Search This Blog

25 November, 2013

Mommy & Baby Moments : G.I.V.E.A.W.A.Y by Mommycha

Hai kengkawan, jom join mommy & baby giveaway yang dianjurkan mommycha nih,
Macam mana nak join????
Mudah sajork...............Just Klik link kat atas tu dan follow la step seterusnya....

Orang lain dah join, saya pun nak join gak...

Ni la moment saya bersama anakanda yang ke 3.....Syarifah Sarah Alina......

Tajuk Gambar: Ku mengendong, kau selesa dikendong :)


Umur bebi Sarah baru 2 bulan time nih, mama teringin nak makan eskrem. Maka panjangla langkah mencari eskrem Wall Selection.....(padahal dalam pantang pun saya makan eskrem....HEHE....)

Baby Sarah sampai tertido dalam kendongan saya, lena sungguh die....
Oppppssssssssss!!!!!!!!!! Saya lak bukan tertido ye, tapi terpejam jek,........almaklomla gambo candid..........

18 November, 2013

Susunatur : Ruang Dapur Ala Saya

Ok, ini adalah 1st entri saya berkenaan rumah saya yang baru 7 bulan kami pindah. Sejak berkahwin, dah 5 kali saya berpindah randah. 3 kali menyewa dan dua kali pindah rumah sendiri....Harap-harap takde lagi acara pindah randah dalam hidup saya dalam masa 20 tahun dari sekarang....penat weiiiiiii nak mengemas...

Sebelum melalut dan terkeluar daripada tajuk, saya sebenarnya ingin berkongsi susunatur ruang dapur yang merupakan jantung dalam rumah saya ni. Gigih menaip entri ni apabila Fizah dari susunatursioca.blogspot.com menganjurkan cabaran DAPUR untuk bulan November nih...sekadar ingin berkongsi, saya cuba untuk turut serta dalam cabaran ini.......Segan sebenarnya sebab tangan saya ni tak kretip, masih cuba membaiki diri untuk menjadi seorang yg "pengemas".

Bagi saya, ciri-ciri dapur yang baik bukanlah terletak pada saiz besar atau keciknya sesuatu ruang dapur itu atau mahal / murahnya material KC yang digunakan.

Apa yang penting adalah susunan yang teratur dan kemas, bersih, dan yang paling penting praktikal untuk kita melakukan kerja-kerja menyimpan, menyediakan makanan, memasak dan makan bersama seisi keluarga tersayang...

Saya masih lagi dalam usaha untuk merealisasikan dapur impian saya. Namun begitu, atas dasar bajet, hasrat itu terpaksa dipendamkan dahulu......Pakai aje la apa yang sedia ada....

 Secara umumnya, ruang dapur rumah saya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

A. Dapur basah (terbuka) yang terletak di bahagian paling belakang rumah
B. Ruang mini dobi + mini stor (terletak antara dapur kering dan dapur basah)
C. Dapur kering / pantry
D. Ruang makan (terletak bersebelahan dapur kering)


A. Dapur basah (terbuka) yang terletak dibahagian paling belakang rumah



Di sinilah tempat saya mempersembahkan hasil masakan saya dengan penuh kasih sayang untuk famili ....
Sebelahnya tempat saya sidai kain baju. Saya tak sidai baju bajan kat depan rumah sebab rase semak je mata nih....

Sebahagian daripada rempah ratus yang saya guna tiap-tiap hari disimpan di ruang ini sahaja...Selebihnya saya simpan dalam peti ais dan rak tarik dalam kitchen cabinet.... 

B. Ruang mini dobi + mini stor (terletak antara dapur kering dan dapur basah)



Inilah rupa susunatur ruang mini dobi saya...segala peralatan mencuci dan penyepit baju saya susun atas rak 3 tingkat beroda tu.......beli kat Cosway, RM 29.90 kalo tak silap saya...

C. Dapur kering / pantry



Gambar No 2 : Susunatur Rak pisau, bekas bawang & bekas beras

Gambar No 3 : Door safety lock yang saya beli kat daiso RM5/2 pcs. Kat Cosway pun ada jual gak. Benda ni penting untuk saya lekatkan kat pintu kitchen kabinet seperti dalam Gambar No 1 tu. Kalo tak, si kecit saya yang suka mengopes tu asek nak bukak je pintu dan selongkar barang yang saya simpan.

Gambar No 4 tu konon-kononnya kiddos station untuk anak-anak saya. Kalo dorang nak minum air, makan ke, dorang akan amik sendiri bekas yang saya dah susun kat dalam KC bahagian bawah...

OK, yang kat bawah ni pulak susun atur dalam esbok saya......tak banyak barang sangat pun dalam ruang esbok coet saya ni. Biasanya stok barang basah akan dihabiskan dalam tempoh seminggu.


Ini pula sebahagian daripada susun atur koleksi tupperware kesayangan saya......
Saya start mengumpul tupperware sejak tahun 2007 yakni selepas berumahtangga. Dah mulai rasa jiwa mak-mak time nih...


Ini pula susun atur dalam tall unit c/w pull basket bersebelahan peti ais. Saya simpan segala stok makanan kering disini. Ada yang berlabel dan ada yang tak berlabel. 


Rak tarik bersebelahan laci 3 tingkat ni pulak tempat saya simpan stok rempah, sos, madu, cuka dan lain-lain lagi.


D. Ruang makan (terletak bersebelahan dapur kering)


Ini pula ruang makan saya dan famili......Simple je kan? Biasanya meja ni kami sekeluarga gunakan untuk makan malam je...Makan tengahari dan breakfast pun time hujung minggu jer...

Kalo hari biasa, anak-anak dan suami saya breakfast kat ruang di bawah ni sebelum masing-masing pergi sekolah dan kerja....


Di sini jugak tempat saya menyediakan rencah-rencah, potong bawang semua tu sebelum acara masak-memasak berlangsung....

Pinggan mangkuk untuk kegunaan harian pula saya susun atas ruang di atas sinki tu je...senang dan mudah untuk dicapai... lepas basuh pinggan mangkuk, toskan, dan simpan...

Kalo saya rajin, saya sambung lagi entri pasal dapur dan susun atur ni......Banyak lagi cerita untuk dikongsi bersama. Ni belom masuk pasal sinki, susun atur barangan di bawah sinki, kuali, periuk, barangan kaca, dan segala-galanya tentang dapur :)

16 November, 2013

Kelebihan Mempunyai Anak Perempuan

Saya mempunyai adik beradik seramai 7 orang. 5 orang perempuan dan 2 orang lelaki. 

Sebagai seorang anak perempuan dan ibu kepada 3 orang anak perempuan, saya tertarik untuk share isu utama dalam majalah ANIS keluaran October 2013 yang ada cover Wardina & Amna nih...
Banyak kupasan dan tips tentang kaedah mendidik anak perempuan dalam majalah tersebut.


Antara Tips Dalam Mendidik anak perempuan (anak lelaki pun sama jugak) ialah :

1. Menerapkan konsep pengabdian kepada Allah swt / mengajar ilmu Tauhid sedari kecil. Asas sangat penting dan perlu diterapkan seawal mungkin.

2. Sentiasa menerapkan kata-kata positif yang memberi motivasi dan inspirasi

3. Mencari rezeki yang halal dan diberkati untuk dibelanjakan kepada keluarga

4. Memberikan contoh dan tingkahlaku yang baik kepada anak-anak

5. Sabar melayani kerenah setiap anak yang semestinya mempunyai karektor yang berbeza

6. Tukar kaedah memukul kepada penghargaan dalam mendidik anak-anak

7. DOA merupakan senjata bagi orang mukmin. Antaranya Surah Al-Furqan ayat 74 dan Surah Al-Baqarah ayat 165 boleh diamalkan oleh kita sebagai ibu bapa

Kalo zaman jahiliyah dulu, anak perempuan yang baru dilahirkan ditanam hidup-hidup. Tetapi pada zaman sekarang, ibu bapa sepatotnya berasa bangga bila dikurniakan anak perempuan. Ini kerana kita
sebagai parents harus sedar bahawa Rasulullah s.a.w menjanjikan tawaran hebat buat ibu bapa yang bersabar dalam mendidik anak perempuan dengan sempurna.
Yelah, cabaran mendidik anak perempuan di zaman sekarang amat hebat, tak sama macam dulu lagi.

Manakala bagi anak-anak gadis pula, ketahuilah bahawa dirimu begitu tinggi nilainya sehingga boleh menjadi laluan mudah kedua-dua ibu bapamu untuk ke syurga serta diharamkan daripada api neraka.

Ini terbukti dengan sabda baginda Rasulullah s.a.w : 

"Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan, lalu die mengasihinya, melindunginya dan mencukupkan nafkahnya maka wajiblah baginya syurga. 

Seorang lelaki dari satu kaum bertanya : "Dan dua orang pun begitu juga ya Rasulullah?", Baginda menjawab: "Dua orang pun begitu juga." (Riwayat Ahmad dan Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.pula,

"Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lihat, hebat bukan tawaran yang dijanjikan sekiranya kita berbuat baik, menjaga dan mendidik anak perempuan dengan sempurna?

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik dan melayani kerenah ketiga-tiga anak perempuanku bagi mennjadikan mereka cemerlang hidup di dunia dan akhirat.........Amin.......

11 November, 2013

Anak Lelaki atau Perempuan?

Memandangkan saya sudah mempunyai 3 orang ank perempuan, semestinya kandungan kali ni cukup membuatkan saya dan suami saspenz..

Adakah anak yang bakal dilahirkan nanti pun perempuan jugak? Huuuuuuuuuu...

Saya tak sabar-sabar nak tahu jantina bayi dalam perot ni secepat mungkin....
Saya tak suka seprais-seprais ni...
Saya merupakan seorang yang mudah menerima hakikat.......
Seawal kandungan berusia 5 bulan saya dah dapat tahu jantina bebi menerusi scan yang doktor buat.
Tapi........... saya taknak konfiden sangat, tunggu bebi besar siket baru pegi scan lagi...

Usia kandungan 6 bulan pun saya g scan lagi...kali ni nak konpemkan betol-betol, pegi jumpa doktor yang berlainan pulak...Resultnya adalah sama jugak...scan kali ni membuatkan saya rasa cukup terharu dan mampu tersenyum lebar....Doktor cakap 95% konpem boy.....Alhamdulillah...
....Wahhhh.....sukala suami ai...akhernya dapat gak geng die...nanti ada teman nak gi masjid smyg jumaat..... ........kihkihkih.....

Bila kandungan mencecah masuk 8 bulan kami pun pegi scan 4d, nak tengok muka bebi la konon-kononnya...
Tapi malangnya bebi tyaknak tunjuk muka die, shy-shy cat la pulak bebi nih....

Die just tunjuk nih........


Apa-apa pun jantina yang kluar nanti, saya dan suami terima dengan redha...janji bebi dan saya selamat dan sihat sejahtera......semoga segalanya dipermudahkan............Amin

05 November, 2013

Asal masuk kete je tido....


Salam maal Hijrah.....

Arini saya bekerja seperti biasa, kampeni tak amik cuti maal hijrah ok...
Apa-apa pun semoga tahun baru ni menjanjikan seribu kebaikan buat kita semua...

Hari ni saya nak share pic 3 anak daras saya tatkala berada dalam kereta...
Kalo kat rumah masing-masing mulut tak berhenti bercakap, tetapi................
time masuk je kereta terus senyap...
Kadang-kadang tak sampai 5 minit pun masing-masing dah terlena...
Kalo balik kampung lagila senang...bukak je mata dah sampai destinasi.......kekekeke..


Yang mamanya pulak, memang tak boleh tido, kalo 9 jam masa yang diambil untuk perjalanan dari Kulai ke K. Trg, 9 jam gakla saya tak tutup mata, setia menemani suami yang gigih memandu sambil layan dia potpet-potpet...dah macam radio bergerak rasanya...macam-macam cerita kuar, saya iyakan aje.....
Kadang tu, saya rasa............ish macam pernah dengar jek cerita nih, xpe, sebagai isteri yang taat, layanz jer laaaaaaaaaaaa..

Jadi kesimpulannya anak-anak saya tak ikut saya bab-bab potpet tu ye..
Sekian....:)


01 November, 2013

Tanamera : Produk Berpantang Anak ke-4 Saya



Tak salah kalo kita nak mencuba sesuatu benda yang baru kan? Untuk berpantang kali ke 4 ni saya dah pilih sebahagian daripada produk Tanamera yang dibeli secara loose kat page fb TANAMERA Posnatal Care Set  ni...Postage free untuk setiap pembelian RM100 dan ke atas...best kan? Kalo beli Set dah RM 360...
Admin page ni pun cepat ajer respon bila kita pm die, senang nak berurusniaga...
Order harini, esok dah sampai.....happy!!!!!!


Saya just amik :

1. Minyak Kelapa Dara , RM34.00 2. Herba Pembersih Wanita , RM26.50 (12uncang) 3. Herba Mandian , RM 26.50 (12 uncang) 4. Minyak Urut Herba , RM33.00 5. Sabun Mandi Herba 2 ketul (sebijik dah guna sekarang) , RM15.00 setiap satu 6. Air Bunga Lavender , RM36.00

Pastu saya plan nak amik vitamin jek untuk makan, tiada sebarang jamu-jamuan ok...
Tidak dapat dinafikan saya merupakan seorang yang agak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan produk yang macam best nih....Yela tiap-tiap bulan duk beli majalah Pa&Ma asek kuar jek testimoni mommy-mommy yang dah merasai keberkesanan produk ni, keinginan untuk mencuba tu semakin membuak-buak dalam jiwa saya ni...

Sebelum ni, saya dah pernah terai set berpantang Amway & Nonaroguy (beli loose), kali ni saya nak bertukar kepada TANAMERA pulaks...

Kenapa saya beli secara loose? Kedekut eh????
Owh tidak.....
Saya hanya beli produk yang saya yakin dan pasti akan guna sampai licin...
Cukupla pengalaman menggunakan set amway masa beranak sulung dulu yang tak abes (ada yang tak terusik pun), membazirnya la sampai expired.....

Setakat kandungan saya berusia 32 mgu plus nih, saya dah guna beberapa item.

Sabun herba tanamera ni sangat la best, rase ilang semua daki-daki kat badan ni bila saya sental time mandi tuh...pas mandi kulit terasa supple jek, harum bauan herba nya pun amat memukau....
ummmphhh...wangi sangat.... 

Minyak kelapa dara saya dah start minum minggu lepas, amik sesudu jek setiap hari....part2 urutan perineum guna minyak ni saya tak berani nak mencoba....kihkihkih....

Air bunga lavender pulak saya beria-ria siap bawak g opis, sembur jek kat muka nih tak nak bagi stress kununnya...boleh jugak sembur kat bantal sebelum nak tido, maka tidur pun lebih lena, tenang dan mimpi indah-indah sajork...

Massage oil baru guna sekali time berurut dengan makwan arituh (macamla korang kenal sapa makwan tuh kan?)

Yang belom saya guna ada 2 item jek, herba mandian & herba pembersih wanita...Tu pas versalin baru saya boleh bagi testimoni....


31 October, 2013

Hanger Tudung 17 Lubang/Klip

Dah lama saya duk usha nak beli hanger tudung awning ni...kunun-kunun nak carik harga paling murah baru nak beli. At last saya terbeli jugak pd bulan lepas kat page fb Hanger Tudung Murah ni...harga RM 27 termasuk pos............happy sangat sebab jimat space kat wardrobe saya....di samping itu awning tudung-tudung kesayangan saya terjaga rapi...takde kerepot-kerepot lagi...wah....sukeeeee sgt..


Kalo ada rakan-rakan yang masih mencari-cari hanger tudung 17 lubang ni bolehla pm kat sis apa eh lupa lak nama beliau...takpe, klik je link kat atas tu....Sis ni cepat sungguh respon....
puas ati berurusniaga dengan beliau...

21 October, 2013

Entri Pertamaku 2013

Bismillahirrahmanirrahim.................

Assalamualaikum wbt....sekian lama tak menulis di blog, rasa agak janggal dan kemkots...walaupun dah setahun lebih tak post sebarang entri, saya tetap aktip membaca blog orang, dan terus menjadi silent reader...mungkin lepas ni saya akan cuba mengaktifkan diri ini walaupun malas...

Buat masa sekarang ni, saya suka baca blog susun atur, dalam dan luar negara....walaupun saya bukanlah seorang yang pengemas, tapi saya tak suka tengok benda-benda bersepah..Bila bersepah, mula la rasa berserabut dan nak marah...kang tak pasal-pasal anak-anak jadi mangsa "singgaan" saya...

Sedikit sebanyak saya belajar cara-cara menyusun atur rumah daripada tips dan idea yang diberikan oleh blogger susun atur tersebut. Kagum saya dengan geng-geng blogger nih...Mereka banyak memberi inspirasi supaya saya gigih menyusun atur dan terus merajinkan diri untuk memastikan rumah sentiasa kemas walaupun saya penat setelah seharian bekerja....

........Dan alhamdulillah, saya suka dengan hasil yang dah berjaya saya buat setakat ini. Walaupun keadaan rumah takdelah tip top sampai leh masuk majalah impiana, tapi ianya cukup membuatkan hati saya tenang.........rumahku syurgaku...... :)


15 October, 2012

Review : UNIMOM MEZZO BP

Ada ke orang nak baca belog saya ni? Kemain nak buat review....

Saya suka suki je nak buat review pasal gajet yang baru minggu lepas saya beli. 

Almaklumlah setelah 3 tahun menggunakan Spectra 3 terasa miang nak cuba manual BP lak...dan yang paling penting, saya nak carik yang murah dan boleh bekerja secara efisyen. 

Target memula nak rembat pigeon dan brand2 yang harga RM100 dan ke bawah.... Suatu masa dahulu, saya pernah cuba menggunakan manual BP Avent dan Medela Harmony. 
Harganya agak mahal (bagi manual BP la), hasil ok, memuaskan. 

Maka saya pon start mengugel dan membuat sedikit research. Dulu sebelom beli Spectra 3 pun jenuh saya duk gugel, compare2 harga mana lagi murah..baca review orang yang pernah menggunakannya...akhernya saya tertarik dengan UNIMOM MEZZO manaul BP. Isssshhhh tak pernah dengar pon brand nih.... 

Tengok kat fabulousmom kemain lagi best seller. Dijual dengan harga RM 118. Nak jugak dapatkan harga yang lebih murah, saya pun gigih mencari lagi di lbh kurang 10 online website. Akhernya saya pun beli kat website nih http://e-mumshop.com dengan harga RM100 sahaja...sukeeeeeeeeee....

Haaaa....dah dapat pun, kemain teruja saya bila dapat bungkusan daripada Poslaju minggu lepas...


Maka bertambah rajinla saya menjalankan aktiviti mengumpul stok untuk baby Sarah....
Comelkan BP unimom ni? Sesuai dengan status "made in Koreanya".....kaler pink & putih lagik.....
Haaaaa....lihat...3-3 corong saya sumbat dlm beg tuh....


Apa yang saya suka pasal BP ni selain rekabentuknya yang ergonomik ialah, silicon massager yang ada kat corong tuh mengurangkan rasa sakit ketika mengepam..So, suctionnya mild2 gitu....

Kalo dulu masa beli Spectra 3, silicon massager tu kene beli asing-asing, ianya tidak didatangkan sekali dalam pakej.

Hasilnya? Memuaskan.... takdelah lumayan sebab saya memang tak pernah dapat 6 Oz dan ke atas setiap kali sesi mengepam...Biasanya saya hanya akan dapat dalam 3 ke 5 Oz jek....

Kebaikan seterusnya ialah corongnya siap ada cover lagi, kunun2 bertambahlah hygenic nya...
Senang nak bukak dan pasang semula untuk dicuci....
(padahal mula2 saya agak keliru camne nak assemble nih byk sangat bahagian2nya)..

Biasalah, mula2 agak jakun siket....


Haaa... ni pulak Spectra 3 saya yang dah dimodified valvenya.....Ko hade? Mmg xdapat carik kat mana2 sebab haritu ada benda yg sebatang dalam tu terpatah akibat terjatuh daripada meja setinggi 4 kaki....(Nasibla jatuh dengan beg2, kalo x, habis ranap)......

Makanya saya pun mendapatkan khidmat servis foc drp seorang rakan yang pakar dalam bab2 nih........Suka, masih boleh berfungsi seperti biasa, nak hantar ke pusat serbis jauh sangat....

Kesimpulannya saya amat berpuas hati dengan BP ini. Berbaloi2 la, saya suka guna UNIMOM ni time susukan Sarah. Tandem nursing la katekan....Sebelah susukan Sarah, sebelah lagi pam. 

04 October, 2012

Folo Up Baby Sarah @ Peadiatrik HSA


Selasa lepas saya on leave untuk bawak baby Sarah check up kat HSA....mula-mula ingat nak amik halfday je, tapi memandangkan AL tinggal 6.5 hari lagik, saya pun apply cuti penuh la...bukan apa, mana tau kot-kot tunggu turn lama, kang terkejar-kejar nak balik ke opis semula..

Tepat sekali sangkaan ku, parking HSA penuh, makanya selepas encik Syed menurunkan saya & baby, die pun memarkingkan kereta kat luar.......terpaksalah menapak jauh sikit.. 


Pas amik no (yang ke 27) saya pun mencari tempat untuk landing....


Nasib ada TV, layanla citer Tiramisu jap...Baby Sarah pun layan tv gak..hehehehhe


4 bulan lagi datang sini lagi...Alhamdulillah perkembangan baby baik2 aja..seiring dengan budak berusia 99 hari pada hari kejadian...

11 September, 2012

Saya Mau Ini

Sejak menjadi ibu veranak 3 ni, saya asek skodeng MPV (seperti gambar yang di bawah) dari tingkap opis saya...saya suka.......seolah-olah macam satu terapi minda lak...hehe...

Pestaim balik beraya ber 5 aritu jalan jauh kan, pulak tu anak dah 3, rase macam cik siti dah tak relevan lagik....
Maaf ye encik suami saya bukan paksa kamu untuk dapatkannya sekarang....mungkin 2-3 tahun lagik? 
Ok x?


Heheee.....rajin betul abg guard tu dok ngelap-ngelap badan Cik Estima (bukan saya punya)...
Cuci bersih-bersih ye bang....


Tengok....Dania duduk sit depan sebelah ayahnya... Saya lak 3 veranak nih duk belakang...

Rase macam sempit la pulak...kurang selesa bila nak balik kampung atau jalan jauh-jauh...

Kalo takat nak g Jasko ke...TITAH ke.....Ehhh, takde hal lah...hehehehehe..

Makanya..saya pun asek veranganla nak memiliki Estima....... Baru besh nak jalan jauh kan?



Tengok baby Scha ni pon sampai senget2 saya duk meriba....
Kadang-kadang lenguh gak badan nih...Cehh...Alasan le tu....
Puas saya duk ngendeng-ngendeng husband, bagi hint, tapi...die sebagai pemandu opkos x merasa ke "sempit" an itu...

Sian x kat saya? Nak harapkan menang contest dumex dugro raya yang dapat LIVINA tu macam tipis jek...huhuhu....

29 August, 2012

Riang Raya 2012

Salam...........
Dah abes beraya belom kawan-kawan?
Kalo kat Johor dorang beraya sebulan..rumah terbuka sana sini, marhaban rumah ke rumah lagi....
memang sakanla...

Siryus tahun ni saya sangat puas ati dapat beraya kat kampong....sangatla best, dapat jumpa sedara-mara, kawan-kawan, jiran-jiran yang jarang sekali dapat berjumpa....

Harini dah masuk 3 hari saya bekerja setelah bercuti selama 2 bulan....baru nak mendapat rentak semula nih setelah lama tinggalkan keja....nak tulis panjang-panjang pun x de idea, so, mehla layan gambo-gambo saya semasa raya arituh....

Tade adegan-adegan cium tangan suami sambil nangis2 ye.....hehehe.... 


Kami Ber 5.....


Aummmmmmmmmmmm.....Cakkkkkkkk..Jemput masuk...


Si kecik ni x abes2 dengan citer cinderella...


Kakak pun sama gak...


Mentang-mentangla umah tok ada wifi, dah macam cyber cafe lak jadinya...


Opppsssssssssss....pic ni Airis yang curi amik, saya senyum kat die...tup2, die snap muke saye....


Hari Raya Ke-2.......


15 August, 2012

Dah Lama Nak beli Gajet Nih

Hai all..........saya agak penat arini........secara tak sengaja tersopink lagik tadi...
Dahdah...cukup, arini saya janji last sopink b4 raya....pas naik keja baru sopink lagi...

Arini saya nak citer pasal gajet yang memang dah lama saya nak beli, tapi tak gak beli..
Beli ni masa 2 minggu berpantang aritu...
Bila dah ada anak 3 baru dapat beli...mengagahkan diri beli menatang ni sebab kunun2 nak jaga kebersihan la sikit untuk botol anak-anak. Kalo sebelum ni just cuci pakai pencuci botol pureen/fiffy, rebus dalam periuk....bila dah ada steriliser ni senangla sikit keja saya.......tambah2 baby Sarah menghidap pneumonia aritu membuatkan saya rasa sangat2 perlu menjaga kebersihan botol dan bekas makanan die nanti...

Saya beli online jek, ada pomotion, siap dengan warmer hanya RM159.00. Yang ni takde function pemanasan dalam kereta. Bagi saya tak perlu, benda ni nak guna dalam rumah jek..buat serabut nak panaskan kat dalam kereta...


Storage bottle yang siap disteril sebelum digunakan.........


Tadaaaaaaaaa....

Sebahagian stok susu perahan untuk baby Sarah apabila saya kembali bekerja nanti...


Okeh, takat ni dulu entri pendek harini..dah kul 4 ptg, saya nak tgk citer Takdir Qismah....x pasal-pasal terfollow citer ni dahhh...


14 August, 2012

Sudah Botak @ Botak Sudah?


Shaye sudah botak..................maka hilangla rambut shaye yang lebat sejunjung ittew....

Pic ni diambil masa umur shaye 45 hari tatkala shaye teman mama shaye g cuci kete yang berkerak sangat...

Ok..tata....shaye nak tido sudahhhhhhhhh

Yeayyyyy....Dah Habes Pantang!!!!

Di saat saya menulis entri ini saya dah abes tempoh berpantang selama 44 hari....hari ini hari ke 50....

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.........

Makanya, bila dah abes pantang, makin panjangla langkah saya.....

Bizinya la saya sopink sana sini sampai tak sempat nak update belog...

Memang lepas gian betul setelah sekian lama tak merayap sendiri..soping sorang-sorang lagi best tanpa ditemani suami...kalo dia ada sama, saya jadi rimas....asek nak cepat jek...eiiiiiiiiiiiiii.....sangatla tak beshhhh

Segala persiapan raya dah selesai, kuih raya, baju bajan anak-anak dah beli semua...tinggal nak balik kampung je lusa....yeayyyy......happy sangat sebab dah 7 bulan saya tak balik negeri tumpah darah saya....

Eiii...sangat teruja...tak sabarnya....nasibla skul Dania & suami saya dah start cuti luse....takdelah risiko jalan jem sangat kan.....(harap2la)...moga-moga perjalanan pergi dan balik kami selamat dan berjalan lancar.......

Cerita pasal sopink baju anak-anak....memang sangat syok..ye la kan...... baju budak perempuan kan lawo-lawo, pastu murah plak tu..lagi-lagi beli time ada offer...memang tak keruan fikiran nih...

Pilih kak jangan tak pilih....HEHEHHEHEHE.....tapi tahun ni baju kurung baru takde untuk anak-anak, pakai yang lepas2 jek...yang baru hanyalah gaun-gaun yang cute....

Pastu tudung raya dua anak dara tu pulak...dorang siap suh saya beli 3 lai sorang.....memang melamfau budak2 sekarang nih...nasibla harga tudung tu rm10 jek selai.................tapi sangatla lawo...kain chiffon, 2 layer gitu......anak suka....saya pun lagi la suka....

Okeh takat ni dulu, baby dah nanges nak susu..pastu nak mandi...pastu nak kuar jalan-jalan lagik.......

03 August, 2012

Lagi-lagi Sarah Alina

Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani....Allah tidak menurunkan ujian untuk hambanya sesuai dengan kemampuan masing-masing...Kita sebagai hamba yang kerdil tidak seharusnya berputus asa dan berhenti harap selain daripada-Nya......

Setiap hari terutama selepas sembahyang fardhu, saya akan membaca doa ni sepanjang tempoh mengandung...

Doa yang begini maksudnya :

"Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau maha penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad (s.a.w)"

Dah macam anak pertama pulak rase bila dapat baby Sarah ni....siryus...
Saat-saat mendebarkan dah berakhir...alhamdulillah ku sujud syukur kepada-MU ya Allah kerana memberikan ku peluang untuk menjadi ibu buat puteri ke 3 saya......

Menyusukan baby Sarah pada hari ke 8 di wad nursery cukup membuatkan hati saya lega......yelah masa hari pertama lahirkan dia, saya sempat susukan sekejap je....kurang daripada 5 minit....


Selama 8 hari saya berpantang tanpa baby disisi, rasa agak janggal...sedih tu toksah cakap la...

Hari ke 3 berpantang saya kena demam akibat bengkak susu....sakit bukan main....sapa yang pernah rase taulah macamana sakitnya..........jenuh duk tuam dgn ais, dgn air cuka...nasibaik ada si Airis.

Memandangkan die masih menyusu time saya pregnantkan Sarah, dialah yang tolong inducekan saya kasi susu keluar dengan lancar...

Pada hari ke 4 Sarah di wad nicu HSA, nurse kol suh bawak susu untuk Sarah....Alhamdulillah, lega hati saya...yelah 3 hari pertama dekat wad nicu die no respon. Dengan wayar beselirat sana sini (hidung, mulut, tangan, dada dan kaki penuh yang penuh dengan tube), kena cucuk sana sini....kesan kena cucuk sampai sekarang belom hilang lagik...

Masa tu saya hanya pasrah, redha sangat2...andaikata Allah lebih sayangkan dia, saya dan suami terima seadanya....
Sebelum ni takat tengok gambar je kes-kes baby baru lahir yang kritikal, bila dah kena kat diri sendiri, barulah rase ye tak ye je.....HUHUHU...

Pendek kata, 100% Sarah perlukan oxygen support....oksigen yang disupply adalah 3 Liter/minit.......huhu....Sarah bergantung sepenuhnya pada mesin, kalo mesin tu dibukak taktau la macamana.......dah macam mesin kromatografi pulak saya tengok....Selama 5 hari jugak doktor supplykan antibiotik bagi membunuh kuman-kuman kat paru-paru Sarah..

Walaupun die tak sedar, tapi saya tahu die menyedari kehadiran saya dan suami. Kami tak henti2 berdoa dan bagi sokongan untuk Sarah....

Pengalaman berulang alik ke HSA memberi saya peluang untuk melihat bermacam-macam kes baby yang kritikal kat wad nicu...secara tak langsung membuatkan saya jadi insaf.....ada kes yang lebih teruk daripada Sarah.
Saya berkesempatan melihat baby yang dilahirkan dengan berat 600gram je...baby yang ususnya termasuk dalam lung, so kene operate, baby yang dilahirkan dengan tidak cukup sempurna, ada yang berkepala besar....
Pengalaman seperti ini takkan saya lupakan sampai bila-bila....

Suasana kat wad  nicu (A4) senyap jek.......hanya sesekali kedengaran bunyi mesin tut tek jek.................sungguh saspen....nama pun kritikal kan....

Berbeza dengan wad nursery (A3) bunyi baby nanges sana sini, diselangseli dengan bunyi suara nurse bercakap....agak meriah.....kat wad ni ramai baby premature (duk dalam inkubator), baby demam kuning, baby yang ada masalah jantung, jangkitan dalam perut, dan bermacam-macam lagi lah...

Berbalik pada cerita memerah susu tadik.....

Walaupun saya dah boleh bawak stok susu tapi saya tak boleh bagi direct lagi susu tu sebab Sarah still on tube....Gigih jugakla saya memerah buat stok untuk dihantar ke hospital. Hampir setengah ruang dalam bahagian freeze Sarah punya stok............
Akhernya stok tu saya bawak balik semula apabila Sarah dah boleh kuar wad pada 04/07/2012.

2 kali sehari saya akan lawat Sarah kat wad (lebih kurang 140 km sehari pergi balik dari Bndr Putra ke HSA, jb)....

Lepas ni baby Sarah akan jadik budak botak...

Sebelom dibotakkan, saya nak letak pic dia yang berambut lebat macam rumput karpet disini...


Kakak-kakak yang sangat teruja dapat adik baru...


Owhhhhhhhhh...apabila dia bukak mata dan mulut....


Wajah tenang baby yang belom dinodai dosa...........haaaa...pic ni rambut baby dah kena potong sikit sebelom digondolkan petang ni....insyaallah...


Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat nurse-nurse yang cantik di wad A3 dan A4 serta dokter yang menjaga dan merawat Sarah dengan baik sekali sepanjang berada di wad.....

Terutama sekali Dr Koo Ken Kiat (bukan nama sebenar, muka mcm pemain badminton) di wad A4 dan Dr Amir yang kacak di wad A3. Nurse yang cun si Zarith Sofea.......ni je nama nurse yang saya ingat...sebabnya......suami saya yang perasan nama die.....

Amboi-amboi sempat lagi die jeling nama nurse tu...kemaing yek....nak kena nih.....isssshhhhhhhhh...

Apa yang penting, kos rawatan adalah percuma...sukak...kalo kat hospital swasta tak tahulah berapa kene cas tuh.....syukur..............lagi 3 bulan Sarah akan follow up lagi kat Pakar Pediatrik HSA...

Apa-apa pun, mama dan ayah doakan Sarah kesayangan kami akan membesar dengan sihat sempurna...Mama sayang Sarah sangat-sangat....mmmmuuuaaasshhssssssss

02 August, 2012

Bestnya Jadik Suri Rumah

Stok kat dalam peti ais hanya tinggal ikan merah, ayam beberapa kerat, telur, sawi, tomato, 
carrot + daun sup. Tu je la....

Agak-agak apa lauk yang saya nak masak ye?

Gambar sekadar hiasan...lauk berbuka puasa 3 Ramdhan lalu...dah basi pun....


Esok dah tak perlu masak lagik untuk berbuka puasa.........yeayyyy...

Pas husband balik sembahyang Jumaat, kami akan berangkat ke Senawang, umah mertua.
3 hari kami akan berbuka pose ramai-ramai d sana. Maklumla tahun ni 1st day raya kami akan beraya d Terengganu...

Kalu mengikut perancangan, 2 hari b4 raya kami akan berangkat dari Kulaifornia. Raya ke 3 atau ke 4 baru beraya d Seremban. Pastu raya ke 7 balik Kulai semula....pastu saya dah naik keja.........

Uwaaaaaa....yang ni takbest nih...huhuhu...

Bila dah lama duk umah rasa besh sangat...heaven.....tuntutan kerja terpaksa saya turutkan...nak buat camne gaji suami saya bukan 12K...kalo tak dahlama saya benti keja...

Bila agaknya saya boleh jadi surirumah ni? Buat masa sekarang memang dah menjadi suri pun.................suri d hati sang suami...cettttttt....ferasan lah pulakkks...

Saya nampak suami pun suka bila saya jadi surirumah...ye la b4 Ramadhan aritu die balik dari skul je santapan dah terhidang...

Walaupun saya tengah berpantang, suami balik umah tinggal nak makan jek... Sepatotnya die yang masak untuk saya kan? Sesetengah suami zaman sekarang ni boleh dikatakan dah pandai masak......maka bertuahla si isteri tersebut..ada orang jaga makan minum time mereka berpantang...

Tapi saya...... bukan nak merungut atau meratap......Dah die memang takde bakat...
...................dan sampai mati pun saya tak pernah harap suami akan masakkan untuk saya...huhuhu...

Dapat suami yang fikirannya masih purbakala bab-bab masak nih...HEHEHEHHE....nak buat macamana, kena lah redha kan......

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada... Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing... Terkurang di sana...terlebih d situ...begitula juga yang berlaku sebalik nya.....

Lagipun suami saya memang jenis tak suka makan kat luar...die nak jugak merasa air tangan saya yang bukannya mantop sangat pon....tapi bila difikirkan semula, itulah yang terbaik sebenarnya...
Betul tak kawan-kawan?



01 August, 2012

Perlukah Berpantang Makan?

Salam satu Ogos....

Sekejap je masa berlalu harini dah 12 Ramadhan...dah 12 hari jugak umat Islam berpuasa dan harini cukup 37 hari saya berpantang....

Jadual harian saya macam sama jek hari2.....pagi mandi, berbarut, kalo rajin bertungku....breakfast, mandikan baby, susukan baby, tgk diari ramdhan rafique jap, basuh baju, pam susu buat stok untuk naik keja nanti...........

Si kecik ni senang nak jaga..........bila siang dia banyak tido...sempatla saya nak ngemas, sapu umah, pastu masak, kadang2 tengok WHI, ketuk2 ramadhan, kalo sempat online jap....ber FB.....pastu makan, kul 2 lbh suami balik keja dengan anak2 balik dari umah pengasuh...umah mulai bising....pastu masak untuk suami bukak pose...layan anak-anak...malam plak lipat kain...kemas lagik....tengok tv jap, kul 4.30 pagi, bangun untuk siapkan suami bersahur....

Berpantang kali ni macam orang sihat...boleh dikatakan semua makanan saya bedal kecuali ikan yang bisa-bisa...asam pedas, aiskrim, mcD, KEPCI, pisang + cempedak goreng dah selamat masuk dalam perot saya...

Siryus bila makan macam-macam saya rasa lebih bertenanga...vitamin memang saya tak tinggal..kalsium, vitamin c, iron folic wajib saya amik tiap-tiap hari...vitamin b-kompleks kadang2 jeeeeee..takut selera makan makin menjadik-jadik....jamu makan sket2 jek....

Kadang-kadang pening duk pikir menu berpantang....Hari-hari pusing-pusing masak benda yang sama jek, mestilah bosan kan...Asek-asek sup ikan merah, sup sawi + carrot, sup ayam, ikan panggang....

Nak masak untuk suami lagi...senang-senang masak je la sekali harung....senang citer...suami dan anak2 pun boleh makan sama...saya pun makan sekali...tawakal je la kan, bila ank dah 3 ni, bedal jek semua...

Antara menu berpantang saya ialah seperti yang dibawah............memang lauk berpantang betulla.....sup kentang + carrot + lobak putih, ikan goreng + ikan bawal emas masak kicap (bubuh halia + lada itam banyak2 + asam jawa sket)....memang sedap dimakan dengan nasik panas-panas...


Pastu menu lain plak sup daging + telur bistik isi daging + goreng lobak putih seperti pic di bawah....


Saya memang makan banyak waktu berpantang...asek-asek lapar je perot ni....Pagi pagi saya breakfast dengan milo panas & roti atau biskut je. Pastu makan buah-buahan....Dah lunch mestilah makan nasik. Pastu petang lapar lagik....makan roti cecah milo lagik....

Berat badan saya lepas beranak..yakni hari saya kuar wad ialah 50kg....berat sekarang 47kg....saya nak maintain dengan berat sekarang, harap-harap tak turun macam dulu2 lagik..saya dah bosan dengan berat 42-43kg....huhuhu....yang penting pas abes pantang saya nak pakai jeans saiz 26.....harap-harap muat....tang perot yang buat saya isau...........

29 July, 2012

Syarifah Sarah Alina



Assalamualaikum wbt...........dahlama saya tak mencoret.......sempena bday saya harini, saya mengigihkan diri untuk berbelog....pagi tadik gigih bukak CD dari kotak dalam lemari utk dicuci....rindu nak bercloth diapers lagik setelah sekian lama.....Si kecik ni dalam sehari mau 10 kali tukar pampers....so, adalah lebih baik pakai CD jek....jimat dan berbaloi-baloi....

Harini 29hb maka genapla umur saya 31 tahun....whoaaaaaaaaa...sudah bangka rupanya diri ini....saya masih ingat masa umur abang sulung saya 31 tahun, 20 tahun yang lalu...saya rase mcm die sangatla senior...masa tu umur saya baru 11 tahun...huhuhu...sekarang umur dia dah 51 tahun.......sahsahla bangkanyaaaaa.........

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi tahun ni saya menyambut hari lahir dibulan yg Mulia Ramadhan Al-Mubarak......

Kalau dulu berdua lebih baik.........sekarang bila dah berlima terasa cukup indah...terasa hidup makin lengkap, ceria dengan keletah anak-anak yang sedang membesar....

Walaupun sesekali stress, penat melayan kerenah 2 puteri yang tak kenal erti diam, asik nak bercakap je, berlawan cakap...tu belom berebut mainan, gaduh2, memang bingit telinga ni selagi dorang tak tidur...bila dorang tidur barulah umah sunyi sepi.........

Sebagai kenang-kenangan, saya nak letak pic baby Sarah yang arini berumur 34 hari....Gambar-gambar ni diambil selepas 4 jam saya bersalinkan Sarah yakni sebelum dia dikejarkan ke HSA...  

26/06/2012..jam 11.45 pagi laherla puteri ke 3 saya....


Alhamdulillah bersalin kali ni paling senang dan sekejap je sakit...





Nak jugak letak pic saya masa kat wad.....nak letak pic masa baby kat icu x dapat......So tade la kenang-kenangan....nak wat camana memang prosedur spital xleh amik pic.....


Adorable Sarah Alina


Okeh...ni rentetan story mory pada 26/06/2012....

Pada 26 hb 6 tu seawal jam 5.00 pagi saya dah bangun tido.....masak nasi goreng, mandi, solat subuh, sarapan, pastu anto anak2 kat umah pengasuh dan terus zass ke Perdana Specialist......

Jam 7.20 pagi cek in kat Perdana..........
Nurse suh g toilet buang apa-apa yang patut...
Buat CTG, cek blood pressure dan yang pasti tade acara selukan berlaku....sukak.......
Pastu saya mula di drip dgn hormon cyntosin (betul ke ejaan nih? lantakla), hormon pencetus sakit tu...asek di induce jek saya nih..dah 3 kali bersalin dan 3 kali jugak saya di drip...

Tiada tanda-tanda sakit...saya masih setia ditemani suami aka "birthing coach" saya sambil duk baca suratkabo...borak2....

Jam 10.45 pagi...
Mak bidan pecahkan air ketuban saya...saya pelik kali ni tak terasa pun air ketuban tu keluar apabila dipecahkan berbanding 2 proses bersalin sebelum ni...

Rupa-rupanya air ketuban saya dah hampir kering...Apabila mak bidan tu tanya saya dah pecah kat rumah ke?

Saya jadik konfius, barula saya teringat seminggu sblm ni memang ada kuar sikit-sikit..tapi saya tak tahu itu adalah air ketuban kerana saya duk membayangkan air ketuban turun macam air kencing....huhu...

Maka itulah punca Sarah terkena lung infection sejak dari dalam rahim saya...huhuhu lagik....

Jam 11.15 pagi...
Saya mula terasa sakit nak beranak & meneran...omaigod siap nangis x tahan...sebelum ni bersalin tade plak saya nanges....agak mengada-ngada pulak saya kali ni........tapi siryus sakit wehhh...


Jam 11.45 pagi...
Baby Sarah menjengah dunia setelah beberapa kali saya gigih meneran...kali ni rase macam dah terel sket....2 yang sebelum ni sangat gagal walaupun birthing coach saya setia menemani...kali ni dia suh saya minum livita......kuikuikui......

Baby Sarah nangis masa kuar.....tade tanda-tanda die lemas @ kebiruan......kuat semangat anak mama nih walaupun sakit...

Bersalin kali ni jahitan adalah paling minima......hasrat nak bersalin tanpa jahitan gagal....huhu.....xpe, nextime saya cuba lagik.....hehehehehhe.....tapi kalo berat baby dah 3.1 kg mau nye takde sebarang koyakan kan...logik la sikit...........

Selepas bersalin, nurse suruh saya berehat, matikan henpon....tapi saya tak ikut pun...kejap on off enpon tuh...sehinggalah saya rasa macam nak demam, badan saya jadi seram sejuk dan menggigil ....Walaupun dah berstokin dan berselimut tetap mengeletar....siap getar2 bibir....owh apakah?

Jadi, baby Sarah saya tak dapat handle, nurse je yang jaga die...husband saya dah balik nak uruskan uri masa tuh....

Jam 2.30 petang....
Baru nurse hantar baby dekat saya suruh susukan baby...

Masa mula-mula nurse hantar untuk saya susukan baby Sarah, saya pelik tengok nafas die tercunggap-cunggap, hidung die kembang kempis, dada berombak dan agak mengembang...

Saya sebagai ibu rasa tak sedap hati...bila saya cuba untuk susukan dia....dia no respon....... tak pandai latching...saya lagila pelik...puas saya berusaha tapi gagal....saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan cara die bernafas tercunggap-cungap tu.....

Naluri seorang ibu saya sangat kuat.......saya dapat rasakan dia cubah nak bagitau saya yang die tak selesa...yang pelik suami, nurse dan doktor cakap biasa keadaan baby baru laher bernafas agak laju....

Sehinggalah waktu magrib, suhu badan Sarah meningkat...bila dokter cek, dia demam....die cuba untuk melawan jangkitan kuman dalam paru-parunya...dokter cakap ni bukan masalah jantung..lega sedikit hati saya....

Pastu muka Sarah dah naik biru...maka dokter pun bagi bantuan pernafasan...saya dah tak keruan waktu tu.......macam-macam dalam fikiran saya.....

Cukupla dulu story mory saya hari ni.....dah pening dan berpinar mata nih duk menaip....esok-esok saya sambung citer.....


08 July, 2012

Alhamdulillah......

Salam uols..........

Alhamdulillah saya selamat melahirkan puteri ketiga pada 26/06/12 @11.45 pg secara normal setelah menanggung kesakitan selama 1/2 jam.

Berat Baby : 3.1 kg
Panjang : 54cm
Ukur lilit kepala : 34cm

Hasrat kunun-kununnya takmoh ada koyakan kali ni gagal...tapi saya puas hati sebab jahit paling minima kali ni. Luka cepat sembuh, 4 hari dah ok....sukak..

Tapi ada jugak episod dukalara bersalin kali ni...memang semua yang berlaku ada hikmahnya.

Saya tak pernah terbayang di benak fikiran akan berulang alik ke hospital, wad nicu pulak tu dalam tempoh berpantang.

Dan alhamdulillah jugak Allah saves my baby. Terima kasih buat semua kaum famili, kawan-kawan, jiran-miran dan saudara mara yang mendoakan keselamatan dan kesihatan baby Sarah.

Setelah berada di wad nicu selama 3 hari, dan dipindahkan ke wad biasa selama 6 hari, akhernya baby Sarah discaj. Syukur sangat-sangat........

Untuk pengetahuan kawan-kawan, baby Sarah mengalami "congenital pneumonia" selepas saya bersalinkan dia. Semua yang berlaku terasa begitu pantas. Seolah-olah mimpi buat diri saya...sedar tak sedar, harini merupakan hari ke 13 saya berpantang...

Oklah takat ni dulu entri kali ni, lenkali saya update lagik...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT