Search This Blog

25 November, 2013

Mommy & Baby Moments : G.I.V.E.A.W.A.Y by Mommycha

Hai kengkawan, jom join mommy & baby giveaway yang dianjurkan mommycha nih,
Macam mana nak join????
Mudah sajork...............Just Klik link kat atas tu dan follow la step seterusnya....

Orang lain dah join, saya pun nak join gak...

Ni la moment saya bersama anakanda yang ke 3.....Syarifah Sarah Alina......

Tajuk Gambar: Ku mengendong, kau selesa dikendong :)


Umur bebi Sarah baru 2 bulan time nih, mama teringin nak makan eskrem. Maka panjangla langkah mencari eskrem Wall Selection.....(padahal dalam pantang pun saya makan eskrem....HEHE....)

Baby Sarah sampai tertido dalam kendongan saya, lena sungguh die....
Oppppssssssssss!!!!!!!!!! Saya lak bukan tertido ye, tapi terpejam jek,........almaklomla gambo candid..........

18 November, 2013

Susunatur : Ruang Dapur Ala Saya

Ok, ini adalah 1st entri saya berkenaan rumah saya yang baru 7 bulan kami pindah. Sejak berkahwin, dah 5 kali saya berpindah randah. 3 kali menyewa dan dua kali pindah rumah sendiri....Harap-harap takde lagi acara pindah randah dalam hidup saya dalam masa 20 tahun dari sekarang....penat weiiiiiii nak mengemas...

Sebelum melalut dan terkeluar daripada tajuk, saya sebenarnya ingin berkongsi susunatur ruang dapur yang merupakan jantung dalam rumah saya ni. Gigih menaip entri ni apabila Fizah dari susunatursioca.blogspot.com menganjurkan cabaran DAPUR untuk bulan November nih...sekadar ingin berkongsi, saya cuba untuk turut serta dalam cabaran ini.......Segan sebenarnya sebab tangan saya ni tak kretip, masih cuba membaiki diri untuk menjadi seorang yg "pengemas".

Bagi saya, ciri-ciri dapur yang baik bukanlah terletak pada saiz besar atau keciknya sesuatu ruang dapur itu atau mahal / murahnya material KC yang digunakan.

Apa yang penting adalah susunan yang teratur dan kemas, bersih, dan yang paling penting praktikal untuk kita melakukan kerja-kerja menyimpan, menyediakan makanan, memasak dan makan bersama seisi keluarga tersayang...

Saya masih lagi dalam usaha untuk merealisasikan dapur impian saya. Namun begitu, atas dasar bajet, hasrat itu terpaksa dipendamkan dahulu......Pakai aje la apa yang sedia ada....

 Secara umumnya, ruang dapur rumah saya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

A. Dapur basah (terbuka) yang terletak di bahagian paling belakang rumah
B. Ruang mini dobi + mini stor (terletak antara dapur kering dan dapur basah)
C. Dapur kering / pantry
D. Ruang makan (terletak bersebelahan dapur kering)


A. Dapur basah (terbuka) yang terletak dibahagian paling belakang rumah



Di sinilah tempat saya mempersembahkan hasil masakan saya dengan penuh kasih sayang untuk famili ....
Sebelahnya tempat saya sidai kain baju. Saya tak sidai baju bajan kat depan rumah sebab rase semak je mata nih....

Sebahagian daripada rempah ratus yang saya guna tiap-tiap hari disimpan di ruang ini sahaja...Selebihnya saya simpan dalam peti ais dan rak tarik dalam kitchen cabinet.... 

B. Ruang mini dobi + mini stor (terletak antara dapur kering dan dapur basah)



Inilah rupa susunatur ruang mini dobi saya...segala peralatan mencuci dan penyepit baju saya susun atas rak 3 tingkat beroda tu.......beli kat Cosway, RM 29.90 kalo tak silap saya...

C. Dapur kering / pantry



Gambar No 2 : Susunatur Rak pisau, bekas bawang & bekas beras

Gambar No 3 : Door safety lock yang saya beli kat daiso RM5/2 pcs. Kat Cosway pun ada jual gak. Benda ni penting untuk saya lekatkan kat pintu kitchen kabinet seperti dalam Gambar No 1 tu. Kalo tak, si kecit saya yang suka mengopes tu asek nak bukak je pintu dan selongkar barang yang saya simpan.

Gambar No 4 tu konon-kononnya kiddos station untuk anak-anak saya. Kalo dorang nak minum air, makan ke, dorang akan amik sendiri bekas yang saya dah susun kat dalam KC bahagian bawah...

OK, yang kat bawah ni pulak susun atur dalam esbok saya......tak banyak barang sangat pun dalam ruang esbok coet saya ni. Biasanya stok barang basah akan dihabiskan dalam tempoh seminggu.


Ini pula sebahagian daripada susun atur koleksi tupperware kesayangan saya......
Saya start mengumpul tupperware sejak tahun 2007 yakni selepas berumahtangga. Dah mulai rasa jiwa mak-mak time nih...


Ini pula susun atur dalam tall unit c/w pull basket bersebelahan peti ais. Saya simpan segala stok makanan kering disini. Ada yang berlabel dan ada yang tak berlabel. 


Rak tarik bersebelahan laci 3 tingkat ni pulak tempat saya simpan stok rempah, sos, madu, cuka dan lain-lain lagi.


D. Ruang makan (terletak bersebelahan dapur kering)


Ini pula ruang makan saya dan famili......Simple je kan? Biasanya meja ni kami sekeluarga gunakan untuk makan malam je...Makan tengahari dan breakfast pun time hujung minggu jer...

Kalo hari biasa, anak-anak dan suami saya breakfast kat ruang di bawah ni sebelum masing-masing pergi sekolah dan kerja....


Di sini jugak tempat saya menyediakan rencah-rencah, potong bawang semua tu sebelum acara masak-memasak berlangsung....

Pinggan mangkuk untuk kegunaan harian pula saya susun atas ruang di atas sinki tu je...senang dan mudah untuk dicapai... lepas basuh pinggan mangkuk, toskan, dan simpan...

Kalo saya rajin, saya sambung lagi entri pasal dapur dan susun atur ni......Banyak lagi cerita untuk dikongsi bersama. Ni belom masuk pasal sinki, susun atur barangan di bawah sinki, kuali, periuk, barangan kaca, dan segala-galanya tentang dapur :)

16 November, 2013

Kelebihan Mempunyai Anak Perempuan

Saya mempunyai adik beradik seramai 7 orang. 5 orang perempuan dan 2 orang lelaki. 

Sebagai seorang anak perempuan dan ibu kepada 3 orang anak perempuan, saya tertarik untuk share isu utama dalam majalah ANIS keluaran October 2013 yang ada cover Wardina & Amna nih...
Banyak kupasan dan tips tentang kaedah mendidik anak perempuan dalam majalah tersebut.


Antara Tips Dalam Mendidik anak perempuan (anak lelaki pun sama jugak) ialah :

1. Menerapkan konsep pengabdian kepada Allah swt / mengajar ilmu Tauhid sedari kecil. Asas sangat penting dan perlu diterapkan seawal mungkin.

2. Sentiasa menerapkan kata-kata positif yang memberi motivasi dan inspirasi

3. Mencari rezeki yang halal dan diberkati untuk dibelanjakan kepada keluarga

4. Memberikan contoh dan tingkahlaku yang baik kepada anak-anak

5. Sabar melayani kerenah setiap anak yang semestinya mempunyai karektor yang berbeza

6. Tukar kaedah memukul kepada penghargaan dalam mendidik anak-anak

7. DOA merupakan senjata bagi orang mukmin. Antaranya Surah Al-Furqan ayat 74 dan Surah Al-Baqarah ayat 165 boleh diamalkan oleh kita sebagai ibu bapa

Kalo zaman jahiliyah dulu, anak perempuan yang baru dilahirkan ditanam hidup-hidup. Tetapi pada zaman sekarang, ibu bapa sepatotnya berasa bangga bila dikurniakan anak perempuan. Ini kerana kita
sebagai parents harus sedar bahawa Rasulullah s.a.w menjanjikan tawaran hebat buat ibu bapa yang bersabar dalam mendidik anak perempuan dengan sempurna.
Yelah, cabaran mendidik anak perempuan di zaman sekarang amat hebat, tak sama macam dulu lagi.

Manakala bagi anak-anak gadis pula, ketahuilah bahawa dirimu begitu tinggi nilainya sehingga boleh menjadi laluan mudah kedua-dua ibu bapamu untuk ke syurga serta diharamkan daripada api neraka.

Ini terbukti dengan sabda baginda Rasulullah s.a.w : 

"Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan, lalu die mengasihinya, melindunginya dan mencukupkan nafkahnya maka wajiblah baginya syurga. 

Seorang lelaki dari satu kaum bertanya : "Dan dua orang pun begitu juga ya Rasulullah?", Baginda menjawab: "Dua orang pun begitu juga." (Riwayat Ahmad dan Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.pula,

"Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lihat, hebat bukan tawaran yang dijanjikan sekiranya kita berbuat baik, menjaga dan mendidik anak perempuan dengan sempurna?

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik dan melayani kerenah ketiga-tiga anak perempuanku bagi mennjadikan mereka cemerlang hidup di dunia dan akhirat.........Amin.......

11 November, 2013

Anak Lelaki atau Perempuan?

Memandangkan saya sudah mempunyai 3 orang ank perempuan, semestinya kandungan kali ni cukup membuatkan saya dan suami saspenz..

Adakah anak yang bakal dilahirkan nanti pun perempuan jugak? Huuuuuuuuuu...

Saya tak sabar-sabar nak tahu jantina bayi dalam perot ni secepat mungkin....
Saya tak suka seprais-seprais ni...
Saya merupakan seorang yang mudah menerima hakikat.......
Seawal kandungan berusia 5 bulan saya dah dapat tahu jantina bebi menerusi scan yang doktor buat.
Tapi........... saya taknak konfiden sangat, tunggu bebi besar siket baru pegi scan lagi...

Usia kandungan 6 bulan pun saya g scan lagi...kali ni nak konpemkan betol-betol, pegi jumpa doktor yang berlainan pulak...Resultnya adalah sama jugak...scan kali ni membuatkan saya rasa cukup terharu dan mampu tersenyum lebar....Doktor cakap 95% konpem boy.....Alhamdulillah...
....Wahhhh.....sukala suami ai...akhernya dapat gak geng die...nanti ada teman nak gi masjid smyg jumaat..... ........kihkihkih.....

Bila kandungan mencecah masuk 8 bulan kami pun pegi scan 4d, nak tengok muka bebi la konon-kononnya...
Tapi malangnya bebi tyaknak tunjuk muka die, shy-shy cat la pulak bebi nih....

Die just tunjuk nih........


Apa-apa pun jantina yang kluar nanti, saya dan suami terima dengan redha...janji bebi dan saya selamat dan sihat sejahtera......semoga segalanya dipermudahkan............Amin

05 November, 2013

Asal masuk kete je tido....


Salam maal Hijrah.....

Arini saya bekerja seperti biasa, kampeni tak amik cuti maal hijrah ok...
Apa-apa pun semoga tahun baru ni menjanjikan seribu kebaikan buat kita semua...

Hari ni saya nak share pic 3 anak daras saya tatkala berada dalam kereta...
Kalo kat rumah masing-masing mulut tak berhenti bercakap, tetapi................
time masuk je kereta terus senyap...
Kadang-kadang tak sampai 5 minit pun masing-masing dah terlena...
Kalo balik kampung lagila senang...bukak je mata dah sampai destinasi.......kekekeke..


Yang mamanya pulak, memang tak boleh tido, kalo 9 jam masa yang diambil untuk perjalanan dari Kulai ke K. Trg, 9 jam gakla saya tak tutup mata, setia menemani suami yang gigih memandu sambil layan dia potpet-potpet...dah macam radio bergerak rasanya...macam-macam cerita kuar, saya iyakan aje.....
Kadang tu, saya rasa............ish macam pernah dengar jek cerita nih, xpe, sebagai isteri yang taat, layanz jer laaaaaaaaaaaa..

Jadi kesimpulannya anak-anak saya tak ikut saya bab-bab potpet tu ye..
Sekian....:)


01 November, 2013

Tanamera : Produk Berpantang Anak ke-4 Saya



Tak salah kalo kita nak mencuba sesuatu benda yang baru kan? Untuk berpantang kali ke 4 ni saya dah pilih sebahagian daripada produk Tanamera yang dibeli secara loose kat page fb TANAMERA Posnatal Care Set  ni...Postage free untuk setiap pembelian RM100 dan ke atas...best kan? Kalo beli Set dah RM 360...
Admin page ni pun cepat ajer respon bila kita pm die, senang nak berurusniaga...
Order harini, esok dah sampai.....happy!!!!!!


Saya just amik :

1. Minyak Kelapa Dara , RM34.00 2. Herba Pembersih Wanita , RM26.50 (12uncang) 3. Herba Mandian , RM 26.50 (12 uncang) 4. Minyak Urut Herba , RM33.00 5. Sabun Mandi Herba 2 ketul (sebijik dah guna sekarang) , RM15.00 setiap satu 6. Air Bunga Lavender , RM36.00

Pastu saya plan nak amik vitamin jek untuk makan, tiada sebarang jamu-jamuan ok...
Tidak dapat dinafikan saya merupakan seorang yang agak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan produk yang macam best nih....Yela tiap-tiap bulan duk beli majalah Pa&Ma asek kuar jek testimoni mommy-mommy yang dah merasai keberkesanan produk ni, keinginan untuk mencuba tu semakin membuak-buak dalam jiwa saya ni...

Sebelum ni, saya dah pernah terai set berpantang Amway & Nonaroguy (beli loose), kali ni saya nak bertukar kepada TANAMERA pulaks...

Kenapa saya beli secara loose? Kedekut eh????
Owh tidak.....
Saya hanya beli produk yang saya yakin dan pasti akan guna sampai licin...
Cukupla pengalaman menggunakan set amway masa beranak sulung dulu yang tak abes (ada yang tak terusik pun), membazirnya la sampai expired.....

Setakat kandungan saya berusia 32 mgu plus nih, saya dah guna beberapa item.

Sabun herba tanamera ni sangat la best, rase ilang semua daki-daki kat badan ni bila saya sental time mandi tuh...pas mandi kulit terasa supple jek, harum bauan herba nya pun amat memukau....
ummmphhh...wangi sangat.... 

Minyak kelapa dara saya dah start minum minggu lepas, amik sesudu jek setiap hari....part2 urutan perineum guna minyak ni saya tak berani nak mencoba....kihkihkih....

Air bunga lavender pulak saya beria-ria siap bawak g opis, sembur jek kat muka nih tak nak bagi stress kununnya...boleh jugak sembur kat bantal sebelum nak tido, maka tidur pun lebih lena, tenang dan mimpi indah-indah sajork...

Massage oil baru guna sekali time berurut dengan makwan arituh (macamla korang kenal sapa makwan tuh kan?)

Yang belom saya guna ada 2 item jek, herba mandian & herba pembersih wanita...Tu pas versalin baru saya boleh bagi testimoni....


ANDA KLIK ANDA HEBAT