Search This Blog

25 January, 2017

Minyak Herba Asmak dan Teknologi NANO

Apa itu TEKNOLOGI NANO?

Ramai yang tau sebut tapi tak semua tahu apakah sebenarnya teknologi nano.


TEKNOLOGI NANO diiktiraf sebagai suatu penemuan paling maju pada abad ini. 

Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. 

Teknologi nano juga membantu bagi pengenalpastian bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap segmen alam sekitar.

Partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu. 

Partikel nano boleh terhasil melalui tiga cara :

1) Penghasilan khusus bagi tujuan penghasilan teknologi nano. Misalnya, penghasilan bahan seperti titanium dioksida, silikon, fuleren dan tiub karbon nano. 


2) Penghasilan secara tidak disengajakan melalui proses industri dan ekzos kenderaan. Sebagai contoh pelepasan partikel nano melalui kerja kimpalan, sisa partikel penyaduran logam, penyembur plasma, industri penghasilan serbuk detergen, serpihan zarah daripada juzukan senjata kimia dan juga pelepasan partikel enjin kenderaan diesel. 


3) Melalui pelepasan secara semula jadi menerusi letusan gunung berapi dan kebakaran hutan yang menghasilkan partikel di dalam udara bebas.


Seiring dengan kemajuan teknologi kini, Minyak Herba Asmak juga diproses dengan menggunakan teknologi Nano untuk kuasa serapan ke dalam kulit yang lebih pantas. Seterusnya ia memberikan kesan yang lebih mujarab....inshaaAllah......

Whatsapp
012-6332053
Pn Kimah

                                        Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi facebook :
                               https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/
                                                                     
                                                                     atau laman web
                                                                https://mham.com.my/

No comments:

ANDA KLIK ANDA HEBAT