Search This Blog

23 August, 2011

Pernah Tak Korang Ting Tong

Assalamualaikum wbt.....hai hai anda semua...

Harini aku sangat mengantuk. Sebelum aku terlelap, baik aku post kisah ting tongku ni. Kurang-kurang dapat hilangkan rase mengantuk disaat suhu bilik mencecah 20 degree C ni.

Situasi Ting Tong 1 :

Pergi Jusco 4 beranak. 4 beranak = aku, my laki, both princess. Beli barang pun xbanyak pun dalam RM100 jek. Boleh dikatakan semuanya makanan rapu. Dala keta otway balik, dah terbayang-bayang rasa aiskrim LA CREMERIA yang lazat itu. Sampai jek umah, angkut barang tiba-tiba baru perasan aiskrim dan beberapa barang yang lain takde. Takan hilang kot? Tercicir? Lupa nak amik masa bayar? Terlupa nak angkat masa nak angkut anak-anak masuk dalam keta? Walau apa-apa pun alasan, nasi dah menjadi bubur. Moralnya, fokus angkut barang walaupun dalam masa yang sama nak handle anak-anak yang buat kecoh. Belum anak 3 lagi tuh.

Situasi Ting Tong 2 :

Pergi Senai Airpot. Masa nak bayar parking ticket tu, aku masukkan la card parking tuh. Aduh baru perasan duit dalam dompet hanyala RM50 sekeping. Kad dah masuk dalam mesin tuh, macamane nih? Lantas aku pun berlari-lari ke KFC berdekatan, mintak tukar duit kecik dengan adik kaunter tanpa memikirkan perasaan malu lagi. Bila sampai kat depan mesin tuh semula, aku nampak sekumpulan pak ARAB duk kecoh-kecoh. Daripada pengamatan aku, dorang musykil la napa parking ticket dorang takleh masuk Memangla takleh masuk, dah ticket aku ada dalam tuh. Sekali lagi ting tong. Aku berlalu setelah mengucapkan sori. Hehehe....Malu wehhh..

Situasi Ting Tong 3 : 

Aku nak pakai contact lens. Mula-mula, buka penutup bekas rendaman die dulu, tiba-tiba boleh aku campak ke dalam bilik air kontek lens tuh.. Dah kenapa??? Sepatotnya aku amik kanan dulu, pastu cuci dgn solution, baru pakai. Aku pun tak tau napa aku jadi camtu. Jenuh panggil my laki suh cari semula dalam bilik air. Dekat 10 minit jugak baru jumpa semula. Nasibaik jumpa weh. Kalo tak, nak beli lagi sepasang 3 rat. Mau pikir 100 kali. Susah betulla asyik hilang fokus jek. Macamane nak sambung PHD kalo camni peel nya...

Situasi Ting Tong 4 :

Kejadian deekat IOI Mall. Parking RM1 sekali masuk. Bila nak kuar baru perasan, tadak duit kecik. Kereta belakang dah hon-hon aku. Berderet plak tuh. Eiiii, macamane nih? Aduss, nasibaik ada sorang akak pengkid belakang aku dengan machonya datang kat aku n bertanya. Aku memang dah malu giler. Pastu die bagi duit syiling singgit kat aku. Time kasih kak...Ehhh..akak ke abang nih? Dahla naik kete penuh sticker vroom vroom....

Okeylah, banyak lagi kisah tingtong ku. Cukup 4 dulu aku tulis d sini. Akher sekali ku nak tempek wajah-wajah tingtong aku laki bini....


Hehehe....Cun tak? Muka suci murni kan???

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT