Search This Blog

09 June, 2012

Kolok Sotong

Hari kamis kelmarin saya tertengok (ter sebab bukan sengaja) rancangan TEGANU KITA yang disiarkan di TV3. Ni baru kali pertama saya menonton rancangan tu...padahal dah beberapa episod berlalu...

Saya rase nak menangis tengok rancangan tu. Sebab apa? Vangan ke apa?

Sebenarnya saya emosional sebab saya dah lama teringin nak makan lauk sotong + buah gajus (saya panggil jambu golok) masak lemak. Saya tak tau nama sebenar masakan tu sehinggalah saya menonton rancangan tu. Rupa-rupanya nama sebenar masakan tu ialah "Kolok Sotong".

Lalu saya pun mengugel dan terjumpa resepi ni kat belog chef hanielieza. Klik SINI untuk lihat mcmana rupa masakan ni & cara membuatnya. Seingat saya last saya makan lauk tu masa tingkatan berapa yek..lebih 15thn yang lalu...dah lama sangat laaaaaaaaaaa.......

Memang susah nak jumpa jambu golok sebab ia merupakan kategori buah eksotik. Kebetulan kalo musim mencandat sotong kat teganu buah eksotik ni senang diperolehi. Agaknya sebab tu la lahernya masakan kegemaran saya nih. Kombinasi sotong + jambu golok yang sememangnya mantaps. Makan dengan nasik putih, ikan goreng, sambal belacan.............uwaaaaaaaaaaa.....cukuplaaaa, saya rasa nak nangis lagik.......



1 comment:

Anonymous said...

emm..nmpak sedap la..bole cuba ni..-suraya-

ANDA KLIK ANDA HEBAT