Search This Blog

10 June, 2010

Saja Suka Suki

Alhamdulillah, lega selega leganya apabila Audit DSM dah selesai isnin lalu tanpa sbrg NCR. Yahuuu, x sesia tungkus lumus menghapdet doc. Sebagai habuannya, Encik Khoo belanja kitoram satu opis Pizza Hut & Mc Donald. Br nak boycottt produk2 Yahudi ni, dah org belanja, makan jer la. Aku biasala, bab2 memboikot ni bermusim, tapi kali ni agak geramla kes kapal sukarelawan misi LL4G diserang lastweek. Grrrrr......

Ok, cite bab lain plak..skrg tgh musim cuti skolah..kebiasaannya, tiap2 tahun aku akn blk kg halaman ku nun jauh di Trg utk 2,3 hari, amik annual leave. Tapi tahun ni,aku xamik cuti walaupun sok adik bongsuku akan bertunang. Difahamkan, hanya aku sorg je yg x balik kg kali ni, semua adik beradikku yang lain sdg dlm perjalanan dan ada yg tgh duk ngemas utk blk kg. Huhu...tibe2 terasa sebak sejenak. Last aku blk kg Raya Dum Dum Cheng awl bln 2 dlu..dah lama pun..huhu...xperla, aku simpan cuti utk balik berhari raya nanti. Leh blk lama sket.

Aku dilanda kemalasan....
Lihatla kain baju yg menimbun, aku saja amik gambo kasi semangat sket pasni nak melipat kain. Membasuh, menyidai, mengangkat kain, melipat kain, menggosok kain...
paling aku malas menggosok kain...eee..sangat x suka...membasuh suka sbb mesin yg basuh.Hehe..

Orait, layan gambar Dania & Airis kejap...Berangan nak jadi bikers...




Okla, takat ni dulu..saja suka suki..cau cin cau..

04 June, 2010

My 4th Anniversary


Harini 04 June 2010 bersamaan 21 Jamadilakhir genapla empat tahun aku bergelar isteri kepada suamiku, Syed Idrus. (Syed E-YUS, kate Dania)

Sekejap sangat masa berlalu, kalo 5 thn lepas aku solo, sekarang kami dah berempat. Alhamdulillah, setakat ini kami masih dapat mempertahankan rumahtangga yang dibina ini.

Ape plan utk celebrate anniversary kali ni?
Setakat ni, kami xde ape2 plan, mungkin mkn mlm spesel bersama2. Apa yang lebih penting adalah kebahagiaan sebenarnya.
Dipagi Jumaat yg mulia ini, aku memohon padaMu Ya ALLAH agar hubungan ini dilindungi dengan rahmatmu Ya ALLAH, dimurahkan rezeki buat kami sekeluarga, dikurniakan anak2 yg soleh&solehah. Aku juga mengharapkan keredhaan dariMu Ya Allah, titipkanlah kasih sayang antara kami, kurniakanla kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat buat kami sekeluarga. Jauhkanlah kami dari segala penyakit yang merbahaya, kecelakaan dan musibah...Amin...

03 June, 2010

Apa Ada Pada Tupperware Brand?


Sebahagian koleksi tupperwareku

Entri kali ni adalah mengenai "tupperware" bukan "tipuware" ok.
Memandangkan aku adalah peminat tegar produk "tupperware", disini aku nak berkongsi mengapa aku memilih tupperware sbg salah satu koleksi peribadiku. Kat dapur umah ku mmg penuh brgan tupperware ni. Tipu ware pun ada jugak. Hehe...

Kenapa Tupperware?
1) Produk ini diuji & terbukti selamat
2) Tiada toksik, tiada karsinogenik
3) Bahan yg digunakan menjangkau Piawaian USFDA dan Persatuan Poly-olefin Hygienic Jepun
4) Pewarna yang digunakan adalah berdaftar dan mematuhi keperluan EU
5) Rekaan yg inovatif & ergonomik
6) Tahan lama & dijamin oleh Lifetime Warranty Tupperware
7) Mesra alam

Sedikit informasi berkenaan plastic coding, untuk memastikan bekas plastik yang kita gunakan seharian adalah selamat dan tidak memudaratkan. Biasanya, kalo nak beli botol susu anak@bekas plastik (selain tupperware brand) aku akan memastikan nombor pada simbol triangle kat bahagian bawah bekas tu adalah 2, 4 @ 5. Bekas plastik bernombor 2,4, 5 ni selamat dan boleh digunakan berulangkali.



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT