Search This Blog

09 December, 2013

Susunatur : Super Minimalis Master Bedroom Ala Saya

Entri ringkas sahaja kali ni pasal susun atur master bedroom saya yang takde tema atau apa konsep yang vavavoommm. Saya cuba namakan ia "super minimalis". 

Kenapa???

Kerana dalam bilik tidur saya hanya ada :

1. Katil bersaiz king kontrol
2. Wardrobe bersaiz 9 kaki
3. Towel Rack (tak pyh nak letak pic kot, ala yg kayu ada 4 palang tu)
4. Meja sisi tepi katil c/w bunga lavender tecit coet
5. Sebijik kusyen
6. Sebijik bakul baju busuk
7. Sebijik tong sampah kecit

Takde satu frame gambo pun yang tergantung dalam bilik ni, projek akan datang mungkin...
dan...........kene gantung jam dinding jugak kasi nampak proper sikit...


Takde meja solek pun dlm bilik saya ni...

Nak bersiap bagai pun pakai cermin panjang sekeping yang letaknya paling ujung bahagian wardrobe....

Perkakasan mekap saya pun simpan dalam rak wardrobe tu je seperti pic di bawah...
Lenkali ada masa saya akan share susun atur perkakasan dan baju bajan dalam wardrobe pula...insyaallah... 

Sebenarnya saya serik ada meja solek sebab anak2 saya suka panjat2 dan usik barang yang saya simpan dan letak atas tu..........maka berkecah la jadiknya..... 


Namun begitu, jauh disudut hati, saya ada menyimpan hasrat untuk ada meja solek sendiri apabila anak2 dah besar sikit nanti...


Pic 1 adalah ruang mati yang terletak disebelah bilik air master bedroom saya....

Pic 2 pula ialah ruang sebelah toilet yang dijadikan meja bersiap dan wardrobe....saya amik pic tu masa pegi showhaus kat pulai hijauan tempoh hari...

Mungkin saya boleh menggunakan idea ini untuk projek akan datang....:)

3 comments:

Fizah said...

sangat kemas!!

Supermomof4kids said...

Maceh,semangat bila tgk geng2 blogger yg gigih n rajin ngemas

LYAfrina said...

nanti nk msuk rmh baru leh refer sini..cantik,kemas n simple

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT