Search This Blog

25 June, 2011

Mana Nak Carik Nih?


Zaman belajar dulu aku amat menyukai coklat Tofi Luk ni...(seperti gambar yang di atas)..

Rasa die toksah cakap la..sedap bangatttt...nyumm nyummm...

Kadang-kadang aku ngan memember pakat beli satu kotak. Pastu kitoram share ramai-ramai..sekotak baru 12 hengget. Yela, masa tu bukan berduit sangat..

Kat jasco xde jual coklat ni. Dulu-dulu kalo nak dapat pun kat Giant Plentong & Pasaraya Bersatu Jaya kat Taman U.

Sekarang aku dah xde nampak coklat ni dijual. Macamana ni? Teringin sangat2...tolongggggggg aku...Last makan coklat ni tahun 2001. Dah 10 tahun berlalu........

Sapa yang tahu kat mana leh dapat coklat ni kasi inform hokey........i lap uolsssssss..

22 June, 2011

Dah Lama X Soping On9

Saya sungguh takde mood sejak akher-akher ini gara-gara jerawats yg naik secara membabi buta..
Nak apdet blog toksah citerla, memang langsung takde mood.....

Tak paham betulla, adakah sebab aku stop makan noriday.... hormonal imbalance. Terus "cik jer" ni mencanaks...malas dah nak fikir...

Berbalik pada tajuk yang di atas, nampaknya untuk setengah tahun pertama ni aku dah berjaya untuk kurangkan shopping online....Sukaaaaaaa....

Sejak pertengahan tahun 2009, aku mula menggilai soping secara on9. Mula-mula takut jugak nak soping secara maya. Lama-lama jadik macam ketagih la pulak..
Sampaikan tercari-cari nak beli apa lagi eh....hikhik...tak ke gila namanya tuh..

Tiap-tiap minggu mesti ada posmen datang anto parcel. Kadang-kadang dalam seminggu ada 2-3 kali. Sampai naik muak pulak mamat kat bawah ni kena tandatangan parcel2 aku tuh. Yela, senang pakai address opis je. Kalo pakai adress umah, sapa yang nak receive? Betul x?


Macam-macamla barang yang aku beli secara online ni. Antaranya ialah tupperware, tudung, set bersalin nonaroguy, baju & barangan baby, kain cotton, handbag, spare part kete, breastpump set, cocoa collagen dan lain-lain lagi..

Shopping merupakan terapi minda......anda setuju????
Tak jugak, kalo dah duit banyak habis kat shopping, tak ke pening kepala...duit simpanan ntah ke mana-mana daaaa....terapi sekejap boleh la....

Bila difikirkan balik, kebanyakkan barang yang aku beli secara online ni berupa kehendak je. Memang kadang-kadang mengikut nafsu semata-mata.

Justeru, langkah untuk mengurangkan soping secara online listed dalam azam tahun 2011. Nampaknya aku berjaya...yeaahhhhhhhh..

17 June, 2011

Bulan Madu Abang Jem

Gambar cuti-cuti bulan madu Salleh Yaakob bersama isteri-isteri dan anak-anak..

Bini no 3 siap lompat nampak perut tu..


13 June, 2011

Ni dia ubat cik "JER"


Hikhikhik.....dah dapat pun...hanya rm3, bulih membantu ke nih?

11 June, 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Adik Bongsu

Selamat bulan Rejab semua (walupun arini dah masuk 9 Rejab). Tertinggal ketapi betul aku nih. Kepada kengkawan yang lom habis ganti pose, sila-sila la qada' sekarang ye. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan.

Okey, balik pada tajuk entri. Minggu lepas, aku balik kampung selama 5 hari sempena perkahwinan adik bongsuku. Jom layan gambar2 di hari kejadian.

Majlis akad nikah berlangsung pada 02/06/2011 (petang Khamis).


Sebelum majlis akad nikah..Dania bersama sepupu-sepupunya..


Yang baju pepel tu ayah aku..dah tua kan?
Standard la datuk 23 orang cucu..


Ada cam Ayu Raudah tak? Ni la rupa satu-satunya adik yang aku ada..


Keesokan harinya, Jumaat majlis kenduri kahwin..



Tak ketinggalan amik gambar bersama pengantin..Kesemua 5 org adik beradik perempuanku ada kat dalam gambo ni..Lagi 2 org abg xde ye..


Beberapa ketul hantaran untuk pihak lelaki...


Apsal muka terherot camtu?


Lagi gambar pengantin..


Hari Sabtu (04/06/2011) majlis sambut menantu di rumah pihak lelaki...

Gambar ni diambil sebelum berangkat ke rumah pihak lelaki..dah tade baju bling2..


Sekali pandang ada rupa sultanah nur zahirah la pulak adik aku nih..


Ni plak anak sedara ku yang sangat rajin mencuci pinggan..


Tukang masak profesional..

Last skali mestilah gambar aku kat pelamin...hehehehe...keyla, penat nak upload gambar banyak2...Sekian..wasalam..

10 June, 2011

Cik "JER"

Engkau datang dan pergi sesuka hatimu
Engkau tiba di saat aku tak memerlukanmu
Oh jururawat cik "jer"

Kau hadir bukan takat disini
Tapi disana dan juga disitu
Sakit hatiku
Bila kubangun pagi kuantitimu makin bertambah

Tatkala ku sujud dalam sembahyang
Sakit dahiku bila terkena dirimu...aduhsss...
Aku bukan remaja yang baru akil baligh
Yang hormonnya baru nak stabil

Umur dah tua camni
Takyahla datang mencanak lagi
Muka ku dah "rabak" dek keranamu
Aku rasa malu dan rendah diri

Sampaikan pekerja myanmar dah offer nak belikan aku ubat
Dengan rase rendah diri aku cakap "ok je"
Esok die cakap nak bawak untuk ku terai
Aku harap "cik jer" makin surut esok

Ku menanti dengan penuh harapan..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT