Search This Blog

12 February, 2017

Bayi dan Masalah Kembung Perut

Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen (abdominal cavity) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.

Adakah kembung perut normal ?

Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu. Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang, dan bayi membesar dan menyusu dengan baik. Sekiranya demikian, ibu-bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.

Sebab-sebab perut kembung

1) Cara menyusu dengan botol yang tidak betul – terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan (burp the baby) selepas menyusu.

2) Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut

3) Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas

Adakah urutan berkesan ?

Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.

Cara-cara lain yang membantu semasa ‘colic’

1) Mendukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate)

2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu

3) Cara alternatif/tradisional – sapu minyak ‘essential oil’. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk ‘colic’. 

4) Cuba tukar formula susu sekiranya syaki ada alahan susu

5) Menyapu Minyak Herba Asmak pada perut bayi

Info diedit dan diubahsuai dari Babycenter Malaysia ☺

Berminat untuk mencuba minyak istimewa ni?
WHATSAPP
012-6332053
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Penghantaran sekitar Kulai/Senai


Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi facebook :

atau laman web


No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT