Search This Blog

24 August, 2011

Saya Nak Lipstik Kaler "Korea"

Hai Semua.....

Entri ni bolehla dikatekan gediks, saja nak share dengan kawan-kawan diluar sana. Untuk pengetahuan semua diriku bukan la seorang yang pandai dan suka bermekap. Kali pertama beli lipstik masa nak kawin dulu. Dahlama pun, tahun 2006. Pun cap The Body Shop. Kaler ape, dah lupa lak. Yang pasti bukan kale Korea. Beli lipstik sebab nak mekap sendiri untuk majlis bertandang sebelah laki. So, takde mak-mak andam okey. Makanya, aku sendiri mengandamkan diriku.

Nak tengok hasilnya?


TAKDE la comey mana pun. Kang aku dah cakap aku bukan pandai mekap pun. Maaf gambar tak berkualiti, pakai kemre zaman batu.

Sampai sekarang lipstik tu masih ada. Xluak pun sebab aku memang tak oles pun pastu. Dah expired, tapi aku sayang nak buang. Nostalgia la katekang.

TAPI bukan ini citer yang aku nak post kan arini. Alkisahnya, sejak 2 menjak gedik tengok drama korea nih, aku pun teringinla nak memiliki bibir seperti pelakon korea yang cun-cun tuh. Suka tengok kaler lipstik yang diorang pakai. Nampak sungguh natural ala2 orange gitu.

Sebagai seorang yang mudah terpengaruh, aku pun sesajek la jengah The Body Shop masa birthday ku tempoh hari. Request dengan my laki nak beli lipstik untuk kali ke2. Dan yang penting aku nak kaler ala2 pelakon korea. Aku pun cakapla kat adik promoter tuh. Die pun suggestla kat aku satu lipstik ni...Aku pun terai, dan lantas tersuka terus. Wow, nampak natural gitew.

Haaaa.........ni die serial no kod nya..


Made In Thailand okey..........ada ku keshah???

Warna dalam gambar ni plak tak sama dengan warna sebenar lipstik nih. Puas aku adjust, tapi masih gagal.


MoistureGlide Lip Colour 63, RM 33.75 after 25% Less

Apa-apa pun, aku amat menyukai lipstik ini. Dah terpenyek sikit gara-gara anak dara 2 orang tuh...

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT