Search This Blog

07 April, 2010

Aku Dan Magnetic Necklace

Dah lame aku x jenguk blog ni. Almaklumla kekontangan idea, dah lame x mengarang. I'm not a journalist ok. So, segala penyalahgunaan verb, vocabulary, maupun penjodoh bilangan harap dimaafkan.

Dalam entri kali ni aku nak berkongsi mengenai MAGNETIC NECLACE. Mungkin ramai yg dah tahu pasal gajet benda alah ni @ sudahpun memiliki. Bagi aku yang agak jakun ni benda ni pun nak share dlm blog.


Alkisahnya, sejak dua menjak ni aku merasakan kelainan dlm diriku.
Apakah kelainan tersebut? Adakah aku terPEKNEN lagi????oh....tidak....
Aku cuma mengalami keletihan yang melampau, berat kepala, sakit kepala ditopup pulak dgn dizziness. Pendek kata, semuanya berkaitan dgn kelapa kepala. Malah minyak angin cap kapak menjadi teman sejati aku (bau perfume dah ilang dek aeroma myk tersebut).


MYK ANGIN YANG AMAT BERJASA DIKALA AKU KEPENINGAN

Oh..melalut sudah aku ni, berbalik pada cerita MAGNETIC NECLACE tadi. Mengikut sumber yang pernah aku baca, badan kita secara semulajadi dikelilingi oleh jaringan kompleks elektromagnet yang memainkan peranan tertentu dlm fungsi badan kita. Sel2 dalam badan kita dikawal oleh arus elektromagnet kecil yang dihasilkan oleh medan magnet bumi.

Adakah aku kekurangan medan magnet?????
Antara simptom2 kekurangan medan magnet ialah :
- Insomania
- Keletihan + Kelesuan
- Kekakuan bahu @ belakang badan
- Berat Kepala, Sakit Kepala, Pening
- Sembelit
- Keupayaan pemulihan lemah


Disebabkan aku selalu mengadu sakit kepala, Mr Husby mencadangkan aku untuk cuba pakai MAGNETIC NECLACE yang dijual di COSWAY.
Kononnya, rantai ini boleh memberi bekalan tenaga magnet luaran secara berterusan bagi menangani masalah kemerosotan dan gangguan medan magnet.
Ianya bertindak menghasilkan medan magnetik secara berputar tidak ketara yang mengalir melalui seluruh badan untuk mengimbangi semula arus elektromagnet dan mengembalikan cas yang sepatutnya kepada sel2 badan. Secara tidak langsung, proses pemulihan secara semulajadi akan berlaku.

Dah macam cikgu sains pulak aku mencoret. Many thanks to Cikgu Syed kerana belikan mama rantai ni.kalau dapat rantai emas 15g ke lagi besh
Diharapkan dgn memakai rantai magnetik ni, ianya akan memberi kesan yang positif terhadap kesihatanku..Insyaallah..

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT