Cuaca hari tu sgt panas, DANIA yg baru je baik demam, tibe2 demam semula. Aku x bawak ubat demamnya. Aku sangat risau sbb badannya sangat panas. Jenuh husband ku cari klinik di sekitar tapi semuanya tutup sebab hari Ahad. Mulala Encik Suami nak membebel. Nasibaik ada Klinik 1Malaysia di Taman Sri Lambak, Kluang. Sblm ni, dgr je pasal klinik ni, tapi lum jejak lg.
Bila Pembantu Perubatan
Lagi cakap2 pasal klinik 1Malaysia :
* Satu Malaysia tahu klinik ini tak ada MC.
* Satu Malaysia tahu kalau betul-betul sakit tak boleh pergi klinik ini.
* Satu Malaysia tahu yang klinik ini hanya untuk orang yang sakit tak sakit.
* Satu Malaysia tahu yang mereka dah kena tipu.
* Sepatutnya bila sudah merdeka lebih 50 tahun, rakyat sepatutnya mendapat perubatan dari doktor pakar bukannya dari pembantu perubatan.
* Sepatutnya dengan kekayaan hasil petronas, kerajaan membelanjakan wang bagi tujuan pendidikan, agar lebih ramai anak-anak kita mampu menjadi doktor malah pakar dalam bidang tersebut. Paling kesal, kita tak cukup doktor dalam keadaan anak-anak kita yang cerdik begitu ramai.
* Klinik 1 Malaysia melambangkan bahawa kita sedang mundur dalam bidang perubatan.
* Wajarlah kita membayar RM1.00 diklinik 1 Malaysia. Kerana nilainya memang begitu.
Kenapa aku sangat berpuas hati???
1) Aku dah 2 kali g klinik semenjak Dania demam on off, on off, tapi xbaik2 jgk. Memangla kuasa menyembuhkan di tangan Allah. Alhamdulillah Dania sembuh sepenuhnya lps consume ubat2 tu.
2) Kadang2 walaupun Dokter yg cek, tapi aku xpuas hati sbb bayar mahal, cek acuh x acuh, lebih pada nak berbisnes. Sangat x berbaloi.
3) Walaupun Pembantu Perubatan yg cek, tapi keikhlasan & layanan yg diberikan cukup baik. Xtaula kat tempat lain ye, ni kat Taman Sri Lambak ok.
4) Hanya dgn 1Ringgit, dah dapat rawatan. Aku bukannya org kaya.
Moralnya :
1) Janganla terlalu bertindak mengikut
2) Jangan asyik nampak keburukan org lain sahaja, lihatla dari sudut positifnya.
3) Jangan suka mengkritik & menyalahkan org lain, syok sangat mengkritik, diri sendiri tak betul pun x tersedar. Nauzubillah.
4) Jangan tau bercakap sahaja, tapi bila nak melaksanakan hampess jugak ok..
Salah kerajaan kah Malaysia kekurangan dokter??????? Kenapa ramai yang x mau jadi dokter????
Fikir-fikirkanlah...
Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah jua...yang xbaik itu datang dari kelemahan diriku...
Wallahu a'lam.
Nak jgk tepek gambo pengantin lama kat sini..hehe..gambo klinik 1Malaysia lupa nak snap..
2 comments:
aku jumpe senarai klinik 1 Malaysia kat link ni....http://ms.wikipedia.org/wiki/Klinik_1Malaysia... tapi hampe sikitla sebab xde pulok klinik 1 Malaysia kat area Bangi, Dengkil, Putrajaya, Banting....:(((
Mm, kat johor pun ada 5 je klinik 1Malaysia ni..beroperasi 7hari seminggu...10pg-10mlm..
Bagi mereka2 yg kurang berkemampuan bolehla g, rm1 je pun
Post a Comment