Search This Blog

06 August, 2011

BB Cream : Sambungan Citer Semalam

Sepertimana yang dijanjikan semalam, aku nak letak gambar BB Cream yang aku dah terbeli minggu lepas.

Huhuhu...bukan SKIN79, ntah macamana aku leh terpengaruh dengan promoter kat Watson tu aku dah terbeli yang ini...


BIO-Essence Aqua BB Cream, bukan yang 10 in 1 @ 8 in 1. Harganya sama sahaja. After 20% off  = RM 55.92.


Boleh promoter tu cakap kat aku, SKIN79 memang bestseller tapi ramai yang komplen muka jadi minyak. So sangat tak sesuai untuk kulit yang berminyak dan senang naik jerawat cam aku nih.

Kang dah cakap aku ni memang mudah terpengaruh....huhuhu...

Setakat seminggu pemakaian BB Cream nih, aku rase muka aku tak shiny walaupun selepas 8 jam. Tak tau la kot-kot keja berkurung dalam bilik ber aircond kan. Cuba keluar tengok...Hehehehe...

Aku sangat suka teksturnya yang ringan dah halus. Seolah-olah takde benda yang ditepek kat muka nih...

Bukan takat Aqua BB Cream saja, aku ternampak ini juga...



Lalu aku membelinya memandangkan harganya cuma RM 15.92 after 20% less. Murah beb sebab adik aku baru jugak beli Maybelline BB Cream nih dengan harga RM 19.90. So, apa salahnya menerai kan...murah je pun. Tapi jangan tertipu dengan gambar ini. Nampak cam besar jek botol die.

Kalo diletakkan sebelah Aqua BB Cream tadi, inilah hasil kandungan dan ketinggiannya...


Jika hendak dibandingkan dengan Aqua BB Cream tadi, Maybelline punya tekstur lebih pekat dan kalo dipakai kat muka tak se ringan yang Bio-Essence Aqua punya. Tu yang aku rase la, korang pulak aku tak tau...

Apa-apa pun, aku tetap berazam untuk menerai yang SKIN79. Maybe next month akan cuba ku dapatkan...hikhikhik...

4 comments:

Unknown said...

maybelline lebih macam foundation dr bb cream.sama cam silky girl.tp my cousin ckp bedak bb compact maybelline punya quite nice.
fyi skin79 hotpink untuk kulit combi-oily.tp kawalan minyak dia mmg tak berapa bagus sgt.ni experience sendiri.so far sye pkai campurkan etude dgn hotpink,(etude punya kawalan minyak lg bagus rasanya, tapi yg saya beli x ada spf.sbb tu campur.)awak boleh cuba lioele gak.kaunter dia ada dekat parkson sg wang kalau x silap.

Supermomof4kids said...

thanks salhah for the infos. kalo camtuh, mcm nak terai yg etude la..berapa kali dah kuar masuk etude house, xbeli2 gak...beli eye liner die jek sbb best siap ada sharpener..i like...

Unknown said...

sama2..nak lawa kena kongsi2..XD

Supermomof4kids said...

hehe...sharing is caring

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT