Assalamualaikum....
Alhamdulillah setelah seminggu bercuti, harini kembali update blog yang tak seberapa ini di rumah sendiri...
Kali ni cuma nak share kisah anak sulung saya yang menghidap ekzema kira-kira 9 tahun yang lalu...
Kali pertama menjadi pengalaman sebagai ibu, diduga pulak dengan anak kecil yang mempunyai ekzema yang agak teruk merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Masa tu ilmu penjagaan bayi pun masih cetek.
Bermacam cara rawatan saya dan suami usahakan demi sebuah kesembuhan. Rawatan moden dan tradisional tidak lupa darulsyifa kami hanya tawakal.
Setiap 2 bulan jumpa pakar kulit kat Hospital Sultanah Aminah. Ubat sapu Fucicort, Elomet dan Aquoes menjadi teman setia.
Masih ingat lagi saat dia menggaru-garu muka, tengkuk, celah pelipat siku dan lutut sampai berdarah-darah. Saya terpaksa memakaikann Dania sarung tangan walaupun usisnya sudah 7 bulan pada masa itu bagi menggelakkan dia menggaru.
Saya hanya sempat menyususkan anak sulung saya selama 3 bulan sahaja. Bukan kerana sudah tak ada, tetapi belum ada kesedaran tentang pentingnya penyususn ibu, rujukan dan ilmu yang cukup serta sokongan pada waktu itu. Ketika masih bayi saya dah bagi susu formula kepada Dania. Setiap kali bagi susu formula, dia akan muntahkan semula. Risau, buntu sangat kami suami isteri pada waktu itu.
Setelah berjumpa doktor pakar, barulah kami tahu Dania ni sebenarnya ada ekzema dan alah pada susu lembu. Doktor mengesyorkan susu Isomil yang berasaskan soya. Alhamdulillah, serasi dengan Dania. Masa tu susu isomil 900g harganya baru RM53.00. Sekarang memang dah mahal sangat. Kalo tak silap dalam RM90 camtu...
Gambar ni masa umur Dania 5 bulan, pipi merah-merah gatal. Bila sapu krim, reda sikit. On Off . Kejap ada kejap tak ada.
Saya masih ingat masa merawat di Darul Syifa', Ustaz Hussin minta saya bawa bedak sejuk sekali semasa rawatan. Bedak itu dibacakan dengan ayat-ayat penyembuh dan berfungsi sebagai sapuan pada bahagian yang gatal.
Sekarang masalah ekzema Dania dah semakin pulih bila dia semakin membesar. Dah darjah empat sekarang. Dia alah dengan makanan berkacang, ikan bilis, seafood dan cuaca panas yang melampau. Bila tersalah makan, mulala dia menggaru. Alhamdulillah susu lembu pun dah boleh minum dengan gembiranya...
Ok, bagi ibu-ibu yang ada masalah ekzema, ruam dan sebaginya yang berkaitan dengan kulit, saya mengesyorkan Bedak Asmak sebagai penawar alternatif. Semulajadi dan tanpa bahan kimia.
Whatsapp
012-6332053
Pn Kimah
Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi facebook :
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/atau laman web rasmi
https://mham.com.my/bedak-asmak
No comments:
Post a Comment