan saya suka makan nasi, di sini saya nak berkongsi beras yang dah menarik minat saya sejak 2 menjak ni..


Kasi zoom sikit...

Tu dia beras Moly JASMINE..


Saya sebenarnya alergik dengan beras wangi...rase nak muntah sebab kewangian mengatasi rasa nasi itu sendiri. Tapi setelah bertukar kepada beras MOLY ni, memang puas hati..wangi die sedang-sedang gitu..


Yang penting halal, kualiti dijamin, MONEY BACK GUARANTEE.


Tengok nutrition fact die, memang takleh makan nasi banyak-banyak sejak kandungan gula dalam darahku meningkat baru-baru ni..Takot kena potong kaki woo...

Good Bye Template Lama


Aku sebenarnya dah lama nak tukar template blog ni sebab dah muak dengan background yang lama...

Setelah pening duk ngadap pc ni je la hasilnya...Tak canteks sangat pun template baru ni, rasanya lebih simple kot...

Gambar kat header tu masih lagi gambar lama, nanti la baru tukar...hehehehe...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT