Search This Blog

15 March, 2011

Bagus Sangatkah Bedak Ronasutra Mineral Powder Ni?


Pernahkah kawan-kawan mencuba produk ni? Tengok macam best je, rasa nak terai la...
Mula-mula ternampak iklan kat MW, pastu lastweek kat TV pun dah ada iklan bedak mineral ni..

Oleh kerana rasa teruja nak mencuba, aku pun google la nak tgk review & nak tahu rege nya...Yaaaa...RM 48, ok kot harga ni..boleh proceed..

Terdapat dalam 4 pilihan warna sesuai mengikut kulit masing2 iaitu :





Kalo ikutkan warna kulitku, natural buff la pilihanku...

Apa-apa brand pun aku biasanya akan pilih natural, dark atau rona-roni
duniaku yang lebih gelap supaya tak nampak bertepung gomak..


Ni antara ciri-ciri khas bedak ini :

~ Bedak solekan lengkap yang diperbuat 100% dari bahan galian dan mineral
~ Bebas daripada sebarang talkum, pewangi, pengawet, bahan kimia, ekstrak haiwan @ tumbuhan & bebas minyak
~ Berfungsi sebagai "foundation" bedak dan pelindung matahari
~ Tekstur bedak yang padat,tebal dan creamy tetapi halus menghasilkan solekan yang semulajadi & tidak bertepung
~ Satu-satunya bedak solek yang boleh diguna terus setelah "facial" atau rawatan kulit tanpa menyebabkan iritasi
~ Menaikkan seri dan menyempurnakan wajah anda
~ Tahan Sehingga 16 jam tidak cair, berminyak atau menyumbat pori-pori kulit walaupun dalam cuaca panas atau selepas aktiviti riadah
~ Perlindungan UV yang tinggi,lebih baik dari sunblock cecair,juga melindungi kulit dari habuk dan kekotoran
~ Mengurangkan pengeluaran minyak (sebum) dan meningkatkan kelembapan dalaman kulit.
~ Menghalang pembiakan bakteria/kuman pada kulit juga mengelakkan jerawat,blackhead dan whitehead.


Eeeeiiii.....dok sabo nyer nak memiliki bedak nih...

14 March, 2011

Main Kebun-Kebun


Barn Buddy....ni la satu-satunya permainan yg aku masih layan sampai sekarang..No more happy island & cafe world @ farmville...kadang-kadang tu bukak FB bukan untuk update status @ nak baca status rakan-rakan, tapi sebab nak main kebun-kebun.

Syok juga permainan ni, tanam pokok, siram, weeding, spray bugs, kutip hasil susu lembu & kambing, kutip telur ayam itik dll....

Stakat ni aku ada 11 neighbours, 18 ekor haiwan ternakan (termasuk seekor khinzir)...
Kalo nak cepat naik level, boleh curik hasil tanaman dorang...hasil tanaman yg sering dicurik ialah jiran sebelah aku je aka anak sedara ku...hehehehe...u steal..i steal...

Tanaman feberet aku pulak ialah anggur & oren...bunga-bungaan pon suka jugak..

Pada hari ini, 14/03/2011, aku mencapai level 133..Kalo ada sesapa yg berminat nak tambah neighbour, jangan segan silu invite la i...

Tengokla sampai bila larat meneruskan permainan ni, kalo dah buhsan nanti aku resign jek..

10 March, 2011

10sen Bila Dalam Rumah Penuh Dgn Semut


Sejak 2 menjak ni rumahku penuh dgn semut...mana2 bahagian mesti ada sang semut..terutamanya bahagian dapur. Bukak jug air, ada semut, bukak bekas isi beras pun ada semut, pinggan mangkuk yg dah dibasuh pun penuh dgn semut...

Dekat almari pulak, beratur koloni semut...musykil jugak darimana datangnya sang semut ni...

Aku ada jgk tanya dgn jiran kiri dan kanan, rumah mereka pun banyak semut. Cerita yg sama berlaku...

Minggu lepas aku ada terbaca kisah semut dan ibu susuannya kat blog
chekguisza.

Terkejut jugak bila baca kisah tersebut. Menurut cerita cikguisza yg diperoleh drp seorang bidan, semut mempunyai ibu susuannya yg tersendiri. Siapakah ibu susuan semut itu?

Ibu susuan semut ialah ibu yang menitiskan (mungkin tertitis, bkn sengaja menitiskan) susunya di merata2 tempat, lalu dihurung oleh semut. Sebagai akibatnya, sang semut tersebut menganggap ibu tersebut adalah ibu susuannya lalu merayap penuh dalam rumah ibu tersebut.

Huhuhu...xpernah sebelum ni aku mendengar kepercayaan sedemikian rupa daripada mana2 mazhab pun..tapi aku ada teori tersendiri..bila nampak semut banyak dalam rumah, jangan merungut, membebel, memaki dll..sebab kalo kita buat semua perkara tersebut, makin banyak koloni sang semut akan datang bermaharajalela.

Ohya, secara kebetulan jugak, jiran kiri kanan ku adalah ibu yang menyusukan anak...OMG, apakah benar teori ibu susuan semut itew?

Apa-apa pun, moral daripada cerita ni, jangan biarkan susu anda menitis di tempat yang tidak sepatutnya...

09 March, 2011

Tabahla Duhai Hati

Dulu masa zaman bujang, tanggugjawab (dlm erti kata sebenar) belum dirasai...just jaga diri sendiri disamping berbakti kpd org tua. Bila dah kahwin, berdua lebih baik. Tanggungjawab menjaga rumahtangga mulai dirasa.

Bila dah ada anak sorang, agak kekok, mmg amik masa utk membiasakan diri jadi ibu. Sbb tu masa anak 1st aku xberjaya exclusively breastfeeding. Sempat 3 bln sahaja menyusukan si Dania. Sungguh menyesal, malas nak fikir dah..

Hanya disebabkan kurangnya ilmu ttg penyusuan, aku gagal..menyesal kemudian mmg tiada gunanya...sbbtu bila pregnant anak ke-2, aku mulai menanam azam, berdoa supaya kali ni aku tak mengulangi kesilapan yg sama...alhamdulillah, aku berjaya utk anak ke-2 ni..

Bila ada anak 2, dah nak kene fikir utk 4 org (termasuk diri sendiri). 24jam sehari seakan tak cukup utk buat itu dan ini. Begitula kitar kehidupan ini. Sebab tu kene beringat ketika masa lapang sebelum tiba masa sibuk.

Masa tido yang berkualiti pun dah payah benar nak rasa. Really miss uninterrupted sleep zaman dulu2...

Inilah cabaran yang harus dilalui bagi ibu2 yg menyusukan anak. Takpe, semua ini pengorbanan. Setiap sesuatu kejayaan itu pasti ada pengorbanan.

Semakin usia menginjak ni, kenala jaga kesihatan diri. Kalau dah dapat sakit kronik nanti macamana nak handle rumahtangga? Dulu kalau diri sendiri sakit, sendiri jagala..

Sekarang kalo anak2 sakit, kita pun sakit, sapa nak jaga sapa ni? Sesungguhnya kesihatan adalah anugerah yg amat bernilai..

Sejak dua menjak ni, kesihatan diri agak tak menentu. Masalah angin xlepas & sakit kepala tu dah sebati sangat....

Okey, bermula dgn masalah recurrent UTI yg "on off" sejak 5 bln lalu yang akhirnya membawa aku g x-ray 2 minggu lepas. Alhamdulillah, no stone detected seperti yg Mr Doc suspek..

Tapi masih pelikla kenapa masalah tu berulang. Sape tak takot kalo sakit setiap kali nak buang air kecil, kdg2 disertai darah, tak lawas, rasa mual & loya, pastu sakit belakang badan.

Bulan Februari 2011 mmg byk dugaan. 3 minggu lepas kami sefamili terkena muntah-muntah. Mula-mula Dania yang kena, pastu Airis, seterusnya berjangkit kat aku n encik suami. Tak pernah dalam hidup ni kene muntah2 yang maha dasyat macam tu...Doc cakap angin, gastrik...takan sampai satu famili kene...........musykil jugak......

Pastu mungkin perubahan cuaca yg tak menentu menyebabkan diriku sakit tekak, batuk2, idung & telinga sumbat...

Sesungguhnya setiap sakit yg datang itu adalah penghapus dosa sekiranya kita redha...tapi kalo asyik merungut @ mengeluh dgn sedikit sakit yg datang, redha ke namanya tuh?
Sendiri mau ingatla...huhuhu...




p/s : gambar sekadar hiasan semata-mata

ANDA KLIK ANDA HEBAT