Search This Blog

02 August, 2011

Mee Goreng Berbulu Lada Hitam

Taraaaaaaaaaaaaaa...


Semalam kami anak beranak berbuka pose hanya dengan makan kurma, mee goreng, ayam goreng & soya. Mi goreng ni nampak macam tak menyelerakan. Tapi rasanya cukup lazat. Tak percayaaaa????
Tak mengapaaaaa...

Semalam balik keja aku rase cam xlarat nak masak nasik terus tu yang goreng mee jek.
Tumbuk lada hitam sikit kasi pedas....memang cukup rase pedas die tuh...Malam pulak untuk sahur aku masak gulai ketam dengan ikan goreng. Pastu makan berulam tomato hiris nipis-nipis. Gambar tak snap pasal pagi-pagi malas la...

Mee goreng berbulu lada hitam atau mee goreng lada hitam berbulu?????
Argggghhh, tak keshah la mana-mana pun..janji spesis mee goreng jugak.
Nak tau sebab apa aku namakan mee goreng ni berbulu???

Sebenarnya masa baru kawin dulu, my laki request nak makan mee goreng berbulu. Aku pun musykil jugak pada mulanya. Rupa-rupanya, mee goreng tu kena letak telur banyak kasi berbulu. Tapi semalam aku letak sebijik je, takut kolestrol maaaa...Tapi tetap nampak agak berbulu. Berbulu dengan telur....hehehehehe....

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT