Search This Blog

10 March, 2011

10sen Bila Dalam Rumah Penuh Dgn Semut


Sejak 2 menjak ni rumahku penuh dgn semut...mana2 bahagian mesti ada sang semut..terutamanya bahagian dapur. Bukak jug air, ada semut, bukak bekas isi beras pun ada semut, pinggan mangkuk yg dah dibasuh pun penuh dgn semut...

Dekat almari pulak, beratur koloni semut...musykil jugak darimana datangnya sang semut ni...

Aku ada jgk tanya dgn jiran kiri dan kanan, rumah mereka pun banyak semut. Cerita yg sama berlaku...

Minggu lepas aku ada terbaca kisah semut dan ibu susuannya kat blog
chekguisza.

Terkejut jugak bila baca kisah tersebut. Menurut cerita cikguisza yg diperoleh drp seorang bidan, semut mempunyai ibu susuannya yg tersendiri. Siapakah ibu susuan semut itu?

Ibu susuan semut ialah ibu yang menitiskan (mungkin tertitis, bkn sengaja menitiskan) susunya di merata2 tempat, lalu dihurung oleh semut. Sebagai akibatnya, sang semut tersebut menganggap ibu tersebut adalah ibu susuannya lalu merayap penuh dalam rumah ibu tersebut.

Huhuhu...xpernah sebelum ni aku mendengar kepercayaan sedemikian rupa daripada mana2 mazhab pun..tapi aku ada teori tersendiri..bila nampak semut banyak dalam rumah, jangan merungut, membebel, memaki dll..sebab kalo kita buat semua perkara tersebut, makin banyak koloni sang semut akan datang bermaharajalela.

Ohya, secara kebetulan jugak, jiran kiri kanan ku adalah ibu yang menyusukan anak...OMG, apakah benar teori ibu susuan semut itew?

Apa-apa pun, moral daripada cerita ni, jangan biarkan susu anda menitis di tempat yang tidak sepatutnya...

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT