Search This Blog

09 March, 2011

Tabahla Duhai Hati

Dulu masa zaman bujang, tanggugjawab (dlm erti kata sebenar) belum dirasai...just jaga diri sendiri disamping berbakti kpd org tua. Bila dah kahwin, berdua lebih baik. Tanggungjawab menjaga rumahtangga mulai dirasa.

Bila dah ada anak sorang, agak kekok, mmg amik masa utk membiasakan diri jadi ibu. Sbb tu masa anak 1st aku xberjaya exclusively breastfeeding. Sempat 3 bln sahaja menyusukan si Dania. Sungguh menyesal, malas nak fikir dah..

Hanya disebabkan kurangnya ilmu ttg penyusuan, aku gagal..menyesal kemudian mmg tiada gunanya...sbbtu bila pregnant anak ke-2, aku mulai menanam azam, berdoa supaya kali ni aku tak mengulangi kesilapan yg sama...alhamdulillah, aku berjaya utk anak ke-2 ni..

Bila ada anak 2, dah nak kene fikir utk 4 org (termasuk diri sendiri). 24jam sehari seakan tak cukup utk buat itu dan ini. Begitula kitar kehidupan ini. Sebab tu kene beringat ketika masa lapang sebelum tiba masa sibuk.

Masa tido yang berkualiti pun dah payah benar nak rasa. Really miss uninterrupted sleep zaman dulu2...

Inilah cabaran yang harus dilalui bagi ibu2 yg menyusukan anak. Takpe, semua ini pengorbanan. Setiap sesuatu kejayaan itu pasti ada pengorbanan.

Semakin usia menginjak ni, kenala jaga kesihatan diri. Kalau dah dapat sakit kronik nanti macamana nak handle rumahtangga? Dulu kalau diri sendiri sakit, sendiri jagala..

Sekarang kalo anak2 sakit, kita pun sakit, sapa nak jaga sapa ni? Sesungguhnya kesihatan adalah anugerah yg amat bernilai..

Sejak dua menjak ni, kesihatan diri agak tak menentu. Masalah angin xlepas & sakit kepala tu dah sebati sangat....

Okey, bermula dgn masalah recurrent UTI yg "on off" sejak 5 bln lalu yang akhirnya membawa aku g x-ray 2 minggu lepas. Alhamdulillah, no stone detected seperti yg Mr Doc suspek..

Tapi masih pelikla kenapa masalah tu berulang. Sape tak takot kalo sakit setiap kali nak buang air kecil, kdg2 disertai darah, tak lawas, rasa mual & loya, pastu sakit belakang badan.

Bulan Februari 2011 mmg byk dugaan. 3 minggu lepas kami sefamili terkena muntah-muntah. Mula-mula Dania yang kena, pastu Airis, seterusnya berjangkit kat aku n encik suami. Tak pernah dalam hidup ni kene muntah2 yang maha dasyat macam tu...Doc cakap angin, gastrik...takan sampai satu famili kene...........musykil jugak......

Pastu mungkin perubahan cuaca yg tak menentu menyebabkan diriku sakit tekak, batuk2, idung & telinga sumbat...

Sesungguhnya setiap sakit yg datang itu adalah penghapus dosa sekiranya kita redha...tapi kalo asyik merungut @ mengeluh dgn sedikit sakit yg datang, redha ke namanya tuh?
Sendiri mau ingatla...huhuhu...




p/s : gambar sekadar hiasan semata-mata

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT