Search This Blog

27 January, 2011

Aqiqah @ Al-Ameen Serve Holdings


Haa.....dah dapat pun sijil akikah ni...


Mula2 plan nak wat aqiqah kat umah sendiri. Tapi memikirkan famili aku payah nak dtg tolong2 utk kenduri, hasrat tu terpaksa dibatalkan. So wat aqiqah kat kemboja je la.



Sungguh mudah, register, pastu transfer duit pakai maybank2u.. Just klik kat senarai payee tu, pilih Zakat & Charity, kuarlah Al-Ameen Serve Holdings.



Agak lamabat buat aqiqah untuk si Airis ni, umur setahun baru nak buat. Dania dulu semangat sungguh, arini lahir, esoknya dah aqiqahkannya.



Alhamdulillah lega rasa bila dah dapat sijil ni sebab setiap anak yg lahir tergadai dengan aqiqahnya. Oleh itu selagi aqiqahnya belum dilakukan, anak itu masih tergadai. Bagi membebaskannya, ibu bapa perlu melaksanakan aqiqah untuknya.



Menurut Ibnu al-Qayyim, "Selagi org tua tidak melakukan aqiqah untuk anak mereka, bererti orang tua tidak memperoleh syafaat anaknya."



Nabi kita pula menganggap aqiqah sebagai ibadah korban yg Allah perintahkan sebagai suatu adat sekaligus tebusan serta sebagai saranan mendekatkan diri pada-Nya.



Dari segi hikmah Allah yang terdapat dalam syariat dan kekuasaannya, ibadat aqiqah ini membawa kesan baik pada pembesaran anak dan menjauhkannya daripada gangguan syaitan....



No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT