Search This Blog

04 July, 2011

Ektiviti Hujung Minggu

Rasanya jarang aku update aktiviti hujung minggu aku...

Hari minggu aku sama gak cam orang lain. Masa untuk bersama family berehat santai, mengemas, mendobi, memasak, kuar jalan-jalan, soping moping, dan kadang-kadang melayan tetamu...

Pagi semalam aku dilanda kemalasan. Jadi aku buat jemput-jemput bilis & goreng kentang je..
Senang, cepat, & mudah untuk menyiapkan sarapan kami...yang penting sedap n ranggup sekali jemput-jemput ni..minum plak dengan Nes O panassssss........


Aku dah berazam taknak masak tengahari sebab nak makan kat Restoran Pak Ali, Tmn U. Femes sungguh restoran ni d kalangan studeng-studeng UTM sejak zaman berzaman lagi. Kalo dulu zaman aku study, Pak Ali ni beroperasi kat kedai makan ala-ala warung saja. Kini Pak Ali dah upgrade. Siap 2 shoplot 2 tingkat..Feveret aku kat Pak Ali ni semestinya ayam goreng die yang ranggup lagi menyelerakan..tak lupa asam pedasnya yang agak cair itew...

Sebelum g Pak Ali, aku kuar jap g IOI Mall.....Motif nak g IOI Mall? Nak cari selipar utk Dania & Airis d samping nak beli eye liner utk aku....baru nak berjinak2 sebenarnya.....sebelum ni memang xreti conteng-monteng mata nih....kuikuikui...

My laki x ikut kali ni tapi aku ditemani adik lelaki bujangnya aka inspektor sahab itew.....silap2 orang ingat my laki pulak........hehehehe...xkesahla, aku dah anggap cam adik sendiri......yela tiap 2 minggu skali msti die datang check in umah aku....semata-mata nak main dengan both princesssss Dania & Airis...

Alasan my laki x ikut? Nak qada' tido katanya.....adoooiii.....xpela, kalo die ada pun, bukan die suka tunggu lama2 nak pilih2 barang kannnnnn...

Baiklah, pas semayang zohor kami pun berangkat ke Tmn U.....

Sebelum berangkat, kita pose dulu......kalo nak tau, aku siap tgk tutorial kat YOU TUBE cara2 nak belit shawl camtu....kira jadikla tuh........hikhikhik......berangan nak tiru datuk siti kunun...


Gambar makan-makan kat Pak Ali lupa nak snap. Sempat gak la aku tengok Nona kat sana......ada sazzy falak & anak kembarnya yg comel itu......yang best dapat jugak tengok majlis perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya...majlis die cukup meriah....ala-ala kampung gitew...bessssssssttttttt...istri die pulak nampak cam solehah sangatt..... i like............



Destinasi seterusnya ialah AEON Bukit Indah....dah lama jugak x punch card ke sana. Asik2 Tebrau CITY jek...Dalam kete bukan main happy lagi budak 2 orang ni........bulat nya la mata Si Airis ni....dah gaya mata sugar glider lak........hehehehe..........


Bila tiba kat Jusco, maka bermula lah episod duka lara........



Dania dah nangis pasal xleh naik trolley comey tuh.........hanya budak bawah 3 tahun saja layak naik menatang tu Dania...Kesian pulak.....sebelum ni datang boleh jek die naik...see, nampak sgt dah lama aku x berkunjung ke sini...umur kamu sekarang dah nak masuk 3 tahun 7 bulan...anda tidak layakkkkkk...huhu.........jenuh gak nak pujuk "semek" ni........


Besonya mulut die nganga...



Si Airis lak muka berlagak je leh naik trolley tuh...

Lama jugak pusing2, kuar masuk kedai....dalam kul 5 petang baru kami check out setelah merembat beberapa barang yang unplanned utk ku rembat......

Memandangkan aku dah berazam taknak masak arini, so sampai malam jugakla kami eat out. Dah lama nak terai steam boat kat depan spital Kulai tu...akhernya setelah 5 bulan beroperasi, baru aku dapat jejak kaki ke sana..

Gambar tengah bako2 BBQ & masak stimbut lupa nak snap...yang pasti bestla. Berbaloila dengan harga RM17 sekepala. Cuma kami je yang xmakan manyak...xde space nak sumbat. Udang pun sekor je aku makan. Telur puyuh langsung x sentuh. Takut kolestrol punya pasallllll...


Sekian saja ektiviti berhujung minggu aku....tata.....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT