Search This Blog

09 July, 2011

Bukan Salah Ibu Mengandung

"Bukan salah ibu yang ngandung ni...haiyaa"....bak kata Johan dalam rajalawak..

Aku saja nak berkongsi cerita pasal ni berikutan ramai lelaki yang kurang faham pasal penentuan jantina anak yang bakal lahir. Bukan setakat lelaki, aku rasa ramai jugak kaum-kaum ibu yang tak tahu menahu pasal ni.

Setakat ni alhamdulillah aku mempunyai 2 orang puteri penghibur hati. Tapi tak dapat dinafikan bagi para suami, khususnya "my laki" dalam kes ini mesti mahukan anak lelaki. Ye tak? Opkos la diorang nak ada geng kan..

Cam aku plak, memang tersangat suka la dah dapat gegirl 2 orang....ada geng........ hehe...i like...Kadang-kadang terfikir jugak camne kalo ada rezeki yang 3rd nanti pun gegirl jugak...terima la dengan redha..yang penting sihat....betul tak?

Okey berbalik pada tajuk..
Kisah ni berlaku pada x-kakak ipar aku Dina (bukan nama sebenar). Kak Dina ini ada 2 orang adik beradik sahaja. Kedua-duanya adalah perempuan. Jodoh mak & ayah kak Dina ni dikatakan x panjang. Dipendekkan citer, antara punca penceraian parents die adalah disebabkan Si Ayah mahukan anak lelaki. Adoiiiiiiii.........kesian si ibu kan? tak pasal-pasal menjadi punca lelaki carik lain walaupun itu cuma alasan sahaja, kan?

Secara semulajadinya, manusia yang normal mempunyai 46 kromosom yang terdiri daripada 44 autosom dan 2 kromosom seks (X dan Y).
Kromosom seks inilah yang akan menentukan jantina setiap anak yang lahir. Kromosom seks ini 1 datangnya daripada perempuan (ovum) dan 1 lagi dari lelaki yakni stomata sperma.

Secara fitrahnya, perempuan hanya boleh membawa kromosom X sahaja. Manakala pihak lelaki pula boleh membawa kromosom X atau Y semasa berlakunya hubungan intim. Senang citer, perempuan ni sebagai medium je. Lelaki lah pembawa sebenarnya. Hanya 1 sperma sahaja yang akan berjaya menembusi ovum.

Jika sperma yang gagah perkasa bertuah itu membawa kromosom X, maka X + X = XX. Maka terciptala anak perempuan. Sekiranya sperma yang hebat itu membawa kromosom Y, makanya X + Y = XY. Terciptalah anak lelaki. Senang je teorinya kan...

Kesimpulannya, jantina anak ditentukan oleh lelaki dan bukannya perempuan.


Nasibaikla "my laki" cikgu BIO. So die memang dah faham sangat bab-bab ni. Takde gaduh-gaduh pasal isu jantina anak...hehehe...pasni kita kene banyak doa la untuk Syed junior....insyaallah..

Akher kalam, aku nak tepek gambar bersama sang suami masa 1st pregnancy dulu..


Hehehe...takde rupa cikgu BIO kan "my laki". Bukan nak kata apa, siryes cakapla, kalola masa SPM dulu aku belajar tusyen dengan die, sure dapat A1...huhuhu.....(terlebih perasan..dah xterel tu diam-diam la).

P/S : Pasni aku nak tulis entri pasal BUKAN SALAH NIK AZIZ, CUMA SALAH PENGIKUTNYA YANG TERLEBIH FANATIK. Boleh tak?





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT