Search This Blog

02 August, 2010

ESP....Berakhirlah Sudah....


Minggu lepas, berakhirlah sudah drama ILUSI slot AKASIA di TV3. "Permainan Nyawa Dalam Bayangan Mata", itula tema penceritaan drama tersebut. Kalo sblm ni aku x terdorong pun utk mengikuti drama Manjalara, Bella, SPA Q mahupun ADAMAYA, adalah jgk tertengok kdg2, tp x jadik followers la.

Tapi aku pun xpaham nape aku leh terfollow drama ILUSI yg ditayangkan bermula 21/06/2010 dan berakhir pd 29/07/2010. Sebulan lbh jgk aku duk mengadap, cam tadak keja lain nak dibuetnya. Pada aku jln citer nya menarik, tambah2 pulak pelakon feveret Asyraf Muslim berlakon. Aku pun layanz jerla. Sblm ni aku mmg minat drama RENJIS @ ASTRO RIA. Watak Asyraf Muslim yg agak terja & sengal dlm citer tu bisa mengelikan ginjal aku. Kelako...

Daripada drama ini jgkla aku baru tau apa itu ESP (Extrasensory Perception). Pada aku, ESP is gifted.

Okesla, ni serba sedikit sinopsis citer ILUSI ni..
Illusi, sebuah hasil karya Faznita Md Nor menceritakan seorang gadis, Lyza (lakonan Diana Rafar) yang mampu membuat ramalan mengenai masa depan . Namun apakah ia sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza, saat beliau mendapat gambaran bahawa Shahril, bakal suaminya terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya?

Setelah kejadian itu, Lyza terus bermurung dan kerap mendapat gambaran dengan memegang baju Shahril. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan ancaman setelah mendapat gambaran yang membongkarkan rahsia sebenar kematian Sharil.

Apakah sebenarnya punca kematian Sharil?
Segala-galanya sudah terjawab pada episod akher Khamis minggu lepas. Kadang2 aku leh tersengih sorg2 bile time adegan2 romantik Asyraf Muslim & Diana Rafar..kikiki..Tapi last2, mamat tu PSIKO rupanya...Nyampah pulak aku...Tipah Tertipu..

2 comments:

nadine said...

Asyraf Muslim dlm citer ni pegang watak Shahril ke Rizal? aku x tau pun ada citer Ilusi ni selama ni...huhu...(mcm dok bwh tempurung jek) atau time aku bukak TV, x prasan iklan2 cite ni ke, atau Info kat Astro tu...
since aku tak nengok, aku jangkakan Asyraf tu watak Shahril..pastu sbnrnye RIzal yang rancang bunuh Shahril sebab jelesssss yang Lyza tu ada hati dalam taman terhadap Shahril...betul takkkk???? :)

Supermomof4kids said...

Hehe..jln citer dah hampir betui...cuma watak yg salah..Asyraf Muslim la si Rizal, jahat tu rerupanya..aku smpat layan citer ni sbb blk keja awl kot, kalo xsmpat, aku tgk kat mytv3

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT