Search This Blog

26 May, 2011

Membatiks

Dah lama takde entri ektiviti masak memasak..

Sejak akhir-akhir ni aku suka sangat makan benda yang manis. Contohnya waffle, coklat cadburry, eskrem dll. Pastu tiba-tiba teringat kat kek batik. Setahu aku, senang je nak buat benda nih. Anak sedara aku yang tingkatan 3 pun pernah buat, takan aku takleh cuba. Ye tak?

So, petang semalam, pas balik keja sebelum amik anak-anak kat umah pengasuh, aku singgah Maxwell jap semata-mata nak beli biskut marie. Bahan-bahan lain insyaallah ada stok lagi kat dapur tuh..

Ni antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membatiks ni..


Seperti biasa, memang aku tak suka ikut resepi sebenar apabila nak masak sesuatu benda. Pasti sukatan tu tak betul sangat. Ku campak sesuka hati je bahan-bahan tu

1. 2 bijik telur
2. 300 gram biskut Marie yang telah dipatah-patahkan (aku beli Munchy's, 3 keping aku dah ngap siap2, so dah terkurang berapa gram tuh)
3. 1 cawan air
4. 3/4 cawan serbuk koko (cap Meriah beli kat Econsave last year, kunun-kunun nak buat biskut raya, last-last tak buat pun, hehehe..)
5. 3/4 cawan milo
6. 1/2 buku butter (pun cap Econsave, last year beli, nasibaik expired bulan 8 nih)
7. 1/2 cawan gula
8. 2 sudu creamer pekat manis Marigold

Mula-mula masukkan air , serbuk koko, milo, creamer pekat manis dan gula dalam periuk.

Masa tengah duk kacau-kacau tu, boleh si Dania tanya aku "mama, ni muntah ke bukan muntah? Kakak Anya tengok macam muntah je"..Ade ke patot tanya aku soklan camtu...uweekkssssss..

Okey, kacau dengan api yang sederhana kuat. Pastu masukkan butter. Kacau sampai butter cair dan semua campuran sebati. Kemudian, masukkan telur. Kacau sampai sebati. Padamkan api. Masukkan biskut marie. Kacau biar semua biskut melekat dengan campuran coklat tadi..

Gini lah rupa campuran biskut marie yang melekat apabila dikacau-kacau..


Pastu tuangkan adunan tadi ke dalam loyang...Tekan-tekan adunan kasi padat dan mantap sikit..Aku guna aluminium foil utk tekan-tekan adunan. Pastu tutop dengan aluminium foil jugak. Baru masukkan kedalam peti sejuk..


Nila satu-satunya loyang 4 segi yang aku ada. Saiz lebih kurang 8"x8". Yang ni pun beli kat Econsave jugak..suka bebeno aku dengan Econsave ni..

Last sekali, taraaaaaaaaaaaa....sedia untuk dingappp..

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT