Search This Blog

07 December, 2010

Tayar Pancits

Kisah ni berlaku Jumaat mlm Sabtu tempoh hari..
Cadang nak gerak awl sket, tapi aku kne tunggu Lin Dan blk men badminton dlu..huhu..

Kami bertolak dari Kulai menuju ke Senawang lebih kurang kul 8.40mlm..

Kejadian tayar pancit berlaku di lebuhraya utara selatan selepas exit Machap beberapa km sebelum exit Yong Peng selatan.

Maklumla kete tengah laju, mmg xperasan pun tayar kete dah pancit sbb x kacau stereng langsung..
Sehinggala aku terdengar bunyi yg sangat kuat dr kenderaan yg kami naiki..

Masa tu, tayar dah berasap & bau hangit kuar dr tayar tu..

Alhamdulillah kami masih selamat, nasib x terbabas...cuak sangat hanya tuhan yg tau..
Nak berenti serta merta pun xleh gak pasal bahu jalan kecik je..Lagi pun malam, kete banyak laju2 pulak tu..bahaya betul...

Dah banyak jgk kejadian rempuhan ketika menukar tayar berlaku kat highway tu..takot wei...
Nak tanak, terpaksa jgk gerak terhenjut2 cam naik unta sampai kuar ke exit yong peng..br leh berenti & tukar tayar..Tawakal jer la masa tu...


Muka Dania agak cuak....


Airis muka blurr baru bangun tido..


Gini la rupa tayar yg pecah tu..memang dah rabak pun..
Scary, kan?


Sang suami sedang bersusah payah menukar tayar dibantu oleh abang peronda..


Tayar pecah yang dah dibukak..nasibaik rim x bengkok langsung...


Alhamdulillah, akhernya kami selamat sampai ke umah mertuaku di Taman Pinggiran Senawang kul 1.15 pagi...bawak slow2 je pasal masih fobia...sblm ni x pnh ada pengalaman tayar pecah...huhu...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT