Search This Blog

05 August, 2011

BB Cream : Best Sangatkah??

Secara jujurnya, aku mengakui diri ini senang terpengaruh. Jangan salah faham. Senang terpengaruh dengan produk-produk skincare dan kecantikan okey.

Beberapa bulan yang lalu, bila ku belek majalah EH, ada iklan BB Cream. Belek majalah RAPI & JELITA pun sama. Eh eh, apakah itew BB Cream? Malas nak citer panjang lebar. Sila KLIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut...

Eleh, baru tau ke? oranglain dah lama pakai BB Cream ni aku baru terhegeh-hegeh nak cari yang paling sesuai untuk my kulits. Sebelum berlakunya pembelian secara rambang, baik aku google review orang yang dah pakai dulu. Betul x? Terima kasih encik google yang menjadi sumber carianku.

Terdapat bermacam-macam jenama BB Cream dipasaran sekarang. Bagai cendawan tumbuh setelah masing-masing duk berangan nakkan kulit secantik Song Hye Kyo pelakon drama Autumn In My Heart itu..

Antaranya ialah Missha, Skin79, Clinique, Etude House, Elianto, Maybelline, Bio Essence dan banyak lagi la. Setelah membaca review kat SINI, aku terus teruja dan terasa ingin mencuba. Lantas, ada la beberapa kali dalam beberapa minggu yang lepas aku mencuba tester BB Cream nih. Antara yang aku test ialah, SKIN79, Etude House, Maybelline & Bio Essence. Tapi aku tak beli pun. Masih lagi tercari-cari. Rase tak cukup research ni...Eccehhhh!!!

Kalau ikutkan bestseller, SKIN79 adalah pilihanku. Lagi pun die ada tube yang kecil ala-ala trial la kan...xpasti brp ml, dalam 20mL kot, RM 29.90.  Ye lah, nak beli yang besar terus, takot tak sesuai dengan my kulits nanti. Dah membazir pulaks....

Setelah mencari-cari, akhirnya aku terbeli BB Cream secara tak sengaja kat watson. Baru je seminggu menggunakannya. Nak tau jenama apakah yang aku beli? Esok aku akan wat entri pasal takde gambarla hari ni. Malam ni baru tangkap itu gambar BB Cream ok................

2 comments:

Unknown said...

skin 79.

Supermomof4kids said...

Salhah, SKIN 79 bakal dipurchase, dah terbeli BIO-ESSENCE, AQUA BB Cream

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT