Search This Blog

11 July, 2011

Kisah Kain Batik Dan Senduk

Salam di pagi Isnin........harap semuanya ceria. Minggu baru sudah bermula. Sama-samala kita jadikan hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.........

Hari ni aku nak share cerita pasal

KAIN BATIK



dan SENDUK


Senduk dan sudip sama ke? hehehe...aku pun tak berapa pasti....main sebut je........


Aku pun tak pernah tahu menahu pasal teori ni. Ntah betul ke tidak. Tapi disebabkan dua orang rakan aku dah ajak aku bertukar kain batik suka sama suka aku pun nak share la kat sini. Mungkin ramai yang dah pernah mendengar teori litar ini.

Okey, salah sorang kawan aku ni nama die Puan Sue. Puan Sue ni mempunyai dua orang anak lelaki. Die cakap kat aku, kalo nak anak perempuan kene tukar kain batik. Peliks kan? Bagi yang pertama kali dengar cam aku nih, memang teramatla pelik...

Syaratnya ialah kene carik orang yang hanya mempunyai anak perempuan. Tak kisahla 2, 3, 4 atau lebih. Yang penting hanya ada anak perempuan sahaja. Pastu tukar kain batik suka sama suka.  Bila nanti dah dapat anak perempuan, baru leh pulangkan semula kain batik tu. Ada betulkah?

Baru-baru ni pulak, x-roomate ku masa sekolah menengah iaitu Puan Lynn yang baru selamat melahirkan anak lelaki ke3 pun menyuarakan hasrat yang sama. Rasa macam lucu la pulak....

Lagi satu, kunun-kununnya, bila bertandang ke rumah ibu yang hanya mempunyai anak perempuan tadi tu, ibu yang menginginkan anak perempuan bolehla mencurik mengambil senduk tanpa pengetahuan si tuan rumah. Kalo dah tanpa pengetahuan, dah boleh dikategorikan sebagai mencuri, betul tak? Macam-macam hal la...

Bila dah dikurniakan anak perempuan, barulah senduk tu dipulang semula kepada tuan empunya diri..

Walau macamana pun, kisah ni hanyalah sekadar perkongsian semata-mata. Bukanlah bermakna kita kena percaya 100%. Hanya Allah yang maha menentu dan mencipta sebaik-baik kejadian.

Sekian.........

P/S : Ada sesapa lagi berminat nak tukar kain batik? Sila-sila lah pilih kain yang beberapa helai kat atas tu....hehehehehe...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT