Search This Blog

11 May, 2011

Pagi Yang Malang

Bangun pagi, macam biasa la siap-siap nak g kerja.

Time nak pakai konteklens, tiba-tiba baru aku perasan kanta yang belah kanan dah terpecah. Adusss, patutla 2-3 hari ni aku asik pedih mata belah kanan. Rupa-rupanya dah nak pecah lens tu..sedihnya sebab lagi 6 bulan sepatutnya baru kene tukar..Ni dah pecah sebelum waktunya...

Terus ku carik spek mata, ku pakai, memang kurang selesa pakai spek, sedikit pening, rasa takleh nak balance tinggi rendah semacam je rase.

Pas angkut anak-anak masuk dalam keta, aku memecut hantar dorang ke umah pengasuh dan seterusnya menuju ke tempat kerja. Sampai kat tempat nak parking macamanelah aku boleh salah anggaran, terlanggar dinding tepi parking. Kedegang jugak bunyinya.

Abis lampu signal depan belah kiri terburai...Nasib tak pecah, ku sumbat semula la, memang selekeh jugak nampak pasal dah tercalar balar kat tepi tuh..

Nampak gayanya, memang aku takleh pakai keta mewah kalo camni. Asik nak kene repair je nanti..........

Yang pasti petang ni nak kena g nice vision dulu beli lens baru...Keta tu selagi leh start, aku vroommmmmmmm kan je la...

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT