Search This Blog

16 May, 2012

Panas Itu Hot

Sejak 2 menjak ni cuaca sangat panas..................
Tambah-tambah keadaan saya sekarang dgn perut yang makin membesar. Saya yakin, ibu-ibu di luar sana sangat memahami panas yang ibu2 mengandung biasa alami. Saya sungguh tak keruan kalo berada di rumah, seperti cacing kepanasan. Saya akan rasa lebih nyaman bila berada di opis. Kat umah saya takde ekon. Sekurang-kurangnya saya rasa patut ada 1 unit dalam master bedroom. Barula rasa selesa.

Husband saya & Dania alah dgn ekon, kalo dalam kete nak travel jauh-jauh pun pasang selow je. Dorang biasa akan selsema, acum2, demam la, ishhhhh macam-macamla yang membuatkan hasrat untuk pasang ekon kat umah terpaksa dibatalkan.

Tapi kali ni saya rase saya perlu pentingkan diri saya jugak. Nak sembahyang pun tak selesa sebab kepanasan. Peluh menjejes menambahkan lagi ketidakselesaan. Padahal kipas dah pasang full house dahhhh....Saya masih ingat lagi ketika peknenkan Dania 5 tahun lepas. Dek kepanasan melampau, saya takdapat tido dengan lena, saya bangun 2-3 kali tengah-tengah malam semata-mata untuk mandi. Tapi bahangnya tetap terasa.

Saya survey2 penyaman udara apa yang sesuai untuk bilik saya tu. Lalu saya tertarik dengan yang ini...........
LGV10CRH

Disaat diri kepanasan, teringat kenangan kat Cameron Highland bulan lepas.........owhhhhhhhhh..sungguh heaven, takyah pakai ekon pun mmg sangat sejuk. Suhu mencecah 16 darjah celcius di puncak CH. Memmang sengaja stay kat Natasya Resort sebab tula tempat paling tinggi kat CH. Bersebelahan dengan Equitorial Hotel. Alang-alang nak sejuk, carik tempat paling puncak, barula berbaloi-baloi........Esok saya nak buat review pasal Natasya Resort la......

Akher kata, selamat hari guru buat semua warga pendidik...
Buat suami tercinta, semoga menjadi seorang guru yang cemerlang, mendidik dengan penuh keikhlasan...

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT