Search This Blog

16 November, 2013

Kelebihan Mempunyai Anak Perempuan

Saya mempunyai adik beradik seramai 7 orang. 5 orang perempuan dan 2 orang lelaki. 

Sebagai seorang anak perempuan dan ibu kepada 3 orang anak perempuan, saya tertarik untuk share isu utama dalam majalah ANIS keluaran October 2013 yang ada cover Wardina & Amna nih...
Banyak kupasan dan tips tentang kaedah mendidik anak perempuan dalam majalah tersebut.


Antara Tips Dalam Mendidik anak perempuan (anak lelaki pun sama jugak) ialah :

1. Menerapkan konsep pengabdian kepada Allah swt / mengajar ilmu Tauhid sedari kecil. Asas sangat penting dan perlu diterapkan seawal mungkin.

2. Sentiasa menerapkan kata-kata positif yang memberi motivasi dan inspirasi

3. Mencari rezeki yang halal dan diberkati untuk dibelanjakan kepada keluarga

4. Memberikan contoh dan tingkahlaku yang baik kepada anak-anak

5. Sabar melayani kerenah setiap anak yang semestinya mempunyai karektor yang berbeza

6. Tukar kaedah memukul kepada penghargaan dalam mendidik anak-anak

7. DOA merupakan senjata bagi orang mukmin. Antaranya Surah Al-Furqan ayat 74 dan Surah Al-Baqarah ayat 165 boleh diamalkan oleh kita sebagai ibu bapa

Kalo zaman jahiliyah dulu, anak perempuan yang baru dilahirkan ditanam hidup-hidup. Tetapi pada zaman sekarang, ibu bapa sepatotnya berasa bangga bila dikurniakan anak perempuan. Ini kerana kita
sebagai parents harus sedar bahawa Rasulullah s.a.w menjanjikan tawaran hebat buat ibu bapa yang bersabar dalam mendidik anak perempuan dengan sempurna.
Yelah, cabaran mendidik anak perempuan di zaman sekarang amat hebat, tak sama macam dulu lagi.

Manakala bagi anak-anak gadis pula, ketahuilah bahawa dirimu begitu tinggi nilainya sehingga boleh menjadi laluan mudah kedua-dua ibu bapamu untuk ke syurga serta diharamkan daripada api neraka.

Ini terbukti dengan sabda baginda Rasulullah s.a.w : 

"Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan, lalu die mengasihinya, melindunginya dan mencukupkan nafkahnya maka wajiblah baginya syurga. 

Seorang lelaki dari satu kaum bertanya : "Dan dua orang pun begitu juga ya Rasulullah?", Baginda menjawab: "Dua orang pun begitu juga." (Riwayat Ahmad dan Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.pula,

"Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lihat, hebat bukan tawaran yang dijanjikan sekiranya kita berbuat baik, menjaga dan mendidik anak perempuan dengan sempurna?

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik dan melayani kerenah ketiga-tiga anak perempuanku bagi mennjadikan mereka cemerlang hidup di dunia dan akhirat.........Amin.......

ANDA KLIK ANDA HEBAT