Search This Blog

04 August, 2011

Mari Membandung

Semalam, balik keja, aku singgah TJ Mart jap beli barang basah untuk stok sampai ujung minggu nih. Masa menuju balik ke kereta, aku rase cam nak pitam jek. Aku cuba gagahkan diri. Sampai jek umah, jam dah menunjukkan pukul 6.10 minit petang. Aduhh, gawat nih....harap-harap sempatla aku membandung arini.

Dengan gigihnya, aku mengeluarkan semua bahan-bahan untuk membuat bukan Mee Bandung MUAR yang femes tuh, tapi Mee Bandung Kulaijaya (nama aku bagi sendiri). Mee bandung versi aku nih diperkaya dengan belacan, udang kering dan kacang tanah. Satu pakej lengkap yang bisa membuatkan jururawat  jerawat menjinak di muka kalian semua okey...

Kemudian aku rencahkan dengan fish cake, udang, daging & telur. Perhatian : Telur sebijik jek aku letak.

Sayur pulak aku cuma letakkan sawi dan tomato.

Tadaaaaaaa...dah siap pun...


Alhamdulillah sebelum kul 7mlm dah siap masak. Semangkuk untuk saya dan semangkuk lagi untuk sang suami.

Bab-bab garnishing aku memang fail sikit...Letak lada merah dan daun sup jek kasi menarik sikit.

Dan yang ini pulak laksa penang jiran sebelah kanan bagi...


Alhamdulillah, ni la rezeki hari ke-3 kami anak beranak berbuka puasa.

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT