Search This Blog

26 April, 2011

Macam-Macam DaNiA


Sekadar berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu kepada anak perempuan..

Bila anak lum pandai cakap lagi..kita sebagai ibu, rasa tak sabar nak tunggu die pandai bercakap..aku pasti semua ibu-ibu akan merasakan sedemikian..

Bila dah terlebih cakap...kadang-kadang rase nak mengamuk pun ada...percayalah....

Situasi 1 :

Semalam petang, pas balik keja, kurang lebih jam 6 petang aku & jiran-jiranku ke rumah jiran jugak yang baru bersalin anak ke-3.
Sebelum pergi, aku dah pesan kat Dania siap-siap supaya jangan nakal-nakal, main xtentu hala..die janji dengan aku tanak nakal-nakal..

Jiran aku yang baru bersalin ni tinggal bersama-sama ibunya yang sudah agak berusia, >60 tahunla..Makcik ni pun keluarla hidangkan air kat tetamu yang ramai datang nih..

Tiba-tiba Dania boleh tanya aku "Mama, kenapa gigi nenek rosak?"

Adoi...kenapala die tanya soklan tu? Aku sungguh terkedu..takan aku nak jawab nenek tu malas gososk gigi @ nenek tu suka makan gula-gula..pastu bila aku x jawab, boleh die ulang lagik soklan tu.....haruuuu......

Memang la gigi makcik tu tinggal sebatang je..tapi janganla terlalu jujur Dania oii..

Ada yang dah gelak dengar soklan yang selekeh tu...tapi sebagai ibu, aku mengalihkan topik, malas nak dengar die cakap bukan-bukan lagi..aku sempat berbisik kat Dania, takbaik tau cakap macam tu...

Bila citer kat laki aku, die cakap tu tandanya responsif...die respon terhadap apa yang berlaku di sekitarnya.."Biasala budak umur 3 tahun 4 bulan macamtu"..kata dia...

Bila aku ngadu yang Dania ni suka potpet potpet, laki aku cakap "Syukurla anak kita tak bisu"...

Situasi 2 :

Di Klinik 1 Malaysia...

Sedang menunggu giliran, tiba-tiba masuk sorang kanak-kanak India sekitar 7tahun bersama-sama ibunya ke kaunter pendaftaran..tak semena-mena Dania tanya ayah die, "Ayah, kenapa die hitam?" Tolong bagi jawapan yang senonoh sikit wahai si ayah....Kali ni, nasibaikla die tak tanya kuat sangat soklan tu...

Situasi 3 :

Di kedai barangan baby..

Masa tengah duk pilih-pilih barang tu, masukla sorang amoi..bila amoi dah jumpa dengan si amoi kedai tu, mesti la bahasa perantaraan mereka Mandarin, kan?
Takan nak cakap bahasa Jawa pulak???
Bila dengar 2orang amoi tu berkomunikasi, boleh Si Dania ni tanya kuat-kuat, "Mama, dia cakap Bahasa English (bukan Inggeris) ke Bahasa Indon?" aku dah tergelak time ni..
Tu je la 2 bahasa di dunia ni yang die tahu...Siap amoi tu tanya apa yang Dania cakap? Apa-apa jer la Dania ni...


Situasi 4 :

Kalau tengah nengok TV, mulut die potpet potpet sampai aku takleh nak fokus tengok TV, last-last aku jadi malas nak tengok TV..kasi off saja lah....sentiasa nakkan perhatian dengan bertanyakan itu ini, mulut hanya diam bila sakit @ tengah tido...

Kadang-kadang penat nak layan kerenah Dania, sampai anak-anak sedaraku pun tak larat nak melayan mulut dia..pernah si akak pengasuh amik cuti, terpaksa ku hantar ke rumah kakak ku bagi anak sedara yang seramai 6 orang tu jaga..mereka yang ber6 pun tak larat...

Jiran-jiran pun memang dah masak dengan perangai Dania, potpet potpet..tanya soklan yang sangat jujur....jangan ada yang menganggap Dania ni kurang diajar dahla...sumpah aku tak pernah ajar die tanya yang sukar untuk dijawab...huhuhu...

Yang paling aku kagum, Kak Ani aka pengasuh Dania boleh tahan duk jaga hampir 4 tahun ni...tengkiu kak sudi jaga & layan kerenah anak SAYA...Tahun depan baru nak antar si Dania ni g skul...

Kat skul nanti harap-harap janganla die jadi seorang yang kepoh..takut teacher2 tak tahan & kawan-kawan lari nanti..

2 comments:

W.R.W.A said...

karenah anak2... 1001 mcm kan. may b sbb nk jadi kan ibu2 org yg sabar le tuh. hehhe

MamaAirisDania said...

wrwa, betul tu, sabar memang cukup sabar dahni..bila nak tambah gegirl nih?

ANDA KLIK ANDA HEBAT