Search This Blog

25 April, 2011

Apa Kaitan Kulit Bawang Merah & Telur Pindang?

Suatu tengahari di Econsave..........

Macam biasala, kalo time rehat takde keja, carik kerja, aku n ofismate g econsave berdekatan utk beli barang2 dapur...waktu rehat yang hanya 45 minit tu aku habiskan sebaik-baiknya untuk mencari barang2 yang agak2 dah habis kat dapur umahku...

Di tempat bawang....

Aku sedang sibuk memilih bawang merah yang cantik-cantik sambil-sambil mengupas kulit2 yang agak2 tebal..bukan apa, kang kulit-mulit tu akan memberatkan timbangan..hehehe..

Dalam kegigihan aku mengasingkan bawang n kulit bawang tu, ada sorang makcik ni sedang gigih jugak..tapi lebih gigih dan pantas tangan die memasukkan kulit-kulit bawang ke dalam plastik..macamane nak kira tuh?


Pelik jugak aku tengok telatah makcik ni...muka aku memang dah konpius dah time tu, tapi disebabkan makcik ni senyum-senyum, aku pun memberanikan diri bertanyakan makcik tu...."Makcik nak buat apa dengan kulit-kulit bawang ni?"

Lalu makcik tu pun menjawab, "nak buat telur pindang dik"....

Ooooo........sekarang baru aku tahu, telur pindang ni direbus dengan pelbagai jenis herba-herba termasukla kulit bawang selama beberapa hari..


Disebabkan aku bukanla anak jati Johor, memang aku tak pernah tahu dan mengambil tahu pun sebelum ni....Kalo kat tempat kenduri kawen, selalu jugak aku dapat telur pindang, tapi biasanya aku bagi kat orang..tak pandai nak makanla...korang pulak macamane? Gemarkannya?

2 comments:

Unknown said...

Assalam...akak ada entry tentang buat telor pindang ni masa kahwin anak sedara dulu, ada org tak suka tp kami anak Johor jati, kalau tak suka tu....something wrong kot? hehe...

Supermomof4kids said...

oooo..yerke kak?saya ni jakun sikit..hehehehe...tapi abg saya kat trg suka sgt mkn telur pindang ni, kalo blk trg, mesti die nak pesan..hihihi..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT