Search This Blog

06 June, 2012

Persediaan Bersalin Anak ke-3

Macam skema je tajuk tu.....tapi takpe la...takde idea nak buat tajuk entri.. Dah seminggu takde sebarang post.

Sesungguhnya saya sangat bizi seminggu lepas buat persediaan untuk audit ISO yang kebetulan jatuh pada hari anniversary saya yang ke-6..

Bila dah abes audit 2 hari lepas, barula saya lega dan boleh fikir benda lain. Sampaikan nak sambut anniversary pun x feel sangat. Pasal anniversary, saya buat entri lain...

Sedar tak sedar lebih kurang tambah tolak lagi 3 minggu sebelum tarikh saya dijangka bersalin. Persediaan kali ni biasa-biasa je.

Baju baby yang baru adala dalam 4 pasang saya beli. Lain-lain baju pakai mana yang ada je. Barut bedung blanket semua pun pakai yang lama je. Semuanya dah siap dibasuh dan dimasukkan dalam kotak berzip seperti gambar dibawah ni..


Tinggal nak masukkan dalam beg je bawak g bersalin nanti...

Ni plak sebahagian kecil lagi barang-barang keperluan bayi baru saya nanti....lalalalala...


Minyak bayi Amway seperti yang kat gambo atas tu memang terbaik. Bukan setakat bayi leh pakai, mama pun boleh. Kalo pening kepala, sakit belakang ke, sapu je. Pastu pasti rasa lega yang amat....BESTTTTT

Saya berazam nak bf bayi baru nanti sampai umur 2 tahun sebagaimana saya dah berjaya buat kat si Airis. Bukan takat 2 tahun, sampai sekarang masih menenen. Aiyyaaaaaa...malam-malam mesti carik mama lagi...

Breastpump pun pakai yang lama jela. Kalo ikutkan hati macam nak terai Medela pulak. Tapi cukupla Spectra 3 saya yang masih elok dan banyak memberi jasa kat saya tu.

Storage bottle pun dah banyak, takyah beli lagi. Saya cuma tambah 2 kotak BM storage bag je.

Okey, kita citer pasal barang keperluan mama pulak....Konsepnya...caca merba....beli apa yang saya rase saya akan pakai.

 

Sebenarnya, saya harap sangat dapat bersalin secara normal jugak kali ni. Hari-hari saya berdoa supaya dipermudahkan semuanya. Saya nak sangat rasa bersalin tanpa sebarang jahitan. Mesti bestkan, cepat sihat.

Kali ni saya takde beli set bersalin pun. Kalo yang pertama dulu saya menggunakan set bersalin Amway. Banyak benda yang tak habis guna, sampai saya boleh sambung pakai masa berpantangkan Airis.

Apa yang pasti bengkung Amway dan minyak bayi die sangat bagus. Kali ni saya tambah satu lagi bengkung dari Sendayu Tinggi. Labuh lebih kurang sama macam Amway, sampai peha, so kurangla risiko bontot kembang semangkuk kunun-kununnya selepas bersalin nanti.

Minyak herbanika dari NR semestinya saya beli selepas merasai keberkesananya masa berpantangkan si Airis dulu.

Kali ni saya tambah Krim Barut NR pulak. Uncang cuci & pil phytonatal NR plak saya dapat ihsan daripada adik perempuan saya yang baru habis berpantang.

Herba mandian drp TYT & Minuman Wanita Dalam Pantang drp Atika Beauty pun saya baru nak cuba-cuba guna. Tak ketinggalan pati ikan haruan Polleney semestinya menjadi pilihan saya. Kalo dapat makan ikan haruan yang fresh, lagi best...

Memandangkan saya akan berpantang sendiri nanti (sebab mak saya tak dapat datang & jaga), minum pati ikan haruan je la...

Tu je la kot citer saya hari ni, dah tade idea nak mencoret lagi....tata..........

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT